Sambal Sardin Goreng Cili Api

Kita masa kecik-kecik dulu tak pernah makan sambal sardin, sebab arwah mak tak suka dengan bau sardin. Bila further studies baru belajar makan sambal sardin daripada kawan-kawan. Ye la time tu sardin tin ni murah je sesuai dengan budget golongan marhaen macam kita ni, tapi sekarang sardin tin ni dah naik harga setaraf rege golongan kayangan dah. Masa study dulu masak sambal sardin guna resipi paling simple punya - panaskan minyak, tonggang satu tin sardin masuk kuali, potong bawang besar, potong cili, campak masuk semua, siaaapp!
Dah lama betul tak makan sambal sardin ni, sejak balik Malaysia memang tak beli dah sardin tin sebab arwah mak tak makan. Bila ternampak resipi @NOADZ17 yang menggoda ni, teringin pulak nak makan so terussss beli satu tin esoknya. Baru malam ni berkesempatan nak Cooksnap. Memang tak rugi cuba sebab OH MAK AIIII sedapnyaaaaaa Ya Rabbiiiiiii sampai bertambah nasik malam ni! Serious sedap weyh! Ni sambal sardin paling sedap yang pernah kita rasa seumur hidup serious tak tipu! Memang #WAJIBCooksnap! Bezanya kita tak bubuh kentang dengan Maggi secukup rasa je, dan kita guna ⅓ cawan air yang dicampur asam jawa sekali dan bawang kecil. Kuah dia cukup pekat dan penuh perisa! Addictive!
Sambal Sardin Goreng Cili Api
Kita masa kecik-kecik dulu tak pernah makan sambal sardin, sebab arwah mak tak suka dengan bau sardin. Bila further studies baru belajar makan sambal sardin daripada kawan-kawan. Ye la time tu sardin tin ni murah je sesuai dengan budget golongan marhaen macam kita ni, tapi sekarang sardin tin ni dah naik harga setaraf rege golongan kayangan dah. Masa study dulu masak sambal sardin guna resipi paling simple punya - panaskan minyak, tonggang satu tin sardin masuk kuali, potong bawang besar, potong cili, campak masuk semua, siaaapp!
Dah lama betul tak makan sambal sardin ni, sejak balik Malaysia memang tak beli dah sardin tin sebab arwah mak tak makan. Bila ternampak resipi @NOADZ17 yang menggoda ni, teringin pulak nak makan so terussss beli satu tin esoknya. Baru malam ni berkesempatan nak Cooksnap. Memang tak rugi cuba sebab OH MAK AIIII sedapnyaaaaaa Ya Rabbiiiiiii sampai bertambah nasik malam ni! Serious sedap weyh! Ni sambal sardin paling sedap yang pernah kita rasa seumur hidup serious tak tipu! Memang #WAJIBCooksnap! Bezanya kita tak bubuh kentang dengan Maggi secukup rasa je, dan kita guna ⅓ cawan air yang dicampur asam jawa sekali dan bawang kecil. Kuah dia cukup pekat dan penuh perisa! Addictive!
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan. Rendam asam jawa dalam ⅓ cawan air atau mug kecil selama 2-3 minit. Dalam pada tu kupas halia, bawang kecil, bawang putih dan buang tangkai dan biji cili padi (kita suka pedas tapi tak suka pedas mencahang nau so kalau cili padi kita suka buang biji dia kalau tak menganga nanti bila makan 😆. Tapi kalau korang jenis yang lidah kebas tahan pedas terlampau, boleh je tak nak buang biji). Lepas tu ramas asam jawa dalam air dan buang biji dengan hampasnya.
- 2
Kisar lumat halia, bawang kecil, bawang putih dengan cili padi menggunakan pengisar kering. Ketepikan.
- 3
Panaskan minyak dalam kuali. Asingkan ikan sardin dengan sosnya dan goreng dulu ikan sardin dalam kuali sekejap selama 2-3 minit untuk bagi dia garing sikit (balik-balikkan). Lepas tu angkat ikan dan ketepikan. Dalam kuali yang sama dan dengan menggunakan minyak bekas goreng sardin tadi, tumis pulak halia, bawang kecil, bawang putih dan cili padi yang dah dikisar tadi sampai garing atau pecah minyak.
- 4
Bila dah pecah minyak, masukkan sos sardin, sos cili, garam dan air asam jawa. Kacau hingga sebati. Last sekali masukkan ikan sardin yang dah digoreng tadi. Kacau sekejap dan terus tutup api.
- 5
Sambal sardin da bomb siaaaappp! Paling best makan dengan nasi panas-panas. Kuah yang lebih tu jangan buang, boleh recycle buat lauk lain, leburkan je dalam dia sotong, udang, ayam atau ikan lain esok-esok. Cicah dengan roti, roti canai atau capati pun sedap uuuiii. Sebab kuah dia pekat dan pedas. Lagi lama simpan lagi sedap ni rasa dia.
Resipi Sepertinya
-
Sardin Tin Ala JekferLailer Sardin Tin Ala JekferLailer
#jekferlailertilljannah#goldenapron2020Hai Jekfer.. Sardin tin ni jangan pandang sebelah mata tau! Sedap uihhh.. Gabung pulak dengan telur masin dan nasi panas. Mak Mertua lalu belakang pun tak sedar. Sekarang ni sardin tin pun udah maheii. Rega kayangan dah.Akak ni masa baru-baru kahwin pun belajar masak sardin tin ni dengan Mak Mertua tau.. Maklum la umur baru 20 tahun. Eh.. Time akak kahwin mana la ada "Pak Cik Google" nak kodek-kodek resepi mudah-mudah. Lagipun suami akak suka makan menu-menu yang Mak dia masak. Nak tak nak kena la belajar masak ngan Mak Mertua. Baru la ada umphh masakan kita. Mak Mertua akak suka masukkan air asam jawa untuk kurangkan bau hanyir ikan sardin. Letak pulak bawang bagi lebih. Memang confirm sedap. Rose Nani Nizah Nayan -
Sambal Sardin Goreng Cili Api Kentang Sambal Sardin Goreng Cili Api Kentang
Hujan banyak hari dah..Mood nak keluar cari lauk tu memang malasMasak apa yang ada..Lauk Sardin dengan hari hujan memang sinonim dah..Lauk ni kalau tak habis,tak risau sebab boleh cicah dengan roti atau cekodok esoknya.. FZ Adzlin -
Sambal tumis sardin Sambal tumis sardin
#goldenapronLevel22#saturesepisatupohonZaman dulu-dulu awal 90an boleh lah kita katakan masak sardin tin ni untuk golongan yg tak mampu atau dah kekurangan wang dapur. Tapi sekarang ini dh tak relevan lagi istilah tak mampu beli bahan basah sebab sardin tin pun mahal, mengalahkan harga sekilo ayam. Tapi main dgn teringin mahal pun kita beli. Sardin tin tak kira dimasak apa jua jenis masakan memang sedap. Yang paling ziana suka ialah sardin masak sambal.. Kuah sardin kalau tak habis diguna buat cicah roti pula.. Ziana Chesaad -
Ikan Sardin Masak Sambal Bawang Ikan Sardin Masak Sambal Bawang
Untuk makan tengahari tadi saya masakkan ikan sardin goreng yang disiram dengan sambal bawang. Bagi saya jika ikan sardin digoreng yang tidak terlalu kering memang sedap dimakan bersama sambal bawang. Tetapi lain pula mak saya, apa-apa sahaja makanan yang bergoreng, dia suka digoreng garing. Ikan yang digoreng kering apabila sejuk akan jadi liat, sebab itu mak saya akan masak kuantiti yang hendak dimakan sahaja. Jika untuk dimakan petang/malam, dia akan menggoreng untuk bahagian yang baru. Selera masing-masing memang tak sama. Sekarang ni mak saya dah tak larat nak buat semua tu, dia akan makan apa sahaja yang anak-anak nya masak untuk diri nya. Kami akan tanya mak apa yang mak nak makan atau apa selera mak. Dapur Yusfarisyia -
Sambal Belacan Tumis Melaka Sambal Belacan Tumis Melaka
Korang pernah makan sambal belacan tumis?.Orang Melaka punya sambal belacan memang ditumis, bukan pesen mentah macam yang biasa tu. Memang renyah sikit la nak buatnya tapi percaya la, once korang dah rasa sambal belacan tumis, sambal belacan biasa ni korang tak pandang dah. Sedap giler!.Resipi ni arwah mak kita yang ajau. Walaupun kita ni lahir di kayell dan dibesarkan di peejay, tapi makpak kita dua² pure Melaka blood. So jom kita ajau pulak cemana nak membuat sambal belacan hometown makpak kita..#GlobalApron2024#AsamJawaBelacanCili Rozita Jaafar Sekdek -
Sambal Tumis Sardin Goreng Sambal Tumis Sardin Goreng
Kemaren dulu balik dangau (rumah kebun) sempena cuti hujung minggu.Sampai ja kat kebun, dah hampir pukul 6 petang, dan hari hujan. Perut pula berlagu keroncong minta diisi. Perut orang Melayu macam akak ni, ofkoss kena makan nasik. So, saat-saat macam ni nak lauk yang simple dan cepat dimasak ja.Kat dangau memang dah standby sardin ni 2,3 tin. Bahan-bahan lain pula memang akak bawa siap-siap dari rumah. Jadi, senang la kerja..Kali ni akak teringin nak goreng dulu ikan sardin tu sebelum dimasak sambal. Tiruvasi daripada resepi @Sirap_Cheese tapi akak goreng kejap ja ya sebab ikan sardin tu meletop-letop 😂.Sambal sardin ni, akak gu dengan telur dadar, makan pulak dengan nasi panas-panas, memang gandingan yang sangat serasi. Boleh lajak 2 pinggan nasi ni.. 😁 Norashikin Rahmat -
Sambal Sardin Siti Sarah Sambal Sardin Siti Sarah
#TasteMood #SeleraHariIni #ChooseToCook #1354recipe Suami request nak makan Sambal Sardin, jadi Aznie tunaikan permintaannya. Untuk kali ni Aznie ikut resepi dari arwah Siti Sarah Raisiddin. Aznie sedih sebenarnya dengan segelintir netizen ni, sebab kalau bak menkritik masakan orang memang no 1. Macam dia je yang pandai masak, orang lain semua salah. Dah kira baik arwah nak share sambal sardin yang suami dan anak-anak dia suka makan. Patut mereka berterima kasih, tapi sebaliknya. Macam-macam komen negatif yang orang komen. Serius cakap suami Aznie suka sangat dengan resepi sambal sardin ni. Memang Aznie tak cerita resepi yang Aznie masak ni dari siapa. Memang sedap dan kena dengan tekak Aznie sekeluarga. Harap-harap dengan share resepi dari arwah ni, mengalir pahala buat arwah sebab sudi berkongsi resepi dengan semua. Kita kena ingat setiap apa yang kita komen negatif itu mencerminkan diri kita yang sebenar. Jika tidak boleh berkata benda yang baik lebih baik diam. Kita semua tak sempurna, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan diri. Sama-sama kita belajar. Sebab tu Aznie lebih memilih masak sendiri untuk keluarga, sebab mereka akan ingat setiap masakan yang kita masak yang mereka suka. Ia akan membuatkan diri kita rasa lebih dihargai dan disayangi. Aznie Khasri -
👩🍳Sambal Sardin Kobis 👩🍳Sambal Sardin Kobis
Global Apron 2024 Challenge 40: Tanpa Air, Tanpa LetrikMemang kena betul bila masak sardin dengan kobis. Semua suka makan masakan ini.Tak perlu goreng dahulu sardin pun ok, kalau tak nak rasa hanyir sardin boleh perah limau nipis diakhir proses memasak. Gunakan semua sos sardin dalam tin supaya sambal tidak kering.Tumis dengan cili pes dan bawang menambah sedap rasa sajian sardin ini.Masakan simple, sangat sedap dimakan dengan nasi panas dikala musim hujan dan sejuk🥶Sardin dalam tin(3 p)Kobis(1 p)Tomato (R)Total= 4 p✅#GlobalApron2024#Challenge40#TanpaAirTanpaLetrik#SardindalamtinKobisTomato2339/3K492/2024 Mahadiah -
Kari Sardin Kari Sardin
#goldenapron2020#week20Dah lama tak makan kari sardin. Teringin nak masak kari sardin. Sardin dalam tin pun boleh tahan harganya. Umi Minarni -
Sardin Goreng Sardin Goreng
Bila dapat task masakan dalam tin, terus terbayang sardin😄.Menu sardin nie antara yang popular kat rumah bila masak last minute. Bukan apa, jika bahan basah dah habis stok, ikan sardin dalam tin adalah penyelamat untuk menu makan keluarga selain telur.Nak sediakan pun simple dan cepat sangat sebab tak memerlukan masa yang lama.Jika nak lebih sedap, ikan sardin perlu digoreng dulu dan akan memberikan kelainan rasa pada masakan ikan sardin.Jom cuba menu yang popular ini😘 Noor Hassan -
Sambal Sardin Bersama Timun Sambal Sardin Bersama Timun
#goldenapron2020#week21Menu ni saya buat untuk lunch semalam. Rasa macam dah jemu makan segala jenis lauk pauk, tekak rasa nak makan sardin tin pulak.Stok sardin memang sentiasa ada je kat rumah, senang bila kebuntuan idea nak masak apa, so sardinlah yang jadi pilihan. Nak masak pun senang dan cepat.Lain orang lain cara masak sardin ni walaupun dalam tin yang sama..kan? Ada yang tak letak bahan lain, hanya tambah garam...ada yang buat kari..segala macam ada!Kalini saya nak share resepi yang saya selalu buat iaitu sambal sardin bersama timun.Selalu saya akan makan bersama dengan telur dadar dan sambal serta nasi ditabur sedikit kicap. Nyummmm memang menambah nasiiii. Zarns Dir -
Sardin Tumis Cili Padi Sardin Tumis Cili Padi
Masak apa dalam tin? Masak sardin jer..hihiKadang-kadang tak tau nak masak apa. Kadang-kadang rasa nak makan menu simple-simple ja. Kadang-kadang pulak nak masak sesuatu menu yang cepat dimasak.Kerling atas kabinet, jenguk dalam kabinet nampak tin sardin.Ting! Idea 💡Jom masak sardin la weiii... Ni resepi sardin gaya orang tak berapa rajin 🤭 Norashikin Rahmat
Lebih Banyak Resipi
Komen (3)