Bulgogi Beef (South Korea) 🇰🇷

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Memang laku keras masak macam ni kat rumah. Perapan daging dah mesra ke dalam daging tu, memang lah menjadikan menu South Korea ni sedap walaupun basically hanya perapan kicap! Minyak bijan dan bijan sangai menjadikannya lebih sedap.

Cc: @KakLat ❤️

Bulgogi Beef (South Korea) 🇰🇷

Memang laku keras masak macam ni kat rumah. Perapan daging dah mesra ke dalam daging tu, memang lah menjadikan menu South Korea ni sedap walaupun basically hanya perapan kicap! Minyak bijan dan bijan sangai menjadikannya lebih sedap.

Cc: @KakLat ❤️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 500 gramdaging (uchu guna batang pinang)
  2. 1 sudu besarminyak bijan
  3. 2 sudu besarkicap cair
  4. 1 sudu besarkicap manis pedas Mahsuri (Uchu tambah)
  5. 1 sudu besargula
  6. Bahan Kisar
  7. 1 bijibawang besar
  8. 4-5 ulasbawang putih
  9. 1 incihalia
  10. Bahan Hirisan
  11. 1 bijibawang holland (uchu guna bawang besar merah)
  12. 1 tangkaidaun bawang
  13. Sedikitbijan (disangai)

Cara Memasak

  1. 1

    Hiris daging ikut nipis yang disukai dan hirisan lawan urat agar cepat lembut ketika perapan.

  2. 2

    Masukkan Bahan A yang telah dikisar ke dalam daging. Masukkan juga minyak bijan, kicap cair dan gula mengikut sukatan yang telah diberikan.

  3. 3

    Gaul sebati. Kemudian perap paling kurang setengah jam. Uchu perap seharian dalam chiller untuk makan malam.

  4. 4

    Setelah perap dalam tempoh yang diinginkan, masukkan sedikit minyak kemudian masuk daging perapan tadi. Tumis hingga air daging tersebut kering.

  5. 5

    Akhir sekali, masukkan hirisan bawang holland dan daun bawang. Masak hingga kering dan sekata. Tidak perlu tambah perasa kerana bahan perapan dah cukup rasa.

  6. 6

    Sedia untuk dihidang!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (4)

mamy_kitchen89
mamy_kitchen89 @Mamy_Nurul
ahhh😋😋😋 meratah nii..xsmpat mkn nga nsi😅

Resipi Sepertinya