Lemang Bakar

Maaf semua anggap je Aznie guna cawan rupa lemang ye🙈. Kes teruja sangat tengok buluh lemang ada jual kat shopee. Benar la kata orang, apa barang je yang tak ada kat shopee tu. Daun pisang pun ada jual tau😁. Rasa tak percaya pulak Aznie bakar lemang dalam oven. Dia punya debar mengalahkan rasa macam esok hari raya😂. Best sangat bila aroma daun pisang dia punya bau semerbak satu rumah. Memang hari ni hari melemang la buat Aznie. Tu la pasal suka sangat kan buat last minit😋. Serius dia punya lemang, sedap uiiii. Sama macam yang mak ngan abah kita buat. Sayunya lahaiii. Teringat nostalgia masukkan daun pisang kedalam buluh lemang guna pelepah batang pisang. Kalau ni memang tugas Aznie la arwah abah srh masukkan. Tiba-tiba pulak rasa sayu. Al-fatihah untuk arwah abah🤲
Lemang Bakar
Maaf semua anggap je Aznie guna cawan rupa lemang ye🙈. Kes teruja sangat tengok buluh lemang ada jual kat shopee. Benar la kata orang, apa barang je yang tak ada kat shopee tu. Daun pisang pun ada jual tau😁. Rasa tak percaya pulak Aznie bakar lemang dalam oven. Dia punya debar mengalahkan rasa macam esok hari raya😂. Best sangat bila aroma daun pisang dia punya bau semerbak satu rumah. Memang hari ni hari melemang la buat Aznie. Tu la pasal suka sangat kan buat last minit😋. Serius dia punya lemang, sedap uiiii. Sama macam yang mak ngan abah kita buat. Sayunya lahaiii. Teringat nostalgia masukkan daun pisang kedalam buluh lemang guna pelepah batang pisang. Kalau ni memang tugas Aznie la arwah abah srh masukkan. Tiba-tiba pulak rasa sayu. Al-fatihah untuk arwah abah🤲
Cara Memasak
- 1
Cara
~Cuci beras pulut hingga bersih. Kemudian rendam beras pulut selama 5 jam. - 2
~Potong daun pisang lebih sikit dari tinggi buluh. ambil sedikit daun pisang bubuh ditengah2 dalam buluh.
- 3
~kemudian gulung daun pisang guna chopstick dengan kemas.
- 4
~Masukkan chopstik kedalam lubang buluh tadi dengan kemas. tarik perlahan -lahan dan kemaskan didalam buluh guna copstik. Gunting sedikit diatasmya supaya nampak kemas.
- 5
~Toskan beras pulut. ketepikan.
- 6
- 7
~Masukkan beras pulut kedalam buluh, kemudian hentak-hetakkan sikit sebab kita nk ia rata, nanti bila dh masak cantik bila dipotong. Masukkan santan kedalamnya, lebihkan 1/2 inci santan dari pulut.
- 8
~Panaskan oven 200'c. Bakar selama 1 jam api atas bawah hingga masak.
turunkan suhu kepada 120'c dan bakar lagi selama 30 minit. - 9
~Siap.. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Lemang Jagung Kukus Lemang Jagung Kukus
Lemang menu wajib ada bila time Hari Raya Aidilfitri mahu pun Aidiladha. walau pun tema ia tanpa buluh tapi Aznie teruja sangat bila dapat buluh order dari shopee. Serius seronok sangat. Pertama kali masak lemang guna buluh buat sendiri pulak tu. Dia punya teruja tu lain macam😂. Alhamdulillah sedap sangat. lemangnya betul-betul cantik kejadiannya. Rasa berangan pulak, agak-agak boleh niaga jual lemang kot nanti ni😆.Untuk resepi ni kita boleh tukar buluh kepada cawan ye. Gerenti jadi👌 Aznie Khasri -
Lemang Cawan Lemang Cawan
Teringat balik hari tu cabaran lemang seronok betul tengok ramai cookpaders yang melemang. Termasuk la Aznie😂 Gigih siap order buluh lemang dari shopee, tapi best sgt sbb puashati dapat buat lemang sendiri. Untuk kali ni Aznie cooksnap resepi dari @NorieAlias . Gilerrrrr sedap uiii. Aznie buat lebih bagi kat mak Aznie sekali, makan dengan rendang ayam. Aje suka betul mak ngan adik dah macam raya pulak😂#Wajibcooksnap #Misi2 #CookRace Aznie Khasri -
Lemang Tanpa Buluh Lemang Tanpa Buluh
Bila dah habis puasa 6, hubby Kak Long tanya nak raya buat lemang nak tak. Mana nak la nak cari buluh time lockdown macam ni. Daun pisang ada ja keliling rumah ni. Terus buat lemang tanpa ada buluh. Anak-anak punya la suka. Sampaikan tak sempat nak buat rendang. Diaorang makan lemang dengan susu pekat ja. Jom kita tengok resepi mudah ni. Nana Isya -
Lemang Lemang
Lemang merupakan sejenis makanan tradisi yang disukai ramai.lebih2 lagi bila datangnya shawal.Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang direndam bersama garam, dan 2liter air dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang sebelum dibakar sehingga masak. Lemang yang sebenar adalah lemang yang dibakar dengan api kayu. Bukan dikukus.#RayaPertama#lemang Ila Dila -
Lemang Raya Air Fryer Lemang Raya Air Fryer
Seumur hidup tak pernah buat lemang. Bukan peminat lemang sangat pun. Tapi bila PKP ni dan tak boleh balik raya kat kampung tetiba rasa teringin nak makan lemang.Kemudian cari info kat fb katanya boleh masak lemang dalam air fryer. Maka dengan pantas ku oder buluh lemang dan sampai beberapa hari sebelum raya.Jadinya malam raya kita cuba la masak lemang. Alhamdulillah menjadi dan sedap rasanya. Masak pun tak lama. Lepas ni bila teringin je boleh la buat sendiri. Jimat pun jimat.Anak anak pun bertambah tambah makan lemang dengan rendang ayam. Sedap sangat katanya. SELAMAT MENCUBA! 😊#goldenapron2020#minggu5#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Lemang Modern Lemang Modern
Raya PKP , kita jaga kita nak beli lemang pun tak berani, maka kita buat sendiri, jadi la dapat merasa juga pandainya masak lemangSelamat mencuba#goldenapron2020#lemang#lemangrayaPKP#CovEID Atam Ayu -
Lemang Air Fryer Lemang Air Fryer
#matchmakermonth #Rendang #1341recipeHari ni Aznie masak rendang daging bersama lampung. Jadi Aznie buatkan lemang sekali. Lemang ni bakr dalam air fryer jugak. Bubuh dalam papercup. Rasa macam nak raya je bila nampak gandingan lemang dan rendang ye. Bila rasa nak makan tak perlu tunggu raya, bila-bila pun kita boleh makan. Alhamdulillah sempat tapaukan bagi kat adik tadi, tuk bagi kat mak. Aznie Khasri -
Lemang Daun Lerek fy Lemang Daun Lerek fy
#unique2u#goldenapron2020 16Setiap kali musim hari raya tidak lengkap kalau tanpa lemang di rumah.Saya seisi keluarga sukakan lemang.Di sebabkan saya tinggal di rumah bertingkat dan tiada ruang tanah untuk membakar lemang,suami saya memberi idea untuk menggunakan daun lerek menggantikan buluh lemang.Saya bersetuju dan hasil dr guna daun lerek ni lagi menjimatkan masa dan masak sekata.Yang paling best aroma lemang ni tersangat lah sedap.Sejak dari hari itu,lemang daun lerek ni la menu utama family saya setiap kali musim perayaan.Tetamu yang datang berkunjung ke rumah kami pun sangat sukakannya.Mereka yang dah pernah rasa,akan tanya saya ada buat tak lemang daun lerek ni sebab mereka juga sukakannya. Dunia Hanya Sementara Fy -
Lemang Oven Daun Lirek Lemang Oven Daun Lirek
Cerita kelmarin..Qadha balik raya hari tu tak dapat makan lemang.Bakaq dalam oven ja..Cooksnap resepi cookpader @yatiefy. Norashikin Rahmat -
Lemang Ala Lopes Lemang Ala Lopes
Pergi umrah tiap tahun,Semoga sentiasa murah rezeki,Dalam buluh ada daun,Dalam daun ada isi?Apakah itu...Mudahnya soalan, jawapannya mestilah lemang. Masa lockdown ni mana nak cari buluh nak buat lemang. So akak guna daun pisang jer, lepas tu ikat hujung macam buat kuih lopes tu. Jadi lah lemang lockdown yang boleh tahan sedapnya. Cempaka Putih -
Lemang Loyang @ Lengat Lemang Loyang @ Lengat
Zaman moden sekarang ni. Ramai yang nak makan lemang, tapi jenis nak cepat siap. Taknak buat kerja yang remeh temeh. Haaaaaa meh ikut cara Aznie ni. Ni bukan lemang orang malas ehhh. Tapi ni lemang express namanya🤣🤣🤣. Jangan tak percaya, lemangnya tetap tip top tau. senang kita boleh potong ikut citarasa sendiri. Nak terap guna acuan pun boleh. Tetap harum, tak nak kalah dengan lemang biasa sebab ada daun pisang juga. Mana-mana yang ada diluar negara tapi rindu nak makan lemang boleh cuba buat macam ni. Serius makan tak boleh berenti. Haa gitu 👉👈 Aznie Khasri -
Lemang Cawan Lemang Cawan
Setiap kali raya mak ayah saya wajib buat lemang..rindunya nak isi pulut dlm buluh bersama2 mak & adik beradik..dah 2-3 tahun tak merasa di sebabkan Covid-19 jadi tak dapat balik beraya di kampung saya di Terengganu.. Biasanya mak buat 4 gantang sebab bukan buat utk di makan sendiri saja..tapi mak ayah akan bahagikan kpd saudara-mara terdekat.. 2 hari sebelum raya ayah & mak akan cari buluh & daun lerek di dlm hutan, lepas tu ayah basuh buluh kat sungai di depan rumah..kemudian gulung daun lerek masukkan ke dalam buluh..sementara saya, mak adik beradik & kakak ipar mengisi pulut ke dlm buluh. Yang saya tak sabarnya nak makan bahagian kepala lemang..memang hantu sangat..sambar dulu sekali 😆 mak yang dah tahu febret saya bahagian kepala tu, dia mesti letak lebih banyak santan atas pulut.. nikmatnya lahai makan lembik2 masa panas2 tu 😋😋 Kat bandar ni mana nak dapat buluh kan..susah nak cari..jadi idea yg lebih kreatif adalah menggunakan cawan. Sebenarnya lemang cawan ni dah viral beberapa tahun lepas tapi bila Cookpad bagi tema lemang tanpa puluh baru la nak mencuba.. Saya kukus dulu, kemudian saya bakar sekejap di dlm oven sebab nak bagi garing sedikit bahagian luarnya.. Alhamdulillah..suami cakap menjadi.. sedap, cukup2 rasa, lemak masinnya.. Suami kata lepas ni dah boleh buat sendiri terus laa..hihii..hepy sangat rasa.. tapi bagi saya lemang mak ayah tetap yg terbaik & tersedap di dunia 👍👍 Nor Al Fatihah
Lebih Banyak Resipi
Komen