Sate Padang/Minang

Nora Hj Talib
Nora Hj Talib @ummuqisda_kitchen
Kota Puteri, Bt. Arang, Selangor

Sate Minang ini adalah sate khas yang berasal dari Minangkabau/Padang. Penyediaannya mudah. Bahan-bahan diaduk & dimasak sehingga kental mengikut kesesuaian. Bahan-bahannya kaya dengan rempah. Hasilnya kuahnya berbau harum.

#cppassport

Sate Padang/Minang

Sate Minang ini adalah sate khas yang berasal dari Minangkabau/Padang. Penyediaannya mudah. Bahan-bahan diaduk & dimasak sehingga kental mengikut kesesuaian. Bahan-bahannya kaya dengan rempah. Hasilnya kuahnya berbau harum.

#cppassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

5 orang
  1. 500 gmdaging ayam + tulang ayam
  2. Lidi sate secukupnya
  3. Sedikitminyak zaitun
  4. 3 helaidaun limau
  5. 2 literair
  6. 1 kepingasam keping
  7. Secukup rasa garam
  8. 1biji kiub pati ayam
  9. 3 batangserai di titik
  10. 2inci lengkuas di ketuk
  11. 2 helaidaun kunyit
  12. 50 gmtepung beras
  13. 1sudu besar serbuk kari daging
  14. 50 gmkacang tanah di sangai dan ditumbuk kasar (Optional
  15. Bahan kisar 👇
  16. 7biji bawang merah
  17. 3biji cili merah
  18. 5 ulasbawang putih
  19. 2inci halia
  20. 1 sudu tehjintan manis
  21. 1 sudu tehjintan putih
  22. 2 sudu tehserbuk ketumbar
  23. 1 sudu tehserbuk kunyit
  24. 2biji pelaga
  25. 1/4 sudu tehlada sulah
  26. Hiasan 👇
  27. Nasi himpit/ketupat
  28. Kerepek ubi pedas
  29. Bawang goreng

Cara Memasak

  1. 1

    Bahan-bahannya

  2. 2

    Kisarkan bahan kisar & tambahkan sedikit air. Kisar hingga halus.

  3. 3

    Masukan bahan kisar, serai, serbuk kari, lengkuas, asam keping, daun salam, daun kunyit, daun limau & air. Tambahkan garam dan kiub pati ayam. Biarkan mendidih.

  4. 4

    Rebus ayam

  5. 5

    Kemudian masukkan ayam bertulang serta airnya dan bancuhan tepung beras. Kacau sebati.

  6. 6

    Kacau sebati dan masak hingga mendidih dan pekat

  7. 7

    Taburkan dengan kacang tanah, gaulkan hingga sebati.

  8. 8

    Panaskan grill pan, bakar sate hingga sedikit kecoklatan, dan sapukan minyak zaitun diatasnya. 👈 Langkah ni kalau rajin. Biasanya biarkan sahaja ayam dalam kuah. 🤭

  9. 9

    Hidangkan Sate Padang dengan kuah pekat, dan nasi himpit. Tabur dengan bawang goreng. Yummy

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nora Hj Talib
Nora Hj Talib @ummuqisda_kitchen
pada
Kota Puteri, Bt. Arang, Selangor
Ini merupakan buku resepi ibu yang tidak di bukukan bagi memudahkan ibu mencari semula. Ada resepi google dan ada resepi turun temurun. Resepi google yang menjadi sahaja ibu muatkan di sini. Sejujurnya ibu kurang mahir memasak. 😁😁😁
Baca lagi

Komen (3)

Noor Atika Mahamood
Noor Atika Mahamood @atika_mahamood
Puas makan buat sendiri.. blh letak bahan byk2.

Resipi Sepertinya