Ketupat palas

Selamat hari raya korban. Terbeli daun palas, jadi terbuat ketupat palas, makan x hengat
Hampir 15 thn jgk x menganyam ketupat palas ni, dulu sblm kawin tiap2 hari buat tolong mak niaga kueh pagi2.
Puas jgk nak bg ingat blk cara lipat nya tu, nasib baik menjadi
Ketupat palas
Selamat hari raya korban. Terbeli daun palas, jadi terbuat ketupat palas, makan x hengat
Hampir 15 thn jgk x menganyam ketupat palas ni, dulu sblm kawin tiap2 hari buat tolong mak niaga kueh pagi2.
Puas jgk nak bg ingat blk cara lipat nya tu, nasib baik menjadi
Cara Memasak
- 1
Rendam beras pulut dlm 1 jam,cuci, bersih daun palas dan gulung supaya mudah utk melipat.
Kukus pulut bersama 1 cawan santan dan garam, sukatan nya atas sedikit je drpd pulut - 2
Siap kukus pulut dah lembut dan masak,gaul dgnlebihan santan tadi dan masukkan dalam daun palas.
Lipat menjadi ketupat dan ikat diatasnya - 3
Siap melipat semua, rebus pula dlm periuk dgn air setakat paras ketupat sahaja.
Rebus sehingga air sedikit kering - 4
Siap masak. Ada yg suka makan selepas rebus ni, ada yg suka goreng pulak slps ni,sy suka goreng lebih ranggup, nyumm, x payah mkn dgn lauk dah, ratah macamni aje dah sedap sgt 😋
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Ketupat Palas Utara Ketupat Palas Utara
#unique2u#goldenapron2020Ketupat palas ni adalah menu wajib musim perayaan.Kenapa ia unik bagi saya? Ada ceritanya...Kisahnya suami saya suka sangat ketupat palas ni. Masa arwah emak mentua masih ada, dialah yang sibuk memasak dan membalut ketupat masa musim perayaan. Saya cuma tolong-tolong.Itupun give up macam tu ja sebab tak pandai nak membalut. Selalu balut jadi ketupat betina atau tak jadi langsung 🤭.Bila arwah dah tak de, saya tempah ketupat ni untuk dimakan keluarga. Tapi sampai bila kann.. Jadi saya usahakan juga belajar membuatnya.Alhamdulillah 4,5 tahun kebelakangan ni ketupat palas memang saya sediakan sendiri. Dari mula sampai siap 😁.Gembira tengok suami dan anak-anak berselera makan ketupat yang dihasilkan sendiri 😊. Norashikin Rahmat -
Ketupat Daun Palas dengan Kacang Soya Ketupat Daun Palas dengan Kacang Soya
Hari raya haji yang lepas, saya berkesempatan belajar buat ketupat daun palas dengan emak. Ketupat palas yang emak buat memang sangat sedap. Pulutnya lembut dan berlemak. Memang terbaik. Biasanya emak buat ketupat palas ada kacang soya. Bertambah sedap! Jomlah cuba untuk hari raya yang bakal tiba ni.#goldenapron2020 #juliescookingwithluv Julie Mangsor -
Lepat daun palas Lepat daun palas
Berbeza dengan keluarga lain, menggunakan daun palas utk membuat ketupat, tapi kami membuat kelainan dengan buat lepat. Abah sukakan kelainan dan sukakan bau dari daun palas berbanding daun kelapa, katanya.Lepat sedap dimakan bersama rendang, ayam masak merah, kuah lodeh ataupun kuah kacang. Kami biasa hidangkan juadah ini di kala Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Aidiladha.#goldenapron2020 #unique2u #harirayaaidiladha #lepatdaunpalas Norbaiti Modtrifi -
Ketupat Palas Ketupat Palas
