Kerisi Singgang Sihat

Saya banyak belajar masak dengan emak.Resepi ikan kerisi singgang ini pun resepi emak saya.Senang disediakan dan bahan-bahannya pun mudah diperolehi.
Hidangan ini tidak menggunakan minyak pun.Sebab itu saya namakan sajian ini sebagai Kerisi Singgang Sihat..
Jom cuba resepi ini sahabat2..
Kerisi Singgang Sihat
Saya banyak belajar masak dengan emak.Resepi ikan kerisi singgang ini pun resepi emak saya.Senang disediakan dan bahan-bahannya pun mudah diperolehi.
Hidangan ini tidak menggunakan minyak pun.Sebab itu saya namakan sajian ini sebagai Kerisi Singgang Sihat..
Jom cuba resepi ini sahabat2..
Cara Memasak
- 1
Siang ikan.
- 2
Sediakan bahan bahan seperti dalam gambar.
- 3
Tumbuk bawang putih, bawang merah,cili padi,kunyit dan halia.
- 4
Rebus air.Selepas menggelegak, masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
- 5
Selepas itu,masukkan air asam jawa.
- 6
Masukkan perahan air limau kasturi.
- 7
Masukkan daun kunyit yang dipotong 3.
- 8
Masukkan ikan kerisi.
- 9
Tambah garam secukup rasa.
- 10
Akhir sekali,masukkan tomato yang dipotong 4.
- 11
Inilah hasilnya..
- 12
Mudah,kan? Selamat mencuba sahabat2..
Resipi Sepertinya
-
Ikan Kerisi Masak Singgang Ikan Kerisi Masak Singgang
Resepi ikan masak singgang ni saya belajar dari Mak saya. Menu ni pun antara masakan yang sangat ringkas tapi sedap dimakan dengan nasi panas-panas.Untuk waktu berpantang ataupun sesiapa yang mahu berdiet untuk jaga berat badan, boleh cuba resepi mudah ini.Masak singgang ni boleh juga diganti dengan ikan lain, contohnya ikan selar.Jom, lihat resepi ringkas untuk menyediakan Ikan Kerisi Masak Singgang.“Dimulakan dengan Bismillah.Disudahi dengan Alhamdulillah.”#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje#goldenapron#1post1hopev2 Nuraliyah Mn -
Singgang Pedas Kerisi Tempoyak Singgang Pedas Kerisi Tempoyak
Dah lama tak masak singgang pedas kerisi tempoyak resepi mak saya ni.. Beberapa hari lepas, mak saya pos tempoyak dari Terengganu, jadi apalagi.. terus la masak lauk febret saya ni..cicah dgn budu campur tempoyak..perghh bertambah-tambah nasi saya makan 😋 tak payah lauk lain dah.. Nor Al Fatihah -
Asam rebus cili api kerisi Asam rebus cili api kerisi
Resepi ilham dari che zie untuk menu sihat tidak menggunakan santan dan minyak. Sesuai utk diet dan jika takda idea nak masak. Asalnya nak buat masak lemak tapi santan habis tukar plan menu. Masakan ni boleh buat dua versi rebus dan tumis. Boleh pilih.. Ok Jom kita buat!! Che Zie -
🍁Singgang Bawal Emas🇲🇾 🍁Singgang Bawal Emas🇲🇾
#back2basicMasakan ringkas yang sihat hari ini. Singgang ikan sentiasa menjadi menu yang mudah bila tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari.Sibongsu Arjuna Beta pula sentiasa cuba mengelak untuk makan masakan berminyak atau sekurang-kurangnya meminimakannya.Masakan ini langsung tidak menggunakan minyak. Kesedapan masakan ini terserlah bila beliau menghirup kuah Singgang Bawal Emas dengan begitu asyik. Nampak kepuasannya menikmati hidangan ini. Master Jamal -
Asam Pedas Ikan Kerisi Asam Pedas Ikan Kerisi
#jekferlailer4eva#episod1#goldenapron2020Resipi Asam Pedas Ikan Kerisi ni paling mudah nak sediakan.Masa masak pun singkat.Pasti bakal mak mertua Lailer terpegun dengan kepantasan bakal menantunya menyediakan hidangan yang cepat dan sedap ni... Mamamikael Oven -
Ikan Kerisi Berlada Kicap Ikan Kerisi Berlada Kicap
#phopxcookpad2020#goldenapron2020 #minggu5Resepi ini saya dapat dari sahabat saya. Penyediaannya pun mudah. Jom kita masak. Mardiana Jaafar -
Ikan kerisi masak putih Ikan kerisi masak putih
Kalau ada ikan kerisi ini adalah salah satu resepi akn dibuat simple tpi sedap selamat mencuba ❤️ #goldenapron2020 KAM -
👩🍳Ikan Kerisi Masak Asam 👩🍳Ikan Kerisi Masak Asam
Cookpad Apron 2025 Week 5COOKPAD MAGIC CART WEEK 5🛒Ikan kerisi🛒HaliaLauk mudah disediakan. Mirip lauk diletak cuka. Tetapi kali ini masam kuah datangnya dari asam jawa bukan dari cuka. Ikan kerisi digoreng garing dahulu sebelum dimasukkan kedalam kuah. Sedap makan dengan nasi panas-panas.#CookpadApron2025#CA20252452/3K76/2025 Mahadiah -
Cencaru Bakar Ft Air Asam Sihat Cencaru Bakar Ft Air Asam Sihat
#nutrifest #resipisihat #cookpadmalaysiaCencaru bakar dan air asam umpama pasangan terbaik bukan? Untuk cencaru bakar, saya hanya disalutkan dengan garam dan kunyit sahaja. Kemudian dibakar tanpa minyak menggunakan pemanggang ajaib. Manakala air asam pula tidak menggunakan belacan. Hanya gabungan cili padi, bawang, tomato dan daun ketumbar sahaja. Salina Jalaludin -
Asam Pedas Ikan Kerisi Asam Pedas Ikan Kerisi
#goldenapron2020Asam pedas tumis ni memang kegemaran keluarga. Kalau nak masak, kena buat kuah bebanyak habuan nak slurp slurp satgi. Xslurp xpuas katanya. Jom kita layan resepinya. Hamidah binti Mokhtar -
👩🍳Ikan Kerisi Goreng Berlada 👩🍳Ikan Kerisi Goreng Berlada
Pilih ikan kerisi yang saiz kecil atau sederhana untuk menyediakan lauk ini.Memang sedap.#Pejuang2KResipi#TeamBerbuka1323/2K Mahadiah -
Singgang Asam Pedas Ikan Kerisi Singgang Asam Pedas Ikan Kerisi
Sesetengah tempat panggil masak "asam rebus"Bagi negeri Terengganu...Biasa di panggil singgang asam pedas..Walaupun bahannya tak sama dengan masak singgang .tapi kaedah masak nya sama dengan singgang . FZ Adzlin
Lebih Banyak Resipi
Komen (13)