Watermelon Gelato 🇮🇹

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

Aiskrim atau Gelato di dalam bahasa Itali, tidak menggunakan krim tapi ia menggunakan susu. Saya buat perisa buah kegemaran saya iaitu tembikai.. Sedap & fresh sangat kerana di campur dengan jus & hirisan tembikai.. nikmat makan ketika cuaca panas-panas ni..

Watermelon Gelato 🇮🇹

5 orang bercadang membuatnya

Aiskrim atau Gelato di dalam bahasa Itali, tidak menggunakan krim tapi ia menggunakan susu. Saya buat perisa buah kegemaran saya iaitu tembikai.. Sedap & fresh sangat kerana di campur dengan jus & hirisan tembikai.. nikmat makan ketika cuaca panas-panas ni..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 cawansusu segar
  2. 1/2 cawansusu tepung
  3. 1/3 cawangula pasir atau ikut kemanisan yg di sukai
  4. 2sudu besar tepung jagung*
  5. 3sudu besar air*
  6. (bahan2 bertanda * di bancuh bersama)
  7. 1 cawanjus tembikai
  8. Beberapa titik pewarna merah
  9. 3/4 cawantembikai yang di potong kiub

Cara Memasak

  1. 1

    Di dlm periuk, satukan susu segar, susu tepung & gula. Kacau hingga gula larut

  2. 2

    Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dengan air. Kacau sentiasa hingga pekat & mendidih di atas api sederhana.

  3. 3

    Blend tembikai dengan sedikit air..jadikan 1 cawan jus tembikai

  4. 4

    Masukkan jus tembikai & pewarna merah ke dlm susu tadi. Kacau lagi selama 3 minit & tutup api. Biarkan suam seketika

  5. 5

    Pukul adunan selama 10 minit hingga gebu & berbuih

  6. 6

    Akhir sekali, masukkan hirisan tembikai. Kacau rata & tuang ke dlm bekas. Sejukkan di dlm peti ais selama 4-5 jam atau semalam atau hingga keras

  7. 7

    Cedok ke dlm cawan. Sedia di nikmati ketika cuaca panas..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya