Gulai ikan tongkol Kelate (nasi belauk)

w. azan shahalan mahmood
w. azan shahalan mahmood @wazan3213

Kalau balik kelate, nasi belauk memang tak asing lagi. Pagi-pagi dah start moto cari nasi belauk. Favorite saya gulai ikan tongkol atau ikan aya. Sebenarnya boleh masak sendiri tapi kat kelate, lagi senang beli sebab banyak pilihan. Resepi ni saya dapat dari mak saya sendiri. Cuma remeh sketlah nak buatnya. Sebab ada 2 step. Kena rebus ikan dulu. Lagi lama lagi sedap dan kalau ditinggalkan ikan rebus overnight sebelum masak gulai lagi sedap rasanya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
3 sajian
  1. Ikan tongkol
  2. Asam keping 5 keping
  3. Santan segar atau santan kotak 1 kotak
  4. 4 ulasBawang merah
  5. Lengkuas 1 inci
  6. Biji ketumbar 1 sudu
  7. Cili kering 7-8 tangkai
  8. Kunyit hidup 1 inci
  9. Garam dan gula
  10. Timun/kacang panjang/cili hijau sebagai sayuran

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Rebus ikan tongkol bersama 2 keping asam keping dan garam sehingga air rebusan tinggal separuh. Air untuk merebus ikan sekadar tenggelamkan ikan sahaja

  2. 2

    Kisar bahan-bahan lain seperti bawang, lengkuas, ketumbar, cili kering dan kunyit hidup

  3. 3

    Rebus semua bahan kisar diatas api sederhana. Masukkan santan.

  4. 4

    Setelah menggelagak, masukkan ikan yang direbus dan asam keping. Masukkan garam dan gula sebagai perasa

  5. 5

    Masukkan timun,/cili hijau/kacang panjang.

  6. 6

    Harus dikacau selalu. Setelah timun atau kacang panjang empuk. Siap

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
w. azan shahalan mahmood
pada

Komen (6)

Nur Nadiah
Nur Nadiah @dapo_cikstrawberry
Fav family nih.. Nasi berlauk dan nasi Dagang

Resipi Sepertinya