Banana Mini Cupcakes

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

110/2022/RoadtoWorldRecipes/1228
Cupcake ni hakak buat untuk candy table hakak. Biasanya beli je🤭 tapi kali ni terasa nak baking sendiri lak. Kemain step by step tangkap gambar tu. Sekali hari event lupa tangkap gambar dia 🤣🤣🤣. Bukan tak de gambar. Ada je. Tapi yang betul2 fokus ke dia tu tak de 😫😒😏. Jadi terimalah seada gambarnya haa😆. Frust pun ada. Tapi nak buat cmne. Memang huru hara kena serbu. Sampai lupa segalanya haahahaha 🤭😂🤣
.
Untuk resipi ni hakak bancuh guna blender / mesin pengisar je☺️

Banana Mini Cupcakes

17 komen diterima

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2jam
162biji
  1. 2 bijitelur Gred A
  2. 3/4 cawangula kastor
  3. 2 cawanpisang (dilecek)
  4. 1 cawanminyak masak
  5. 2 cawantepung gandum (diayak)
  6. 1/2 sudu besarserbuk penaik
  7. 1/2 sudu besarsoda bikarbonat
  8. Secubit garam bukit

Cara Memasak

2jam
  1. 1

    Masukkan telur dan gula dalam mesin pengisar. Kisar sehingga kembang (nak tau kembang macam mana, adunan dah jadi gebu dan berwarna putih)

  2. 2

    Masukkan pisang dan minyak masak. Kisar sebati.

  3. 3

    Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Kisar bagi sekata (jika tak boleh nak kisar sebab mesin berat ke apa. Boleh guna spatula sahaja. Kaup balik sehingga adunan sebati.

  4. 4

    Sudukan adunan ke dalam loyang yang dialasi cawan kertas. Untuk sukatan ni, hakak guna sudu penyukat 1sudu teh je. Jadi kuantiti dan saiz dia akan lebih kurang sama.

  5. 5

    Bakar pada suhu 180darjah celcius selama 10-15minit. Ulangi langkah ni sehingga adunan tepung habis.

  6. 6

    Setelah masak, sejukkan seketika & simpanlah dalam bekas kedap udara.

  7. 7

    Sedia untuk dihidangkan (ni je gambar akhir yang ada, udah tinggal separuh dah😅). Apa2 pun, selamat mencuba☺️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Resipi Sepertinya