Poutine 🇨🇦

#cppassport
Apa itu Poutine?
Poutine ialah hidangan kentang goreng dan dadih keju yang dihiasi dengan kuah perang. Ia muncul di Quebec, Kanada, pada akhir 1950-an di wilayah Centre-du-Québec, walaupun asal-usulnya tidak pasti dan terdapat beberapa dakwaan bersaing untuk mencipta hidangan itu. Sumber : Wikipedia
Hari ini saya membuat dengan cara saya sendiri kerana saya cuma ada lebihan keju cheddar dan mozarella daripada membuat pizza tempoh hari. Ternyata sedap, anak dan suami pun suka.
Poutine 🇨🇦
#cppassport
Apa itu Poutine?
Poutine ialah hidangan kentang goreng dan dadih keju yang dihiasi dengan kuah perang. Ia muncul di Quebec, Kanada, pada akhir 1950-an di wilayah Centre-du-Québec, walaupun asal-usulnya tidak pasti dan terdapat beberapa dakwaan bersaing untuk mencipta hidangan itu. Sumber : Wikipedia
Hari ini saya membuat dengan cara saya sendiri kerana saya cuma ada lebihan keju cheddar dan mozarella daripada membuat pizza tempoh hari. Ternyata sedap, anak dan suami pun suka.
Cara Memasak
- 1
Basuh kentang hingga bersih dan keringkan. Boleh juga jika tidak mengupasnya. Potong kentang setebal ½". Rendam di dalam air 5 minit dan toskan air nya, lap hingga kering.
- 2
Panaskan minyak masak dan goreng kentang selama 5-8 minit atau sehingga baru mula nampak keperangan, kemudian angkat dan toskan di atas rak dawai atau kertas.
- 3
Bancuh bahan bertanda* dan ketepikan. Cairkan mentega, dengan api sederhana, kemudian masukkan tepung gandum, kacau adunan ini sehingga sebati, kemudian masak selama 4-5 minit dengan api sederhana sehingga adunan tepung dan mentega mula keperangan.
- 4
Kecilkan api dan masukkan air rebusan daging dan air. Masukkan juga kiub pati ayam, sos tomato, cuka epal dan serbuk lada hitam, kacau sebati.
- 5
Masukkan juga serbuk cili, parsli kering sambil digaul hingga sebati. Biarkan campuran ini mendidih, kacau selalu, selama kira-kira 5 minit lagi. Tutupkan api dan masukkan cheddar cheese dan gaul rata. (Kalau resipi asal tak perlu digaul, dibiarkan berketul je, nanti nak makan baru la digaul)
- 6
Panas semula minyak masak guna api besar dan goreng semula kentang goreng tadi selama 4-5 minit lagi atau sehingga perang keemasan. Keluarkan kentang dari minyak dan ketepikan untuk ditoskan, tabur garam secukup rasa jika mahu. Angkat dan toskan minyak, letak di dalam pinggan/mangkuk dan tuangkan kuah di atas nya, tabur bahan** di atas nya. Sedia dihidangkan. (Kalau nak bakar sekejap bagi cheese tu cair juga boleh)
Resipi Sepertinya
-
Chicken chese pizza Chicken chese pizza
Pizza adalah hidangan Italy kebangsaan merupakan tortille taburan yg di turap dengan keju cheddar ( mozarella) dan tomato.Keju adalah bahan utama dalam pizza.Hari ini pizza adalah hidangan popular di dunia.Ajom kita p dapor Italy kejap😍Asal:Italy🇮🇹🇮🇹🇮🇹🇮🇹 Haliza Jeran -
Jeweled Persian Rice Pilaf 🇮🇷 Jeweled Persian Rice Pilaf 🇮🇷
Sumber Pinterest:Makanan orang Iran.. dikatakan seperti permata kerana dihiasi pelbagai bahan buah kering dan kekacang.. tapi saya hanya ada buah kranberi sahaja 😁..❤️ khas untuk kisah percintaan Jekfer & Lailer Zarafafiis ❣️🌹 -
Baked Potato Chicken & Cheese Baked Potato Chicken & Cheese
#goldenapron#minggu19Saya suka masak menu ini untuk brunch di hujung minggu. Selalunya saya akan sediakan untuk adik-adik yang lain kerana mereka penggemar keju.Saya olah resepi ini mengikut citarasa dan kesesuaian minat saya. Izzrifaa' -
Torrijas🇦🇩 Torrijas🇦🇩
#cppassportTorrijas adalah hidangan tradisi di Andorra. Merupakan kepingan roti atau roti bun yang direndam dalam susu atau wain dengan madu dan rempah, kemudian dicelup dalam telur dan digoreng. Hasilnya adalah seperti roti bakar Perancis, tetapi jauh lebih manis dan lebih berperisa. Biasanya mereka lebih suka menggulung torrijas dalam gula selepas digoreng atau meletakkan jem strawberi diatasnya. Banyak restoran di Andorra juga menawarkan torrijas yang dihiasi dengan sedikit ais krim, dan menjadikan torrijas ini sebagai hidangan moden yang lebih sedap. Dapur Yusfarisyia -
Chipsi Mayai 🇹🇿 Chipsi Mayai 🇹🇿
#cppassport #cooksnap daripada Cookpader @Nur_shazrinaChipsi mayai, juga dikenali sebagai zege, adalah makanan jalanan yang paling popular ditemui di seluruh Tanzania. Hidangan itu dicipta di jalan-jalan Dar es Salaam, dalam bentuk yang paling asas, chipsi mayai ialah telur dadar kentang-telur yang ringkas. Ia boleh didapati di semua wilayah Tanzania, dari kampung paling terpencil hingga ke pekan besar. Sumber : Wikipedia Dapur Yusfarisyia -
Ayam Parsli Ayam Parsli
#1stAyamParsli #cooksnap daripada resipi Cookpader @marulez tetapi saya tambah halia dan air kerana suami saya suka makan yang ada berkuah sedikit. Resipi yang sangat mudah tetapi ternyata sedap. Dapur Yusfarisyia -
Zagrebački Odrezak (Zagreb Steak)🇭🇷 Zagrebački Odrezak (Zagreb Steak)🇭🇷
Rujukan dari Chasing the donkey-crotia&Balkan travel blogDi negara Croatia...ianya juga di kenali sebagai"Schnitzel" tetapi kerana ianya adalah gabungan variasi bahan di dalam kepingan ayam..Dalam kepingan itu ada ham dan keju. Ia terdengar lebih seperti hidangan Swiss-Perancis Cordon Bleu? Juga boleh dikatakan Zagrebački Odrezak adalah gabungan kedua-dua hidangan ini.Biasanya, stik ini dibuat dengan daging lembu, tetapi ia juga lazat jika disediakan dengan daging 🐷 atau dada ayam atau ayam belanda.Terdapat juga hidangan yang serupa di beberapa negara lain di seluruh Eropah, contohnya di Serbia yang di panggil “Karađorđeva šnicla,” daging gulung yang diisi dengan ham, keju dan “kajmak,” dikupas dan digoreng, Manakala di Romania, terdapat “Romanian Şniţel ,” banyak nama yang berbeza untuk perkara yang hampir sama. FZ Adzlin -
Easy Hash Browns 🇺🇸 Easy Hash Browns 🇺🇸
Hash browns juga dieja hashed browns, adalah hidangan sarapan Amerika yang popular, terdiri daripada kentang cincang halus yang telah digoreng hingga keperangan. Hash browns mula muncul pada menu sarapan pagi di New York City pada tahun 1890-an. WikipediaMemalam si dara nak makan hashbrown sebab beberapa hari lepas ada rakan sekerja nya belanja mereka semua hashbrown. Katanya nak makan lagi sebab sedap. Saya buatkan versi saya sahaja yang mudah. Sedap kata nya siap tunjuk jari 👍 Dapur Yusfarisyia -
Korean Garlic Cheese Bread Korean Garlic Cheese Bread
Cabaran Bonus untuk #viralkoreanfood kali ini hati berbelah-bahagi sama ada hendak membuat tteokbokki atau garlic cheese bread? Hendak membuat tteokbokki, rice cake memang ada di dalam peti sejuk cuma di kedai bakery tiba-tiba habis pula stock sos gochujang. Nak buat garlic cheese bread pula, cream cheese juga kehabisan stock. Hmm.. gigih juga nak mencuba garlic cheese bread ni sebenar nya. Ia lah asyik lalu lalang di Facebook. Kalau tteokbokki ni memang selalu buat untuk jualan di kolej tempat anak saya belajar. Akhir nya saya temui resipi di Youtube (Devina Hermawan) di mana di dalam video tersebut menyatakan resipi ini khas untuk orang yang tiada bekalan cream cheese dan yang tiada oven. Alhamdulillah gembira sangat kerana boleh la saya membuat garlic cheese bread untuk cabaran bonus #goldenapron2020 . Kalau dari segi rasa seperti yang dinyatakan memang tak jauh dari rasa yang menggunakan cream cheese cuma nya ianya lebih sedikit savouri, memang kegemaran anak-anak saya. Jom kita lihat resipi nya. Dapur Yusfarisyia -
👩🍳Kumpir - Turkish Style Baked Potatoes 🇹🇷 👩🍳Kumpir - Turkish Style Baked Potatoes 🇹🇷
Kumpir - kentang panggang gaya Turki yang disumbat dengan mentega bawang putih dan keju dan dicampur sehingga bahagian tengahnya licin dan berkrim, kemudian dibungkus dengan topping.Di Turki, makanan jalanan ruji ini disediakan dengan ubi kentang panggang keseluruhan yang dipotong di tengah-tengah dan diisi dengan gabungan kentang tulen, mentega dan keju kaşar. Kentang biasanya bersaiz besar, dibakar dengan kulitnya , manakala topping mungkin termasuk mayonis atau sos tomato dan apa-apa sahaja daripada sayur-sayuran segar atau jeruk hingga salad dan sosej.🌎NegaraHurufT-Turkey- Resipi 4/11Negara Bendera TIADA Kuning/Emas#cppassport Mahadiah -
Kuih Bakul Kapit Keledek Goreng Kuih Bakul Kapit Keledek Goreng
Sewaktu kami masih kecil tinggal di quarters hsopital, arwah bapa dulu kerja sebagai pengendali telefon di hospital umum Sarawak. Jiran kami pelbagai bangsa. Salah seorang jiran cina telah mengajar mak saya resipi kuih bakul kapit keledek goreng ni. Selain itu kuih bakul pun sedap digoreng bersama telur. Ada juga yang digoreng celup tepung. Memang sedap dimakan ketika masih panas lagi kerana kuih bakul tu masih lembut kerana terkena panas minyak masak. Bila digigit seperti keju mozarella la pulak, fefeeling ( bahasa baru, cari kat kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pun tak jumpa) makan keju mozarella 😂 Jom lihat resipi nya 👇🏻 Dapur Yusfarisyia -
Telur Carak Dengan Sos Cendawan Telur Carak Dengan Sos Cendawan
#telurantarabangsa#goldenapron2020Sekali-sekala menikmati sarapan pagi ala-ala omputih 😀. Hidangan sarapan ini sedap dimakan dengan segera kerana roti nya masih lagi rangup dan telur nya masih lagi cair serta kuah sos nya masih lagi panas. Kebetulan hari ni telur ayam yang saya guna tu bersaiz besar dan banyak dapat 2-3 biji kuning telur di dalam sebiji telur. Banyak kaedah membuat telur carak tetapi saya tidak begitu mahir untuk menggunakan kaedah yang lain.Saya ingin memperkenalkan masakan yang berasaskan telur ke antarabangsa kerana ada ketika nya seperti saya sendiri kadang2 buntu untuk memasak menu yang lain. Dengan ada nya Cookpad lebih mudah untuk mencari resipi yang belum pernah dicuba sebelum ini. Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)