Baked Chicken Cordon Bleu | SUPER EASY

Birthday, Anniversary, BBQ mingguan time lockdown PKP / PKPD? Takde hal. Boleh jamu menu istimewa macam celebrate di luar dengan resipi ni.
Bila tengok tajuk resipi terus terfikir fancy nya, mewah nya! Oh tidak sayang-sayang semua. Guna bahan apa ada di rumah sahaja. Takde Chicken Slice macam dalam Sandwich tu? Ganti dengan hotdog atau apa-apa pun boleh. Kita buat dia!
Mudah sangat sampai MinSha 3 hari berturut-turut masak benda sama. Jakun boleh buat sendiri & mudah nya lahai! Kita je rasa fancy, mewah & susah sebab apa? Sebab harga kayangan dia restoran atau cafe-cafe hipster. Pasni tak perlu order dah sebab buat sendiri lebih jimat & puas hati kan! 🤤
Jom Cooksnap! 💕

Cara Memasak
- 1
TIP Bread Crumbs Rangup: Panaskan oven suhu 200C selama 10 min dan bakar Bread Crumbs selama 1 Min. Terus alih ke dalam bekas.
*optional. Kalau malas boleh skip. Tp MinSha highly rekemen step ni - 2
Potong di bahagian tengah tepi ayam untuk buat poket inti
- 3
Cheese & Turkey Slice yang MinSha guna. Boleh guna brand lain ya. Bg MinSha combo ni sedap & cheezy melty 🤤
- 4
TIP: Gulung cheese dalam chicken/turkey slice (untuk elak cheese terkeluar dari ayam masa bakar)
- 5
Masukkan gulungan tadi dalam poket ayam
- 6
Seal dengan toothpick & susun atas tray.
- 7
Pastikan seal sepenuhnya kalau tak nanti cheese keluar macam ni
- 8
Mix sebati mayo, garam & black pepper.
Boleh tambah 1/2 sudu kecil Susu Manis (OPTIONAL)
- 9
Sapukan “glue perasa” di bahagian ATAS & TEPI permukaan ayam. Bawah tak perlu.
- 10
Tabur bread crumbs di permukaan ayam & TEKAN untuk lekatkan
- 11
Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 Min (Pre-heat 10 Min dulu jika belum)
- 12
Keluarkan toothpicks & ketepikan
- 13
SOS KRIM: Cairkan butter atas api sederhana & masukkan tepung. Masak selama 1 Min.
- 14
Masukkan separuh dulu susu dan whisk sampai sebati
- 15
Masukkan lebihan susu & parmesan cheese. Gaul sebati.
- 16
Kacau sentiasa selama 3 minit. Perasa dengan garam & black pepper. Kalau letak secubit Ground Nutmeg (Buah Pala) lagi sedap 🤤
- 17
Serve panas-panas YUM sangat! 🤤
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen