👩‍🍳Kraker Kapit Pisang🏆🥉🥉🥇

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Kuih for 2 [#Misi4 CookRace]

Resipi Ke700🥳

Ada lebihan biskut kraker tawar dan pisang, carian CP menemukan resipi sis Yus Dapur Yusfarisyia
@gula_apong 🌹

Dapat 4 keping kuih. Mengambilkira seorang makan 2 kuih🤗.

Sesuai untuk minum petang dengan teh panas tanpa gula🤗

#WajibCooksnap

Resipi 148/2022

👩‍🍳Kraker Kapit Pisang🏆🥉🥉🥇

Kuih for 2 [#Misi4 CookRace]

Resipi Ke700🥳

Ada lebihan biskut kraker tawar dan pisang, carian CP menemukan resipi sis Yus Dapur Yusfarisyia
@gula_apong 🌹

Dapat 4 keping kuih. Mengambilkira seorang makan 2 kuih🤗.

Sesuai untuk minum petang dengan teh panas tanpa gula🤗

#WajibCooksnap

Resipi 148/2022

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2 orang
  1. 8 kepingbiskut kraker
  2. Bahan Inti: 4 biji pisang lemak manis
  3. 1/2sb mentega
  4. 1sb gula perang
  5. Sedikitserbuk kulit kayu manis
  6. Secubit garam
  7. 1sb tepung gandum + 3-4 sb air*
  8. Minyak masak untuk menggoreng secukup nya
  9. Bancuhan Tepung Sadur:
  10. 1/2 cawan tepung beras
  11. 1sb tepung gandum
  12. 1/4st garam halus
  13. 1biji telur
  14. 1/4st air kapur
  15. 1/4 cawanair atau secukupnya

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Kupas kulit pisang dan potong pisang, ketepikan.

    Bancuhkan tepung gandum dan air hingga rata. Ketepikan.

  2. 2

    Cairkan mentega (guna api kecil), masukkan gula perang dan serbuk kulit kayu manis.

    Kacau rata dan masukkan pisang gaul rata hingga gula larut.

    Lenyekkan pisang dan gaul rata.

  3. 3

    Masukkan bahan* dan kacau rata hingga pekat
    sekitar 1-2 minit. Tutupkan api dan sejukkan.

    Sediakan bahan bancuhan tepung sadur:
    Satukan tepung beras, tepung gandum serta garam halus. Masukkan telur, air kapur dan tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dan sebati mengikut kesesuaian sendiri. (Tak terlalu pekat atau cair)

  4. 4

    Ambil sekeping biskut kraker dan letakkan inti pisang satu sudu besar membukit dan ratakan.
    (Boleh juga letak cheese jika mahu). Kapit dengan sekeping lagi kraker.

  5. 5

    Panaskan minyak masak guna api sederhana kecil.

    Celupkan kraker ke dalam bancuhan tepung sadur.

    Goreng hingga kekuningan, terbalikkan dan goreng lagi sebelah bahagian hingga kekuningan.
    Angkat dan toskan minyak.

  6. 6

    Sedia untuk dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen (6)

mamy_kitchen89
mamy_kitchen89 @Mamy_Nurul
😋😋😋🥳🥳🥳 yayyy tahniah kakkk..jommm laa kita mengayuh😂

Resipi Sepertinya