IKEA Meatball (Homemade)

MinSha
MinSha @sasha_sabrina
Miri, Sarawak

#back2basic MinSha sejenis yang tak berapa gemar makan karbo (roti, nasi, mee, etc) sebab sakit dada lepas tu susah nak digest. Jadi makanan macam ni memang fav. 20 biji meatballs pun boleh habis sorang. Bila pandemik mula & ramai yang tak berani keluar, pihak IKEA start release resipi ni.

MinSha memang happy sangat-sangat! Lagi-lagi sebab masa tu dah pindah Sarawak. Tapi dah 1 tahun lebih berlalu, tak buat-buat jugak resipi nya. Bersawang dalam galeri phone 🤣.

Bila kena PKPD di KL ni pulak MinSha finally cuba. Sebab apa? Apa beza PKPD kalau selama ni stay at home? Bezanya sebelum PKPD, MinSha still boleh beli barang online & send ke rumah. Teringin saka (props) ke, baking supply ke, terus checkout & sampai depan pintu rumah. Bila PKPD dalam BLOK apartment sendiri, nothing can go out, nothing can come in. Frust, mental down. Runner pun boleh beli bahan asas dalam kawasan apartment ni sahaja.

Jadi masa ni semua memang kena buat sendiri. Ni la masa untuk hiburkan hati lara. Bahan mudah je pun! KENAPA LA LAMBAT SANGAT MINSHA CUBA 🤦🏻‍♀️. Sedap sangat chuolzzzz. Seriously, sejibik I tell you!

Resipi yang WAJIB Cooksnap! 😝😘
#cppassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 Min (Prep) + 30 Min (Masak)
1.2 kg meatballs / 60pcs
  1. 750 gDaging Kisar RAMLY
  2. 100 gSerbuk Roti (Panko)
  3. 1biji Bawang Besar (cincang halus)
  4. 1biji Bawang Putih (cincang halus)
  5. 1biji Telur
  6. 5sudu besar Susu Full Cream
  7. 1sudu kecil Garam (Himalaya)
  8. 1sudu kecil Lada Hitam AjiShio
  9. Kuah Krim Sos IKEA Homemade
  10. Klik untuk resipi kuah/sos

Cara Memasak

30 Min (Prep) + 30 Min (Masak)
  1. 1

    Gaul sebati semua bahan.

    Nota: Kalau nak meatball cantik menawan halus mulus macam gambar di atas, blend semua bahan dalam food processor.

  2. 2

    Bulatkan bentuk bebola.

    Kalau rajin boleh timbang ~20g setiap bebola. Akan dapat 60 ketul.

  3. 3

    Susun, cover & simpan bebola dalam peti beku selama 2 jam untuk hold shape bebola.

    Kalau nak masak terus, bekukan 20 Min pun ok. Cuma bentuk bebola tu tak berapa cantik lepas bakar. Ikut preference masing-masing 😊

  4. 4

    Panaskan 1-2 sudu besar minyak dan goreng bebola sampai semua permukaan perang

  5. 5

    Bake dalam oven selama 30Min pada suhu 180C (oven biasa) atau 160C untuk Oven Berkipas.

    *Note To Self: Your wall-mounted oven is using 160C.

  6. 6

    MinSha selalu busy jadi memang dari freezer beku2 tu MinSha terus masok oven. 15 Min @ 220C

  7. 7

    Hidangkan bersama IKEA Cream Sauce Gravy Homemade. Klik untuk resipi sos 👉🏻

  8. 8

    Tambah Lingonberry jam sedaaaaappp!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
MinSha
MinSha @sasha_sabrina
pada
Miri, Sarawak
🍒 Cepat, Mudah & Fuss-Free🍒 Chinese & Japanese Food Lover🍒 Dessert Enthusiast
Baca lagi

Komen (2)

 Anur Musa
Anur Musa @gula_enau
Klu tak ada serbuk roti / tak bbuh ok tak @sasha_sabrina ..
(diedit)

Resipi Sepertinya