#CookpadApron2025#Week2-beras pulut-santanPertama kali buat ketupat palas sebelum ni pernah buat ketupat pandan. Saja nak mencuba perkara baru..heheWalaupun rupanya hodoh tapi tetal sedap🤭Inspirasi resepi @dapurdee 🥰 shazrina -
Ketupat Palas Ketupat Palas
Dalam tak pandai menganyam tu, belajarlah juga dengan staff di pejabat. Senang rupanya nak anyam daun panas.Tapi nak menghadap buat ketupat ni, kena cekal. Kalau tak, sekerat jalan je sudahnya hehehe.Di Terengganu, biasanya ketupat palas yang dah siap direbus, akan digoreng sebelum dihidang. Krup krap tau.Daun palas (2 point)Pulut (1 point)Santan3 points#GlobalApron2024 #challenge6 #menuraya Nihadriz Niha -
Ketupat Palas Ketupat Palas
#goldenapron#1hope1cookFamili saya memang suka makan ketupat palas ni. Tak kira raya ataupun tidak. Dengan itu mai nak share resepi membuat ketupat ini. Ini cara saya. Mungkin orang lain, lain caranya. Hamidah binti Mokhtar -
Ketupat Palas Ketupat Palas
Ramadan Month Challenge 4 : Raya PrepKetupat palas hidangan yang wajib ada di hari lebaran.Untuk mengelakkan kesesakkan kerja di hujung-hujung Ramadan, maka kita sediakan ia lebih awal dan frozenkan.Sehari sebelum raya bolehlah keluarkan daripada peti ais, defrostkan kemudian kukus lebih kurang 15 minit @ sampai ketupat lembut. Norashikin Rahmat -
Cara balut ketupat palas Cara balut ketupat palas
Balutan ketupat palas ada dua. Satu betina. Satu jantan. Yg aku ajaq ni adalah jantan. Nak belajaq cara betina x susah. Kalau hangpa tersilap balut tu jadi lah betina. Yg susahnya hat jantan ni. Sbb kengkang dia berseni. Nak bukak nk makan nanti senang Datuk Ferdy -
Ketupat Palas Ketupat Palas
#phopxcookpad2020#goldenapron2020Ketupat palas menu yang wajib ada di pagi raya. Norashikin Rahmat -
Ketupat daun palas Ketupat daun palas
Ketupat daun palas adalah menu utama untuk meraikan Hari Raya#goldenapron#1hope1post#azielaamin#potluckaz
-
Ketupat Pulut Daun Palas Ketupat Pulut Daun Palas
🌹44-2024🌹👩🍳752/1K👩🍳Global Apron 2024 Challenge 6: Menu Raya#GobalApron2024#Challenge6#MenuRaya#KetupatDaunPalasKetupat Daun Palas Menu wajib ada setiapkali Raya.Ummi beraya dikampung Mil di Sandakan.Kebiasaan setiap tahun mil dan keluarga akan sediakan ketupat daun kelapa sahaja sebab mereka sekeluarga tak tau cara penyediaan ketupat daun palas.Sejak ummi masuk kedalam keluarga mereka,Ketupat daun palas menjadi kegemaran mereka pula setiap kali Raya.Ini kerana ummi akan sediakan ketupat daun palas untuk juadah Hari Raya di rumah Mil.Dari situlah ketupat Daun Palas menjadi pilihan untuk menu Raya di rumah Mil.Cookpad Magic Pantry :PULUTKELAPA PARUTDAUN PALAS Q'leenalee's Kitchen -
Ketupat palas versi lemak manis Ketupat palas versi lemak manis
Hari Raya tahun ke 2 tak dapat balik kampong. Anak- anak nak makan ketupat. Ya lah kemestian bagi keluarga kami. Ketupat palas cicah rendang atau manisan cair dihidang dipagi Hari Raya . Jom kita buat ketupt. Arus pemodenan ketupat juga telah di beri perisa seperti ketupat daging ,kacang, jagung dll.#hariraya1442 Ani Delighted
Lebih Banyak Resipi
Komen