👩‍🍳Pulut Mangga Harum Manis

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Bila sebut sahaja mangga Harum Manis sudah tentu semua orang dapat meneka ianya berkaitan dengan Negeri Perlis.

Mangga ini memang sesuai dimakan dengan pulut kerana ianya sangat manis dan sedap.

#merdekapassport

👩‍🍳Pulut Mangga Harum Manis

Bila sebut sahaja mangga Harum Manis sudah tentu semua orang dapat meneka ianya berkaitan dengan Negeri Perlis.

Mangga ini memang sesuai dimakan dengan pulut kerana ianya sangat manis dan sedap.

#merdekapassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2-3 orang
  1. 2biji Mangga Harum Manis
  2. Bahan Pulut:
  3. 1 cawanberas pulut (direndam semalaman atau 6 jam)
  4. 1/2 cawanSantan kotak
  5. 1 cawanair
  6. Secubit Garam
  7. 2sb gula
  8. Daunpandan- simpul
  9. Sedikitminyak masak
  10. Bahan kuah santan:
  11. 1/2 kotak (100 ml)santan
  12. 50 mlAir (tambah air jika nak lebih cair)
  13. Secubit Garam
  14. Daunpandan- simpul
  15. Tepung jagung (jika nak pekat)
  16. Bijan putih- hiasan

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Penyediaan Pulut
    Rendam pulut semalaman. Toskan pulut yang direndam, Saya guna periuk Noxxa:
    Masukkan beras pulut, daun pandan dan sedikit minyak masak. Masukkan air 1 cawan.

    Guna fungsi ‘High Pressure’ selama 5 min.

    Selepas 5 minit, release pressure, buka penutup. Sedia untuk gaul santan.

  2. 2

    Penyediaan Santan pekat untuk gaul dengan pulut:

    Masuk 1/2 cawan santan pekat dalam bekas, campur 1 sb garam dan 2sb gula (secukup rasa).kacau hingga semua larut.

    Masukkan santan ke dalam pulut (dalam periuk), gaul terus dalam periuk sampai sebati (kering santannya).

    Selepas itu, guna fungsi ‘steam’ selama 5 minit.

    Buka penutup, kaup balik pulut tadi dengan senduk bagi sekata. Keluarkan pulut dari periuk. Biar sejuk sikit.

  3. 3

    Penyediaan kuah santan;
    Di dalam periuk kecil; didihkan sekejap santan dengan sedikit air,garam dan daun pandan. Kacau sebati.
    Jika nak pekat, letakkan tepung jagung.

  4. 4

    Goreng tanpa minyak: bijan/sesame seed untuk ditabur apabila nak makan pulut nanti.

  5. 5

    Cara Menghidang:
    Potong mangga mengikut bentuk kegemaran.

    Susun atas pinggan. Letak pulut; curahkan santan diatas pulut dan tabur bijan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya