🍁Mackerel Saba Lemon 🇯🇵

Master Jamal
Master Jamal @MasterJamal
Ulu Klang, Selangor

Hidangan makan tengahari yang ringkas untuk dua beranak. Sedap di makan dengan nasi panas. Sedap juga jika meratah begitu saja Rasa dan bau lemon, bukan saja menghilangkan hanyir ikan, tetapi juga menambah selera.

Mackerel Saba mengandungi protein dan kandungan khasiat yang baik untuk it yang sihat dan kuat, bagus untuk kulit, rambut dan sistem imun. Ia juga mempunyai lemak said yang baik untuk jantung.

Terima kasih MinSha @sasha_sabrina atas perkongsian resepi. Cooksnap sudah lama. Hari ini buat lagi entah kali yang ke berapa. Ia menjadi hidangan ringkas yang diminati. 🤗

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

10 minit
2 orang
  1. 2 kepingikan Mackerel Saba (Atlantis)
  2. 1biji Lemon
  3. Garam

Cara Memasak

10 minit
  1. 1

    Nyah beku ikan. Sapukan secubit garam di setiap permukaan ikan.

  2. 2

    Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak dan masukkan ikan.

  3. 3

    Goreng bahagian kulit dulu dalam 2-3 minit hingga garing dan balikkan ikan untuk 2 minit lagi.

  4. 4

    Hidangkan dengan perahan lemon. Sedap juga di cicah dengan kicap yang dicampurkan hirisan bawang dan cili.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Master Jamal
Master Jamal @MasterJamal
pada
Ulu Klang, Selangor
Suka menonton rancangan masakan di televisyen dan berkongsi cerita masakan bersama teman-teman.😊Jika ada kelapangan, akan ke pasar membeli bahan-bahan mentah dan mencuba resepi-resepi tersebut di dapur. Jika masakan itu sedap, akan berkongsi dengan yang lain. Jika tidak menjadi dan tidak sedap, akan makan sendiri saja.😆Cookpad telah menyediakan platform untuk berkongsi resepi ini kepada yang lain. Tentulah akan kongsikan resepi yang menjadi sahaja. 🤗
Baca lagi

Komen (6)

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Menarik resepi markerel master Jamal... 👍🤩

Resipi Sepertinya