Roti Jala Dan Kari Ayam Ekspres

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

Akhirnya siap juga Roti Jalaku untuk cabaran "Roti Jala Marvelous" Cookpad kali ini,alhamdulillah.
K.ha buat dua jenis.Satu Roti Jala Ros dan satu lagi Roti Jala Gulung.
Yang Ros tu cukuplah satu bekas pan telur paling kecil,susun elok di dalam tu,selitkan daunnya,siap.Jari-jemari keras kejung jadi ke tidak janji dah cuba sahut cabaran 😅🤭
Selebihnya buat Roti Jala Gulung,warnapun lembut je.Tak berani nak buat berwarna-warni,tak dimakan kan naya!.
Penyicahnya k ha gu dengan Kari Ayam.Dah lenguh kaki berdiri menjala,buat ajelah kari ekspres,guna premix Kuah Kari Brahim's sahaja.Kebetulan ada lagi stoknya.
Selesai cerita di dapur hari ini,Roti Jala dan Kari Ayamnya pun sudah selamat dinikmati.Alhamdulillah untuk rezeki hari ini.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. (A) - Roti Jala:
  2. 3 1/2 cawanair
  3. 3biji telur (buang tali pusatnya untuk hilangkan bau hanyir)
  4. 4 cawantepung gandum Faiza
  5. 1/2 camcateh pewarna kuning Star Brand
  6. Secubit garam
  7. (B) - Kari Ayam:
  8. 2 camcabesar minyak masak (minyak Canola)
  9. 1biji bawang besar (potong dadu)
  10. 3 ulasbawang putih (cincang halus)
  11. 200 gramdada ayam bertulang
  12. 1pek kuah kari Brahim's (premix)
  13. 2biji ubi kentang (potong kecil)
  14. 1/2 batanglobak merah (potong dadu)
  15. 1 1/2 cawanair
  16. 4 camcabesar santan kotak
  17. 1 camcateh gula perang

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan semua bahan A ke dalam Blender,kisar hingga halus.

  2. 2

    Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala bermuncung 1 (maaf lupa nak snap,nanti k ha edit semula 🙏).

  3. 3

    Panaskan pan non stick.
    Picit acuan,buat 2 garisan lurus.
    Bentukkan garisan melengkung seperti dalam gambar di bawah.
    Ulang sekali lagi di bahagian bawah garisan melengkung 1 tadi
    Bila adunan tidak lagi melekat di kuali,keluarkan roti jala

  4. 4

    Letak roti jala di atas pinggan leper.Lipat dua.
    Gulung roti jala menjadi seperti kelopak bunga ros.

  5. 5

    Untuk daunnya ambil 2 camca besar adunan roti jala,titikkan 1 titis pewarna hijau,kacau rata.
    Masukkan ke dalam acuan 1 lagi.
    Picit adunan membentuk daun bujur.

  6. 6

    Untuk roti jala versi gulung,kiraikan roti jala membentuk bulatan.
    Lipat ke dua-dua bahagian tepinya,gulung seperti dalam gambar.

  7. 7

    Siapkan bahan B
    Panaskan minyak masak dalam kuali non stick.Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau

  8. 8

    Masukkan potongan ayam,masak hingga ayam berubah warna.
    Masukkan kuah kari Brahim's.Kacau.

  9. 9

    Masukkan lobak merah,kentang dan air.
    Masukkan santan dan gula perang,masak hingga kentang empuk dan kuah sedikit pekat.
    Seimbangkan rasa.Siap.

  10. 10

    Hidangkan kari bersama Roti Jala.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Komen (16)

DEWI SARASWATI
DEWI SARASWATI @dewi008saraswati
Cantik kak roti jala nak bentuk bunga, sedap pula dimakan sama kari😍😍👍🙏

Resipi Sepertinya