👩‍🍳Kek Batik Horlick Cheese

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Cabaran Aneka Kek Batik.

Kek batik yang ‘super berkrim’ untuk penggemar keju. Bagi saya kek ini agak manis, oleh itu jumlah susu pekat perlu dikurangkan. Oleh kerana saya guna biskut digestive hasilnya kek agak lembut.
Untuk kek yang lebih keras boleh guna biskut Marie.

Saya juga masukkan sedikit pewarna merah jambu untuk topping.

Nota: Resipi dibawah ialah resipi asal.
Saya separuhkan resipi asal.

Kredit Resipi Arianna Kitchen 🌹

Resipi 141/2022

👩‍🍳Kek Batik Horlick Cheese

15 orang bercadang membuatnya

Cabaran Aneka Kek Batik.

Kek batik yang ‘super berkrim’ untuk penggemar keju. Bagi saya kek ini agak manis, oleh itu jumlah susu pekat perlu dikurangkan. Oleh kerana saya guna biskut digestive hasilnya kek agak lembut.
Untuk kek yang lebih keras boleh guna biskut Marie.

Saya juga masukkan sedikit pewarna merah jambu untuk topping.

Nota: Resipi dibawah ialah resipi asal.
Saya separuhkan resipi asal.

Kredit Resipi Arianna Kitchen 🌹

Resipi 141/2022

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
8 orang
  1. 400 gmentega/marjerin
  2. 1/2 tinSusu Pekat
  3. 100 gHorlicks (pack kecil)
  4. 2biji Telur
  5. 1/4 cawanAir
  6. 500 gBiskut Marie-ganti Digestive biscuits
  7. Bahan-bahan topping:
  8. 300 gCream Cheese
  9. 4sb Susu Pekat
  10. 1 cawanWhipping Cream

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan2.

    Panaskan kuali; Cairkan butter. Kemudian masukkan susu pekat dan horlick. Kacau sehingga sebati.

  2. 2

    Masukkan pula telur dan esen vanilla. Kacau dengan cepat sehingga sebati. Letakkan juga sedikit air.

    Akhir sekali masukkan biskut marie yang sudah dipatahkan. Gaul sehingga sebati.

  3. 3

    Letakkan dalam loyang 10 inci yang sudah dilapik dengan plastik tahan panas. Padatkan adunan.

    Untuk topping, kisar cream cheese dan susu pekat.

    Putar whipping cream sehingga kembang. Masukkan campuran cheese dan susu pekat tadi, masukkan sedikit pewarna merah jambu, kacau sebati.

  4. 4

    Letakkan di atas kek batik tadi. Ratakan dan sejukkan semalaman di dalam peti ais.

    Sedia untuk dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya