Kuetiau Th’ng

Asyik lalu-lalang kat status medsos/socmed kawan-kawan Kuetiau Th’ng ni. Dah berapa hari nak buat sebab saya memang suka makan kuetiau th’ng ni. Sewaktu di zaman bekerja dahulu saya selalu memesan mi kolok sup tetapi rasa nya dan bahan-bahan nya memang sama dengan kuetiau th’ng ni yang membezakan cuma mi nya sahaja.
Rasa kuah nya memang ada rasa manis yang ringan. Sedap dihirup ketika masih panas, ditambah pula aroma minyak bawang putih dan gabungan kicap cili nya. Memang tak cukup semangkuk 😅
Kuetiau Th’ng
Asyik lalu-lalang kat status medsos/socmed kawan-kawan Kuetiau Th’ng ni. Dah berapa hari nak buat sebab saya memang suka makan kuetiau th’ng ni. Sewaktu di zaman bekerja dahulu saya selalu memesan mi kolok sup tetapi rasa nya dan bahan-bahan nya memang sama dengan kuetiau th’ng ni yang membezakan cuma mi nya sahaja.
Rasa kuah nya memang ada rasa manis yang ringan. Sedap dihirup ketika masih panas, ditambah pula aroma minyak bawang putih dan gabungan kicap cili nya. Memang tak cukup semangkuk 😅
Cara Memasak
- 1
Minyak bawang putih :- ketuk bawang dan kupas kulit nya, kemudian dicincang halus. Panaskan minyak masak guna api kecil.
- 2
Apabila minyak masak panas, goreng bawang hingga kekuningan. Tutupkan api tetapi sentiasa dikacau kerana haba panas akan memasakkan lagi bawang putih hingga warna kuning kecoklatan.
- 3
Sup :- Rebus dada ayam bersama 3 mangkuk besar air hingga mendidih hingga lemak-lemak ayam keluar dan terapung. Buang air nya dan cuci dada ayam tadi. Masukkan semula ayam ke dalam periuk dan masukkan baki air tadi (4 mangkuk besar)
- 4
Sediakan bahan lain. Masukkan gula batu dan halia ke dalam periuk ayam.
- 5
Masukkan akar daun ketumbar, buah sengkuang, kiub Maggi ke dalam periuk ayam.
- 6
Masukkan juga serbuk Tumix, serbuk lada putih. Masak hingga ayam masak dan keluarkan ayam. Sejukkan ayam dan dicarik isi nya. Renihkan sup 20-25 minit semakin lama semakin sedap sup nya.
- 7
Celur bebola ikan, kek ikan, sayur sawi Jepun dan kuetiau. Tauge saya tak celur sebab nanti ianya akan layu apabila disiram dengan sup panas.
- 8
Kicap cili :- Potong cili dan campurkan bersama kicap masin dan jus limau kasturi.
- 9
Cara hidang, masukkan kuetiau ke dalam mangkuk, diikuti isi ayam, bebola ikan, kek ikan, sayur baby sawi, tauge, minyak bawang putih. Tuang sup panas-panas di atas nya dan tabur daun ketumbar/daun bawang. Dimakan bersama kicap cili.
