👩‍🍳Pulut Nangka Kuah Santan🇹🇭

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

3 ulas pulut nangka dijual dengan harga RM9.00. Browse resipi dkt Google memang pasti akan terjumpa. Boleh pilih yang mana sesuai dan masak je sendiri. Memang sedap untuk hidangan minum petang🤤

Selain daripada Pulut Mangga Kuah Santan ; Pulut Nangka Kuah Santan juga adalah makanan pencuci mulut yang berasal dari Thailand.

Inspirasi resipi zalipah ibrahim🌹

Resipi ini untuk 7 ulas nangka.

#cppassport

👩‍🍳Pulut Nangka Kuah Santan🇹🇭

3 ulas pulut nangka dijual dengan harga RM9.00. Browse resipi dkt Google memang pasti akan terjumpa. Boleh pilih yang mana sesuai dan masak je sendiri. Memang sedap untuk hidangan minum petang🤤

Selain daripada Pulut Mangga Kuah Santan ; Pulut Nangka Kuah Santan juga adalah makanan pencuci mulut yang berasal dari Thailand.

Inspirasi resipi zalipah ibrahim🌹

Resipi ini untuk 7 ulas nangka.

#cppassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
7 orang
  1. 7 ulasnangka madu (Nangka Madu lebih manis)
  2. Bahan untuk pulut:
  3. 1 cawanberas pulut (direndam semalaman atau 6 jam)
  4. 1 cawanair- untuk kukus pulut
  5. 1/2 cawansantan kotak (pekat)
  6. garam & gula- secukupnya
  7. Daunpandan (Pilihan)
  8. Bahan untuk kuah santan:
  9. 2-3 ulasnangka potong kecil
  10. 1/2 kotaksantan pekat
  11. Sedikitair
  12. Hiasan : Bijan putih

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Penyediaan Pulut:

    Rendam pulut semalaman. Toskan pulut yang direndam,
    Saya guna periuk Noxxa (untuk kukus pulut):

    Masukkan beras pulut dan daun pandan.

    Masukkan air 1 cawan ; Guna fungsi ‘High Pressure’ selama 5 min.

    Selepas 5 minit, release pressure, buka penutup. Sedia untuk gaul santan.

  2. 2

    Penyediaan Santan pekat untuk gaul dengan pulut:

    Masuk 1/2 cawan santan pekat dalam bekas, campur 1 sb garam dan 2sb gula (secukup rasa).kacau hingga semua larut.

  3. 3

    Masukkan santan ke dalam pulut (dalam periuk), gaul terus dalam periuk sampai sebati (kering santannya).

    Selepas itu, guna fungsi ‘steam’ selama 3 minit.

  4. 4

    Penyediaan Nangka:
    Belah buang biji isi nangka, jangan belah terus, belah hanya separuh.

    Ambil pulut kepal-kepalkan dan masukkan dalam nangka tadi.

  5. 5

    Dah siap semua masuk nangka yang dah isi pulut ke dalam periuk dan kukus sekejap dalam 3-5 minit, untuk bagi nangka lembut sikit.

    Jangan lama nanti lembik tak sedap. Kalau suka nangka yang rangup tak perlu kukus.

  6. 6

    Penyediaan Kuah Santan:

    Kisar 1/2 kotak Santan pekat dengan 2-3 ulas isi nangka (agak-agak jangan banyak sangat).Tambah sedikit air jika perlu. Kisar halus.

    Tuang ke dalam periuk kecil.
    Letak atas dapur masak dengan api sederhana sampai pekat dan mendidih sekejap sahaja. Tutup api.

    Masuk gula garam ikut citarasa.

  7. 7

    Hidangkan dengan kuah santan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya