Sambal Sardin Siti Sarah

#TasteMood #SeleraHariIni #ChooseToCook #1354recipe
Suami request nak makan Sambal Sardin, jadi Aznie tunaikan permintaannya. Untuk kali ni Aznie ikut resepi dari arwah Siti Sarah Raisiddin.
Aznie sedih sebenarnya dengan segelintir netizen ni, sebab kalau bak menkritik masakan orang memang no 1. Macam dia je yang pandai masak, orang lain semua salah. Dah kira baik arwah nak share sambal sardin yang suami dan anak-anak dia suka makan. Patut mereka berterima kasih, tapi sebaliknya. Macam-macam komen negatif yang orang komen.
Serius cakap suami Aznie suka sangat dengan resepi sambal sardin ni. Memang Aznie tak cerita resepi yang Aznie masak ni dari siapa. Memang sedap dan kena dengan tekak Aznie sekeluarga.
Harap-harap dengan share resepi dari arwah ni, mengalir pahala buat arwah sebab sudi berkongsi resepi dengan semua. Kita kena ingat setiap apa yang kita komen negatif itu mencerminkan diri kita yang sebenar. Jika tidak boleh berkata benda yang baik lebih baik diam. Kita semua tak sempurna, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan diri. Sama-sama kita belajar.
Sebab tu Aznie lebih memilih masak sendiri untuk keluarga, sebab mereka akan ingat setiap masakan yang kita masak yang mereka suka. Ia akan membuatkan diri kita rasa lebih dihargai dan disayangi.
Sambal Sardin Siti Sarah
#TasteMood #SeleraHariIni #ChooseToCook #1354recipe
Suami request nak makan Sambal Sardin, jadi Aznie tunaikan permintaannya. Untuk kali ni Aznie ikut resepi dari arwah Siti Sarah Raisiddin.
Aznie sedih sebenarnya dengan segelintir netizen ni, sebab kalau bak menkritik masakan orang memang no 1. Macam dia je yang pandai masak, orang lain semua salah. Dah kira baik arwah nak share sambal sardin yang suami dan anak-anak dia suka makan. Patut mereka berterima kasih, tapi sebaliknya. Macam-macam komen negatif yang orang komen.
Serius cakap suami Aznie suka sangat dengan resepi sambal sardin ni. Memang Aznie tak cerita resepi yang Aznie masak ni dari siapa. Memang sedap dan kena dengan tekak Aznie sekeluarga.
Harap-harap dengan share resepi dari arwah ni, mengalir pahala buat arwah sebab sudi berkongsi resepi dengan semua. Kita kena ingat setiap apa yang kita komen negatif itu mencerminkan diri kita yang sebenar. Jika tidak boleh berkata benda yang baik lebih baik diam. Kita semua tak sempurna, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan diri. Sama-sama kita belajar.
Sebab tu Aznie lebih memilih masak sendiri untuk keluarga, sebab mereka akan ingat setiap masakan yang kita masak yang mereka suka. Ia akan membuatkan diri kita rasa lebih dihargai dan disayangi.
Cara Memasak
- 1
Panaskan sedikit minyak, kemudian masukkan bawang besar bersama bawang putih. Kacau hingga sedikit layu.
- 2
Masukkan cili kisar kacau sehingga naik minyak.
- 3
Masukkan sos dalam tin sardin kedalamnya (ikan sardin jangan masuk dulu sebab kita tak nak nnt dia hancur kalau bubuh awal sangat). Bubuh air dan kacau rata.
- 4
Masukkan jus limau, garam. ajinomoto dan juga gula. Kacau sebati. Biar hingga naik minyak.
- 5
Masukkan ikan sardin, halia juga kedua jenis cili. Kacau rata. Biarkan ia mesra seketika. (halia penting untuk hilangkan bau kuat dari ikan sardin)
- 6
Tutup api dapur.
- 7
Sedia untuk dihidang.
Resipi Sepertinya
-
Serawa Durian Serawa Durian
Serawa memang fav Aznie. Suka sangat makan. Kebetulan hubby beli durian kampung dengan kawannya terus Aznie buat serawa. Ingat lagi masa kecil dulu arwah abah suka makan serawa dengan nasi. Dah jadi macam bubur nasi je. Aznie pun sama suka juga makan macam tu, ikut macam arwah anah makan. Yang ni Aznie cooksnap resepi dari @fafa_ghazali , alhamdulillah. Aznie Khasri -
Maggie Goreng Mamak Stail Maggie Goreng Mamak Stail
Ni Aznie buat pagi sabtu bru ni. Rasa nak makan maggie goreng mamak stail tapi vs guna apa barang yang ada. Serius tak cukup kena masak lagi sedap anak-anak suka. Maklum la jarang dah masak maggie , Sekali masak tak cukup la pulak😂 Aznie Khasri -
Roti Jala Jelita Hati Roti Jala Jelita Hati
Sekarang memang trand Roti Jala Jelita di Malaysia. Ada pelbagai jenis bunga-bungaan yang cantik-cantik orang buat. Dan harga bagi roti jala jelita juga bukan biasa-biasa punya harga. Kayangan punya harga jugak. Jadi jom kita buat sendiri. Serius seronok sangat, dan kat sini kita dah boleh berjimat juga. Untuk yang ni Aznie ajar cara buat bunga ros, daun dan bunga putih kecil. Moga dapat membantu semua dengan setiap gambar langkah demi langkah yang Aznie share. Tak faham boleh tanya ye. Jangan malu dan segan. Sama- sama kita belajar. Aznie Khasri -
Puding Jagung Puding Jagung
Adik lelaki Aznie minta buatkan Puding Jagung lama tak makan katanya. Dia siap belikan barang lagi sebab teringin nak makan. Bila barang semua ada memang kejap je siap. Yang ni Aznie follow resepi dari @DapurIbu_Hidaya , alhamdulillah memang tak mengecewakan. Sedap Puding Jagungnya. Hubby pun suka, sampai 2 bekas kat belakang tu dia makan. Sama juga katanya lama tak makan. Adik punya la suka, seronok tengok dia makan. Aznie Khasri -
Kacang Buncis Tumis Fishcake Kacang Buncis Tumis Fishcake
Salah satu menu yang ringkas tapi menjadi kegemaran keluarga. Aznie suka kacang buncis berbanding dengan kacang panjang sebab ia lebih rangup dan kurang berangin. Ratah macam tu je pun sedap sangat dah. Aznie Khasri -
Mi Goreng Basah Mi Goreng Basah
Buatkan ni masa mak, adik ngan anak buah datang baru ni. Masak ni dulu pagi sebelum tengahari masak lauk. Yang ni Aznie cooksnap resepi dari @Uchu . Sedap semua suka, banyak mak makan hari tu. Aznie memang suka tengok orang makan. Nak-nak kalau ramai-ramai. Rasa nak masak macam-macam. Aznie Khasri -
Sambal Sardin Sambal Sardin
Petang tadi buat Sambal Sardin ni untuk makam bersama Lempeng kosong. Ehhhh sedap, cik suami punya la suka sampai bagi idea lagi tuk Sambal Sardin ni digandingkan makan bersama puri @ roti canai🤦♀️. yang tu next punya projek ehhhh😁. Kejap je terang makan ngan Lempeng. Laku habis🥰#MerdekaMonth Aznie Khasri -
Cucur udang Cucur udang
Petang ni Aznie buat cucur ikut resepi dari @dapurdee . Seronok tengok hubby ngan anak-anak makan. Sekali hadap je licin😂. Boeh buat lagi nanti ni . Terima kasih share resepi yang mudah dan sedap. Cuma yang ni Aznie masak guna acuan peyek sebab hubby tak suka cucur yang tebal. Suka makan yang nipis dan rangup🤭 Aznie Khasri -
Sambal Sardin Goreng Sambal Sardin Goreng
Ni menu kegemaran hubby. Sebenarnya banyak cerita tentang saedin ni. Dulu Aznie tak makan sardin ni. Bila dengar macam-macam cerita pasal sardin sampai Aznie tak sentuh langsung bila ada menu ni depan mata. walau pun dah di ubah suai dicampur dalam roti @ kuih memang tak kan sentuh. Ingat lagi masa tu Aznie sekolah rendah, adik sepupu cerita ada orang jumpa jari dalam tin sardin bila buka tin😨 Aduhhhhaiii serius la . Cara dia cakap betul- betul meyakinkan. Mula la buat tiori🤔 Mungkin ada pekerja dia jatuh dalam mesin masa kerja🥴 Serius masa tu memang percaya sangat la memang tak makan dah sardin ni. Bila kahwin hubby pulak pemiat tegar sardi😱 Boleh bayangkan tak macam mana terketarnya tangan nak bukak tin sardin masa tu😬 Dan serius Aznie memang tak pandai masak sardin walau pun ramai cakap senang sangat. Tapi sejak join cookpad beraniksn diri makan menu yang ada sardin😆 boleh la.. boleh la terima lama-lama. Ok dah tau dah masak sardin😋 Aznie Khasri -
Pengat Pisang / Kolak Pisang Pengat Pisang / Kolak Pisang
Pengat Pisang, dah lama tak makan. Jumpa pisang abu kat pasar terus beli, sebab nak buat ni. Aznie tersuka pulak makan macam ni bila teman Aznie dari Indonesia dulu ajar makan macam ni . Katanya disana orang panggil ni Kolak Pisang lepas tu makan campur dengan ais batu baru sedap. Betul bagai dikata, memang layan sungguh makan ni ngan ais batu. sedap. Ni Aznie follow resepi dari @airtangan_ummirizqi . Terima kasih Leen. Aznie Khasri -
Air Soda Lemon Laici Air Soda Lemon Laici
Cuaca panas betul hari ni. Jadi tadi Aznie buat Air Soda Lemon Laici resepi dari Hani Shaimi. Nak tag nama tak keluar pulak. Memang menyegarkan gabungan laici, lemon, serai juga daun pudina. Hilang rasa panas, sejuk je rasa. Aznie Khasri -
Daging Masak Merah (Ala Kedai Tom Yam) Daging Masak Merah (Ala Kedai Tom Yam)
#MenuKedaiSiam #1384recipe #Pejuang2KResepiMenu kegemaran anak bujang Aznie. Kalau pergi kat kedai makan siam memang menu ni la yang dia order. Sebabkan dia suka makan jadi mak order sos labu kat shoppe. Alhamdulillah tak susah sebenarnya nak buat. Seronok tengok dia makan, suami cakap rasa sama macam makan kat kedai. Lepas ni boleh masak selalu jimat dari makan kat luar. Memang berul, kos makan kat luar pun sekarang makin meningkat, untung masak sendiri. Aznie Khasri
Lebih Banyak Resipi
Komen (7)