Resipi Sepertinya
-
Kuetiau Goreng Pak Di Kuetiau Goreng Pak Di
Kuetiau goreng semesti nya sedap dimakan ketika masih panas. Ianya kegemaran keluarga saya juga. Si dara saya tidak berapa menggemari mi kuning. Ketika masih di zaman kanak-kanak dia tak reti nak sebut nama mi kuetiau, dia akan cakap “mi segi empat” 😂. Kenapa nama Pak Di? Itu nama timbangan suami saya digelar oleh anak jagaan saya panggil suatu ketika dahulu 😊 Ni cara suami saya kalau goreng mi kuetiau. Dapur Yusfarisyia -
Kuetiau Belalak Kuetiau Belalak
Ini lah di antara menu kuetiau yang paling disukai oleh suami saya dan si bujang saya. Kalau buat tu memang tak cukup semangkuk, pasti nak tambah lagi. Sebab itu dinamakan kuetiau belalak. Ibarat “indah rasa dari rupa” 😆🤭Opps! Terpuji sendiri pulak 🙏🏻🙏🏻🙏🏻Belalak dalam bahasa Melayu Sarawak ialah nak lagi. 😁 Dapur Yusfarisyia -
Kuetiau goreng Kuetiau goreng
Masakan kuetiau yang ringkas dan mengenyangkan. Dalam masakan ini disenaraikan bahan-bahan yang mudah dan ringkas untuk disediakan. Paling penting, aroma masakan ini mampu menambat hati orang ramai untuk makan berkali-kali fakri ramli -
Kuetiau Daging Kuetiau Daging
Resipi dalam draf juga.Kuetiaw goreng vevodo jer. Suami saya suka kuetiau yang kering dan kalau tak hitam kuetiau tu, dia akan tanya, "kicap dah habis ke?" Saya ni pulak akan jawab "abang nak makan kicap ke makan mi kuetiau?" Geram sangat asyik ikut selera dia jerrr. 🙄 Kita pun nak ikut selera kita jugak, nak kuetiau basah sedikit dan tak la gelap sangat kicap nya. Orang kalau dah hantu kicap, makan apa pun mesti nak kicap jugak. Nasib baik makan aiskrim tak bubuh kicap atau minum kopi tambah kicap. 🤣 At least jangan komplen makan jer la sebab ada orang yang tolong masakkan untuk dia. Kadang kita ni ikhlas pun jadi macam tak ikhlas bila dengar komplen macam tu. Bila kita nak masak asing-asing sebab nak juga ikut selera kita, dia pulak cakap tak payah nanti banyak kerja nak basuh itu ini. Campak-campak, siap. Hidang dan terus teman dia makan. Nanti kalau tak teman dia merajuk pulak. Sepatut nya kita yang merajuk. Haha.. Begitu lah asam garam kehidupan suami isteri, kadang tu perlu ada tolak ansur. Ada waktu perlu mengalah, mengalah lah, bukan nak sampai gaduh dan sebagai nya. Kadang tu yang mengalah tu bukan bererti dia kalah. Dia menang sebenar nya kerana berjaya melawan perasaan amarah nya tapi kalau dah dia tak mahu mengalah, mungkin lebih teruk lagi jadi nya kelak. ✌️🤭 Dapur Yusfarisyia -
Kuetiau Hong Kong Ikut Suka Kuetiau Hong Kong Ikut Suka
Global Apron 2024 Challenge 3: SahurSelalu nya kalau sahur, saya dan suami memang jarang ambik makanan yang berat. Perut tak larat nak makan makanan yang berat. Si dara pulak uzur jadi tak dapat nak berpuasa. Suami tiber request nak makan kuetiau alasan nya kerana takut kuetiau tu nanti jadi tak elok sebab dah berapa hari dia beli tapi tak terusik. Saya pulak tak nak makan yang bergoreng, nak yang berkuah supaya dapat dihirup. Terus terfikir nak buat kuetiau ala hong kong. Disebabkan masa singkat sangat, buat jer dengan bahan yang ada. Sotong masih lagi tak nyahbeku sepenuh nya. Nampak ada lebihan ayam goreng pedas, terus capai dan potong, leburkan ajer ke dalam kuali sampaikan tepung saduran ayam goreng pun tak sempat nak dibuang membuatkan kuah kuetiau saya jadi sedikit pekat tapi sedap lah pulak 😄🤭#GlobalApron2024Bahan-bahan :- Telur (1) + Sawi Pak Choy (1) + Ayam (1) Dapur Yusfarisyia -
Mi kolok Mi kolok
Sebut saja mi kolok, suami dan anak-anak saya mesti suka kegirangan dah macam kanak-kanak Ribena dah 🤭. Mi kolok ni saya masak untuk berbuka puasa. Bahan-bahan sampingan semua sudah tersedia cuma tinggal nak makan baru nak celurkan mi sebab mi kolok ni sedap kalau dimakan panas-panas. Bila waktu berbuka tiba-tiba pulak gas untuk memasak habis. Gas spare pula lupa nak beli. Dah lah PKP ni memang susah nak keluar tapi kalau tak keluar beli gas nampak nya tak makan la. Habis saja solat maghrib suami pergi kedai yang berhampiran untuk membeli gas untuk memasak. Alhamdulillah 🤲🏻 #phopxcookpad2020 Dapur Yusfarisyia -
Kuetiau Goreng Chinese Style Kuetiau Goreng Chinese Style
Inspirasj resepi dari ig soyabelacan🌹Tips memasak kuetiau api kene besar supaya ada rasa wok hei😁 shazrina -
Kuetiau “leftover” Kuetiau “leftover”
Resipi #mottainaiKenapa “leftover?” Kombinasi bahan-bahan sisa makanan yang masih elok sebelum menjadi tidak elok/tidak dimakan. Tauhu dan taugeh tu lebihan bahan untuk dimasak semalam. Sengaja tak masak banyak semalam kerana anak dah kenyang makan di kedai bersama kawan nya. Ayam goreng kfc tu pula terpaksa disimpan kerana sudah tertarik dengan menu lain iaitu mi jawa. 😅 Dapur Yusfarisyia -
Mi Kolok Ayam Cendawan Mi Kolok Ayam Cendawan
Ayam dan cendawan satu combinasi yang sangat menyerakan. Boleh dimasak Chinese style dengan kicap dan sos tiram, atau western style seperti cream soup atau dimasukkan dalam pie.Disini saya kongikan salah satu resipi yang saya gemari, menggunakan mi kolok kering. Jika tida mi kolok, boleh digantikam dengan mi lidi, mi kuning, yee mee ataupun pasta. Ikut citarasa masing-masing. Ruth -
Kuetiau Goreng Zasst Kuetiau Goreng Zasst
Quick Fix ⏳Kuetiau ni digoreng pada tengahari semalam tapi baru ada kesempatan hendak menaip. Balik daripada membeli anak pokok moringa daripada penjual yang dikenali di MukaBuku. Agak jauh jugak lah rumah penjual tu daripada rumah saya. Jalan pulak sesak, sampai di rumah kepenatan. Perut pulak lapar. Ayam terlupa hendak dinyahbeku daripada freezer. Suami bagitau ada kuetiau dan sayur sawi dibeli dia semalam di dalam peti sejuk, tanda nya dia hendak saya masakkan kuetiau untuk kami makan. Ternampak ada kerang tin atas table top. "Bila masa pulak ada kerang tin ni di sini" Berkata di dalam hati sendiri sambil belek-belek tin kerang tu. Suami saya terus cakap "ha, campur sekali dengan kerang tu dalam kuetiau tu nanti. Lupa nak bagitau ayang tadi." Dalam hati berkata lagi, "Haishhh! Pelik-pelik jer jenama kerang yang orang tua ni beli. Kalau tak diturutkan nanti, dia merajuk pulak." Saya ni kalau bab-bab makanan dalam tin memang dah serik nak makan BUKAN atas pengalaman sendiri tetapi daripada sumber berita yang didengar menyebabkan saya dah tak mahu lagi makan. Kalau masak pun untuk anak-anak dan suami 😆. Goreng zasst diberi nama sebab goreng sepantas yang boleh Zasst!!! Dapur Yusfarisyia -
Kuetiau Hailam Kuetiau Hailam
Kuetiau ialah ejaan rasmi mengikut DBP.Kuetiau hailam bukan berasal dari China tetapi tetapi adalah resepi yang tercipta oleh Hainanese tempatan Malaysia dan Singapura yang berinspirasikan makanan Hainan.~One of Malaysian Hainanese's world-famous dish is Hainanese Chicken Rice. Similar to the renowned Chicken Rice, this recipe of the “Mee Hailam”, was not brought over from the southern island of China but was invented locally after their arrival, even though it may have been inspired by some authentic Hainanese dish.~Walaubagaimanapun, asal mi kuetiau tu Uchu sendiri tak pasti dari mane..belum abis study..hihi. Sesimple Loralin -
Kuetiau Goreng Sayur Kuetiau Goreng Sayur
Kuetiau ni saya goreng hari selasa yang lepas tetapi baru ada kesempatan nak menaip.Seawal pagi lagi sudah keluar rumah untuk temujanji di hospital pakar dan agak lewat untuk sampai ke rumah membuatkan saya harus memasak sesuatu menu yang ringkas dan mudah untuk mengalas perut yang kelaparan. Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)