Lepat daun palas

Norbaiti Modtrifi
Norbaiti Modtrifi @mamaauni82

Berbeza dengan keluarga lain, menggunakan daun palas utk membuat ketupat, tapi kami membuat kelainan dengan buat lepat. Abah sukakan kelainan dan sukakan bau dari daun palas berbanding daun kelapa, katanya.

Lepat sedap dimakan bersama rendang, ayam masak merah, kuah lodeh ataupun kuah kacang. Kami biasa hidangkan juadah ini di kala Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Aidiladha.

#goldenapron2020 #unique2u #harirayaaidiladha #lepatdaunpalas

Lepat daun palas

2 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3 jam
6-8 orang
  1. 1kilo beras pulut
  2. 1biji kelapa parut
  3. 3/4 cawankacang merah
  4. Garam secukup rasa
  5. Air utk merebus
  6. Daunpalas secukupnya

Cara Memasak

3 jam
  1. 1

    Beras pulut dibasuh bersih dan kemudian ditoskan.

  2. 2

    Kacang merah direndam semalaman bagi lembut dan mudah masak. (atau minima 3-4 jam)

  3. 3

    Beras pulut yang sudah ditos, dimasukkan dalam bekas dan disatukan dengan kelapa parut.

  4. 4

    Kemudian, masukkan kacang merah dan juga garam secukup rasa.

  5. 5

    Gaul seratanya dan ketepikan.

  6. 6

    Daun palas dilap dan kemudian dibentuk yang sesuai. Masukkan beberapa sudu bancuhan tadi dan pusingkan daun palas serta diikat hujungnya.

  7. 7

    Didihkan air di dalam periuk dan kemudian masukkan lepat yang sudah siap diikat dalam daun palas. Lepat direbus 3-4 jam.

  8. 8

    Siap sahaja direbus, lepat diangkat dan ditoskan airnya. Biarkan sejuk dan bolehlah dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Norbaiti Modtrifi
Norbaiti Modtrifi @mamaauni82
pada

Komen

Resipi Sepertinya