Singgang Ikan Senangin

Hari tu mencari resipi singgang ikan untuk dicuba, terjumpa resipi Singgang Ikan Kembung @byRaihanaHuda, duduk atas sekali di carta No. 1 resipi popular untuk singgang ikan. Senang ada akaun Premium ni, apa yang kita nak kat hujung jari je, tak payah habiskan banyak masa dok tercari-cari resipi yang sesuai dan fool-proof. Cara buat pun macam senang. So jom ler kita cuba dan Cooksnap. Semalam pergi supermarket terjumpa pulak ikan senangin. Dah lama tak makan ikan senangin, so kita guna la ikan senangin dalam resipi ni.
Singgang Ikan Senangin
Hari tu mencari resipi singgang ikan untuk dicuba, terjumpa resipi Singgang Ikan Kembung @byRaihanaHuda, duduk atas sekali di carta No. 1 resipi popular untuk singgang ikan. Senang ada akaun Premium ni, apa yang kita nak kat hujung jari je, tak payah habiskan banyak masa dok tercari-cari resipi yang sesuai dan fool-proof. Cara buat pun macam senang. So jom ler kita cuba dan Cooksnap. Semalam pergi supermarket terjumpa pulak ikan senangin. Dah lama tak makan ikan senangin, so kita guna la ikan senangin dalam resipi ni.
Cara Memasak
- 1
Ikan yang kita beli ni dah siap siang jadi tinggal lumur dengan asam jawa je nak hilangkan bau. Cuci bersih-bersih sambil selawat. Lepas tu lumur dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam. Biarkan dalam 2 minit.
- 2
Panaskan minyak dalam kuali dan start goreng ikan sampai garing. Balikkan.
- 3
Dalam masa yang sama, sediakan bahan-bahan menumis. Hiris bawang kecil, bawang putih dan halia, dan titik serai dengan cili padi. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semuanya hingga naik bau.
- 4
Bila ikan dah garing, angkat dan letak atas tisu dapur untuk serap minyak berlebihan.
- 5
Bila bahan tumisan tadi dah naik bau, tambah air, asam gelugor, 2 sudu kecil garam dan 2 sudu kecil serbuk kunyit. Air tu boleh adjust ikut nak banyak mana kuah tu. Kalau guna air sikit, pandai-pandai la adjust garam. Biar sampai mendidih. Dah mendidih, kecilkan api dan masukkan ikan. Biarkan mereneh lebih kurang 5 minit.
- 6
Siap sudah singgang ikan kita. Simple tapi sedap! Ikan yang dah digoreng tu menambah rasa Uumph! dia. Makan dengan nasi panas-panas 😋👍
Resipi Sepertinya
-
Singgang Ikan Kembung Singgang Ikan Kembung
#WAJIBcooksnapSinggang ikan kembung yang lain dari kebiasaan. First time buat singgang ikannya digoreng dulu. Sedap! Cempaka Putih -
Sambal Berlada Ikan Senangin Sambal Berlada Ikan Senangin
Ternampak resipi @arihasliza ni terus save sebab cara buat sambalnya lain daripada yang selalu kita buat. Selalunya kita guna cili kering, yang ni guna cili merah fresh campur cili padi. Terangkat betul rasanya! Kalau tak nak pedas sangat boleh buang biji cili tu macam kita. Rozita Jaafar Sekdek -
Ikan Senangin Masak Asam Ikan Senangin Masak Asam
Ikan senangin goreng digandingkan dengan kuah asam. Fevret sangat 💜#goldenapron2020 #dapurfaafeefoo Kakak Faa -
🍁Singgang Senangin dan Nenas 🍁Singgang Senangin dan Nenas
#GoldenApron23#week5Resepi ringkas kali ini berasaskan ikan senangin dan nenas bagi memenuhi tema untuk minggu ke lima Goldrn Apron 2023 ini.Masak singgang yang mudah dan memenuhi selera sekeluarga. Selamat mencuba. Master Jamal -
Singgang Ikan Kembung Singgang Ikan Kembung
149/2025 (2136/2500)#CookpadApron2025COOKPAD MAGIC CART WEEK 14 : ikan kembung, ciliAlhamdulillah..menyinggang sokmo. Walaupun seekor ikan kembung, menyinggang tetap menyinggang. Kuah dia tu yang penting sebenarnya..Uchu pulak kalau ke pasar, rambang mata beli macam-macam jenis ulam. Bila ulam-ulam jadi menu utama bersama sambal budu 😁, maka ikan goreng dan singganglah partnernya. Kalau kuah lain macam tak ngam.Cumanya..kalau singgang guna ikan kembung atau selar, memang kena masak lauk lain untuk anak-anak. Kecualilah masak singgang ikan tenggiri, siakap, bawal emas atau ayam. Barulah diorang layan makan. Sesimple Loralin -
Singgang Ikan Bawal Emas Singgang Ikan Bawal Emas
144/2025 (2131/2500)#CookpadApron2025COOKPAD MAGIC CART WEEK 14 : ikan bawal, ciliAlhamdulillah..singgang lagi. Anak-anak Uchu memilih juga ikan yang dimasak untuk singgang. Kalau ikan kembung atau selar, alamatnya diorang hanya akan amik kuah. Kalau guna ikan bawal emas, ikan merah atau siakap barulah boleh jadi menu utama atas meja makan. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Sesimple Loralin -
👩🍳Asam Pedas Ikan Senangin 👩🍳Asam Pedas Ikan Senangin
Ikan senangin- kali pertama memasak ikan ini kerana menyahut cabaran Golden Apron, kalau tak, memang tak sentuhlah ikan ni. Mungkin kerana sangat biasa dengan ikan2 seperti ikan kembong, tenggiri, merah, tongkol dan selar, maka ikan ini terkeluar dari senarai🤗Tak sangka rupa2nya sedap isi ikan ni. Cuma dua tip penting yang selalu dikongsi ialah buang sisiknya yang halus dan juga basuh dengan air garam atau asam seperti asam jawa, limau.. ada juga yang basuh guna tepung gandum untuk kurangkan hanyir.Saya pula gunakan larutan garam, kemudian bilas lagi dengan perahan lemon.Untuk buang sisik, saya minta peniaga ikan di pasar tani settle kan😂Golden Apron 2023 Week 5Week 5 (7 hingga 13 Ogos):1. IKAN SENANGIN2. Telur Sotong3. Pucuk Keledek4. Nenas5. Kobis#IkanSenangin#GoldenApron23#Week5#Pejuang2KResipi1533/2K Mahadiah -
Singgang Ayam Singgang Ayam
254/2022/RoadtoWorldRecipes/1372Biasanya hakak masak Singgang Ikan je, kali ni terjumpa resipi daripada Cookpader @izzah_mansor87. Jadi hakak pun cuba lah. Well, rasanya not bad tau. Sedap juga, bagi sesiapa nak mencuba sesuatu yang baru, boleh cuba resipi ni 😊. Yela asyik buat singgang ikan je. Apa salahnya tukar ke ayam pulak kan 😉. Yang pasti sedap dan hakak suka. Terima kasih yer sis untuk inspirasinya 🌹 Salina Jalaludin -
Ikan Senangin Masak Asam Berkicap Ikan Senangin Masak Asam Berkicap
Episod 2: Ikan Masak Asam vs Kek CawanSelepas Jekfer berjaya memujuk Lailer dengan kek cawan buatan Uchu tempoh hari, sindrom father-to-be Jekfer menjadi lagi. Masih teringin nak makan ikan masak asam. Sampai ngigau2 memalam..Lailer pula alahan teruk jika terbau ikan mentah. Oleh sebab itu, untuk cool down kan situasi, Lailer beralah sebab kasihan melihat Jekfer. Risau jugak kalau Jekfer yg tak dapat makan ikan masak asam, ghisau baby meleleh2 air liur keluar nanti bak kata mommy Lailer si Mona 🤣. Dah la bakal dapat baby boy, planning namakan newborn tu Bilal macam nama anak retis, tapi nanti kena ejek pula Bilal Leleh ke..Bilal Ailioq kaa time sekolah nanti camner??haaaa..ghisau kan..Oleh itu, solution dalam rumah tangga mereka sepakat..Jekfer sediakan ikan, Lailer cuma buat kuah asamnya sahaja.Lailer dan Jekfer pun menikmati ikan senangin masak asam berkicap seperti resepi @dapurfaafeefoo di Cookpad. Lailer cuma alah dengan bau ikan mentah, bukannya ikan dah siap masak. Ikan masak asam camni, Lailer boleh melantak kaww2!🤣Mereka pun nyanyi lagu Wonder Pet..Wonder Pet..Apa Yang Penting?!…Kerjaaaaasama!Apa Yang Penting?!Kerjaaaaasama!🤣🤣 Pahceroh…82/2022 Sesimple Loralin -
Singgang Ayam Singgang Ayam
#goldenapron2020 #minggu32 pertama kali buat singgang ayam. Biasa ikan atau sotong je. Paling best Suami suka sngt makan singgang ayam ni. Rasa dia yang Masam pedas membuatkan saya dan suami makan bertambah. 🤣 Asz Haniey -
Lontong Kuah Lodeh versi Bujang Lontong Kuah Lodeh versi Bujang
Musim-musim hujan ni tekak ni dari minggu lepas teringin nak makan lontong. Cari kat Cookpad untuk resipi lontong kuah lodeh yang simple dan tak renyah, terjumpa resipi @hanibalancer yang senang nak ikut dan yang penting nampak macam tak banyak kerja nak buat 😆 So jom kita Cooksnap resipi ni! Rozita Jaafar Sekdek -
Singgang Daging Singgang Daging
Lama tak buat singgang daging ni. Teringin pulak nak makan singgang daging dengan ulam, budu, ikan bakar tak pun ikan rebus goreng. Singgang ni biar pedas sikit dan masam. Emmm sedap! Cempaka Putih
Lebih Banyak Resipi
Komen