Kek chocolate moist by ummi rizqi

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Memang terlalu lama betul tak buat kek chocolate moist ni. Bukanya apa... Terlalu banyak resepi lain di exsplore... Sampai terlupa akan dia. Tetiba boss bunyi.... "Lama tak makan kek chocolate moist ummi"🤔🙄
Apalagi dengan pantas ummi berketung ketang godek telur sampai kembang. Tak tung tuang... Tak tung tuang dah siap kek chocolate Moist Ummi untuk babah dan rizqi buahati ummi😘🥰 kebetulan harini babah cuti.
Resepi ini resepi kesayangan ummi yang dah berkurun lama digunakan.Resepi ini jugalah punca rezeki ummi sejak tahun 2012 lagi.
Dulu ummi buat kek chocolate cheese leleh,Bila ada yang oder untuk kek birthday perisa chocolate hias krim bagai resepi ini jugalah yang ummi guna.Resepi ini juga sesuai di bakar.Kek ini tidak terlalu manis ya.. Rasanya just nice 👍😋😍
Resepi ini ummi dah pernah share di fb pada tahun 2015.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. BahanA:
  2. 1 cawanserbuk koko
  3. 1 cawansusu cair/susu segar
  4. 1 cawangula
  5. 1 cawanminyak jagung(guna minyak biasa pun boleh)
  6. 1/2 cawansusu pekat manis
  7. Bahan B:
  8. 3biji telur
  9. 1 sudu tehesen vanila
  10. Bahan C:
  11. 1 1/2 cawantepung gandum
  12. 1 sudu tehsoda bikarbonate
  13. 1 sudu tehbaking powder
  14. secubit garam
  15. Ayak kesemuanya
  16. bahan Tambahan :
  17. 1sudu besar kopi + 1 sudu besar air panas(kacau dan tapis)
  18. Bahan Topping chocolate leleh:
  19. 300 gramdark chcolate coin
  20. 1/2 cawansusu segar/susu cair atau Whipping cream
  21. 1/4 cawansusu pekat manis
  22. 2sudu besar butter

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan semua bahan A kacau atas api sehingga gula larut.ketepikan.

  2. 2

    Pukul bahan B hingga kembang.

  3. 3

    Dalam mangkuk tuang bahan A(adunan chocolate) kedalam Bahan B(adunan telur) Kacau sebati. Kemudian tuang bahan C(tepung)sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Tuang juga bancuhan kopi pekat. Ini lebih menambah aroma kek dan rasa kek yang lebih sedap.

  4. 4

    Setelah sebati semua.Sapukan sedikit minyak dalam loyang tuang adunan dan kukus selama 45 minit atau sehingga kek masak.
    (Ummi tuang 3/4 bahagian sahaja didalam loyang. Jika tuang penuh semasa kukus kek akan melimpah mau lari keluar dari loyang. 🤭😂

    Tips: Untuk elak air jatuh atas kek boleh tutup dengan plastik jernih je...

  5. 5

    Setelah masak matikan api dan sejukkan seketika.

    Tips:guna lidi cucuk dalam kek untuk pastikan kek betul2 masak. Lidi bersih menadakan kek sudah masak.

  6. 6

    Keluarkan kek dari loyang.

  7. 7

    Satukan bahan Topping cair guna kaedah double boiler.Tuang atas kek. Tabur chocolate rice dan hias dengan buah pilihan. Ceri atau strawberry.

  8. 8

    Taraaaa dahpun siap. Sedia untuk di ngap!!!!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya