Tempe Homemade 🇲🇨

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Tempe ialah makanan kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa di Pulau Jawa, Indonesia.Tidak kurang di Malaysia Tempe sangat popular dikalangan masyarakat melayu juga.Ini kerana Keenakan Dan kelazatan tempe tidak dinafikan lagi.Tempe sangat berkhasiat Dan kaya, dengan protien,kalsium serta banyak lagi.Tidak hairanlah tempe menjadi pilihan ramai sebagai hidangan bersama nasi mahupun dijadikan jajan. Sekarang tempe bukan sahaja popular di Asia Tenggara malah Ia sudah menjadi makanan kegemaran Dunia dimana dinegara2 barat juga menjadikan tempe sebagai satu bidang perniagaan. Ini kerana tempe mendapat permintaan tinggi oleh masyarakat setempat.
Atas permintaan sahabat saya post disini cara saya menyediakan tempe homemade.Ini Salah satu cara penyediaanya yang pernah saya Cuba untuk penyediaan tempe sendiri dirumah.Cara ini memakan masa agak lama untuk pemprosesan membuat tempe. Namun saya kongsikan juga disini hasilnya yang pernah saya Cuba pada tahun 2019.
Sekarang ada cara lebih mudah Dan singkat masanya untuk penyediaan tempe ini.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 500 gramkacang soya
  2. 3 gramragi tempe
  3. Plastik saiz pilihan(guna plastik aiskrim pun boleh)
  4. Untuk ragi;
  5. 1peket tempe segera

Cara Memasak

  1. 1

    Kacang soya dicuci bersih rendam selama 4 hari. sehingga kacang soya terbelah dua.Air hendaklah selalu ditukar. Cuci Dan pisahkan kacang soya dari kulitnya sehingga benar2 bersih.

  2. 2

    Setelah kacang terpisah dari kulitnya Rebus kacang soya Separuh masak. Saya rebus sekitar 1 jam api sederhana. Boleh juga dikukus. Kemudian dibilas dibawah air paip,tos Dan sejukkan.boleh juga disejukkan atau keringkan diatas kain bersih.

  3. 3

    Setelah kacang soya sejuk sudah kering barulah dicampur bersama ragi Dan digaul rata.

  4. 4

    Isi kacang soya dalam plastik. Jangan terlalu penuh ya, cukup 3/4 bahagian sahaja.Seal plastik Dan kemudian guna pengcungkil gigi cucuk-cucuk merata pada plastik tersebut.

  5. 5

    Susun dalam dulang.Elak susun dalam dulang plastik. Tutup dengan kain atau tuala bersih Simpan ditempat gelap selama 2 hari. Saya simpan dalam oven(off).

  6. 6

    Inilah hasilnya selepas dua hari.

    Nota:Cara terbaru Boleh juga singkatkan masa rendaman dalam tempoh semalaman sahaja kemudian direbus selama 25 minit, baru dipisahkan kacang dari kulitnya kemudian direbus semula 30 minit baru disejukkan(proses lebih singkat)

  7. 7

    Untuk pembuatan ragi, saya guna tempe yang dibeli dipasar.hiris nipis Dan dijemur sehingga kering. Blend halus tempe kering kemudian diayak. Maka jadilah ragi tempe. Simpan dalam bekas kedap pada suhu bilik.
    Proses membuat ragi ini hendaklah dilakukan terlebih dahulu sebelom proses membuat tempe.

    Nota:Ragi tempe ada banyak cara sebenarnya, ada yang dibuat dengan campuran beras atau nasi juga.
    Saya memilih hanya menggunakan tempe yang dijemur kering sahaja.
    Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen (19)

Norazirah Md Isa
Norazirah Md Isa @cook_29604818
Buat ragi tu tempe kene jemur berapa hari ye?macam tertarik nk cube..

Resipi Sepertinya