Fettuccine Carbonara Sausage 🇮🇹

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

Masakan yang mudah disediakan selain menarik perhatian anak untuk makan bertambah-tambah.

Delizioso!😘👍

Jom lihat resipi mudah ini.

Fettuccine Carbonara Sausage 🇮🇹

6 orang bercadang membuatnya

Masakan yang mudah disediakan selain menarik perhatian anak untuk makan bertambah-tambah.

Delizioso!😘👍

Jom lihat resipi mudah ini.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. 1pek sosej (dipotong 7 bahagian setiap batang)
  2. 35 batangmee Fettuccine (dipatah 2 setiap batang)
  3. 1 sudu makanminyak masak
  4. 1/2 sudu makangaram
  5. Air (untuk merebus mee)
  6. 1 batanglobak merah (dipotong dadu kecil)
  7. 1biji bawang besar (dipotong dadu)
  8. 3 ulasbawang putih (dicincang kecil)
  9. 1sudu kecil serbuk oregano
  10. 1sudu kecil serbuk lada hitam
  11. 2 kepingcheesedale
  12. 1 tinsos prego carbonara
  13. 1 1/2 tinair (guna tin sos prego)
  14. 2 sudu makanminyak masak / minyak zaitun (untuk menumis)
  15. 2 helaidaun sup dicincang halus (optional)

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Cucukkan 1 potongan sosej pada 3 batang mee fettuccine yang telah dipatah 2 setiap 1 batang. Yani buat begini supaya anak tidak hanya makan sosej sahaja tetapi makan bersama dengan mee fettuccine.🤭🤭 Rebus di dalam periuk ditambahkan dengan sedikit minyak dan garam. Rebuskan sehingga mee lembut. Kemudian toskan air untuk hentikan proses memasaknya.

  2. 2

    Tumiskan bawang besar, bawang putih, serbuk oregano, serbuk lada hitam sehingga naik bau. Kemudian masukkan lobak merah yang telah dipotong dadu. Kebiasaannya tiada letak sayuran tetapi Yani letak sayuran supaya anak dapat khasiat. Kemudian masukkan sos carbonara prego, air dan akhir sekali 2 keping cheesedale.

  3. 3

    Apabila kuah mula mendidih, masukkan mee fettuccine yang telah disejukkan tadi. Kacau rata, tunggu sebentar sehingga kuah mendidih semula dan tutup api memasak.

  4. 4

    Siap dihidangkan. Boleh taburkan hirisan daun sup diatasnya jika suka. Selamat mencuba.😍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya