Kuih lompat tikam

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Lama tak makan kuih ni, puasa-puasa ni rasa teringin la pula.

Kuih lompat tikam

Lama tak makan kuih ni, puasa-puasa ni rasa teringin la pula.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Untuk warna hijau:
  2. 1 cawantepung beras
  3. 2 cawanair + 1 cawan air daun pandan
  4. Sedikitpewarna hijau
  5. Sedikitair kapur
  6. Untuk kelapa santan:
  7. 2 cawansantan sederhana pekat
  8. 2sudu besar tepung beras
  9. Sedikitgaram
  10. Untuk pulut merah:
  11. 1/2 cawanberas pulut
  12. Sedikitgaram
  13. Pewarna merah
  14. Santan cair
  15. Untuk air nise/gula melaka :
  16. 2 kepingnise/gula melaka
  17. 1 cawanair
  18. Sehelai daun pandan

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan bahan-bahan warna hijau dalam kuali. Kacau sebati, buka api sederhana dan kacau adunan sehingga meletup-letup dan berkilat.

  2. 2

    Siap masukkan dalam loyang / bekas.

  3. 3

    Kacau sebati semua bahan-bahan santan dan buka api sederhana. Kacau sehingga mendidih. Tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tak bergentel.

  4. 4

    Basuh beras pulut bersih-bersih rendam dengan sedikit pewarna merah dalam 15 minit. Kemudian toskan

  5. 5

    Masukkan beras pulut dalam acuan/loyang. Masukkan santan cair paras tenggelam beras pulut je, sedikit garam dan kukus sehingga masak.

  6. 6

    Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.

  7. 7

    Siap. Boleh hidang bersama

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Resipi Sepertinya