Boba pearl 🧋

Elley ana
Elley ana @dapoputih
Terengganu, Malaysia

Teringin punye pasal...biasa beli ajer.. harini try buat sendiri...jom tgk cara2 buat boba 😉

Boba pearl 🧋

27 orang bercadang membuatnya

Teringin punye pasal...biasa beli ajer.. harini try buat sendiri...jom tgk cara2 buat boba 😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan basah A : (Didihkan air gula)
  2. 1/3 cawanair
  3. 4sb gula merah
  4. Bahan masak kuah gula perang :
  5. 1 cawanair
  6. 2 cawangula perang
  7. 1sb tepung ubi kayu (masuk dalam air tadi kacau)
  8. Secubit garam *lemak lemak nanti rase *terpulang nak manis macam mana
  9. kalau tak suke manis letak 1 1/2 cawan sahaja gula. - Masak atas api dapur sehingga lekat pekat dengan api sederhana. Kacau selalu ye

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan- bahan ini :
    2 cawan kecil tepung ubi + 2 sudu serbuk koko
    *sebab ramai yang takde penimbang jadi boleh buat macam ni

  2. 2

    Gaul rata tepung ubi kayu dan serbuk koko - Panas kan atas api dapur air bersama gula merah. Nak gula gula perang/ brown sugar biasa pon boleh cuma warna tak berapa gelap- Panas kan bahan basah cukup sehingga mendidih berbuih dan tutup api- Tuang perlahan lahan dalam adunan kering. Adunan tepung tadi.
    - Gaul sebati. Awal awal tu panas guna senduk kayu dulu ke whisk, pastu gaul dengan tangan.
    - Dah nampak sebati sekata warna, bulat bulat kan.
    (Contoh gmbar gula merah (gelap) & gula perang (cerah)

  3. 3

    Bulat bulat kan tak lebih besar dari mata ikan. Sebab nanti dia mengembang 2kali ganda tak syok makan besar besar. - Panas air untuk merebus. Guna air yang banyak yea. Tunggu mendidih berbuih baru masuk kan bebola tepung tadi. - Masak sehingga 25-35 minit api kecil.
    - Setelah masak, amik sebiji try gigit satu tengok dalam tepung dah masak ke belum. Kalau belum tambah air panas dan tambah masa merebus.
    - Proses ini penting ok.

  4. 4

    Setelah masak sepenuh nya bebola tepung tadi, tutup api biar kan dia terendam dalam air rebusan tu selama 20 minit. Kalau boleh tutup dengan tudung periuk.
    Dah lepas 20 minit rendam, tos air.
    - Bersih kan pearl dalam air sejuk bercampur ais. Ni lah rahsia pearl yang lembut tapi kenyal. Buat sekejap je. 3-4 minit macam tu. Buang air sejuk dan tos kan.

  5. 5

    Last sekali Masak air gula perang pulak..masak sehingga lekat pekat dengan api sederhana. Kacau selalu ye. Yey! Dah siap boba pearl ni.. blh simpan dalam peti. Guna bila nak buat ais blended atau minum dengan milk tea. Selamat mencuba 😍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Elley ana
Elley ana @dapoputih
pada
Terengganu, Malaysia
Iᗷᑌ 𝓜𝓲𝓠𝓪𝓮𝓵 🤍 𝓜𝓲𝓠𝓪𝓲𝓵𝓪 𝒮ᑌKᗩ ᗰᗩ𝒮ᗩK 👩🏻‍🍳 🥘ᕼOᗷI ᒍᗩᒪᗩᑎ2 ᑕᗩᖇI ᗰᗩKᗩᑎ🍜🍔 𝒮𝐔к𝐀 𝔻𝔼ᑕO 🤍 𝒮ᑎᗩᑭ ᖴOTO 📸𝒮ᑌR𝓲ᗷI𝒮ᑎ𝔼𝒮✨
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya