Puding Marmar Coklat

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

Cuaca panas2 ni rasa nak makan puding sejuk2..terus teringat puding marmar coklat..resepi ni dah berbelas tahun saya simpan..resepi dari jiran kakak saya..terima kasih banyak2 kepadanya kerana telah berkongsi resepi ni..semoga dia di murahkan rezki.. Memang sedap..lembut..terasa coklatnya..cukup2 rasa je..

Puding Marmar Coklat

Cuaca panas2 ni rasa nak makan puding sejuk2..terus teringat puding marmar coklat..resepi ni dah berbelas tahun saya simpan..resepi dari jiran kakak saya..terima kasih banyak2 kepadanya kerana telah berkongsi resepi ni..semoga dia di murahkan rezki.. Memang sedap..lembut..terasa coklatnya..cukup2 rasa je..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 paketagar-agar tali 20gm
  2. 5 cawanair
  3. 2 cawangula pasir
  4. 3 bijitelur
  5. 1 tinsusu cair
  6. 4 sudu besartepung kastad
  7. 2 sudu besarserbuk koko*
  8. 2 sudu besarair panas*
  9. (bahan2 bertanda * di bancuh bersama)

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan telur, susu cair & tepung kastad. Kacau sebati & tapiskan. Ketepikan dulu

  2. 2

    Didihkan air. Masak agar-agar2 hingga hancur. Kemudian, campur gula. Kacau hingga gula larut

  3. 3

    Campur bancuhan telur, susu cair & tepung kastad tadi. Kacau & biarkan mendidih. Tutup api

  4. 4

    Bahagikan kpd 2 bahagian. Satu bahagian di campur dengan bancuhan koko. Satu bahagian lagi di biarkan putih/plain

  5. 5

    Basahkan loyang saiz 9 1/2 inci dengan sedikit air. Tuang adunan putih sebanyak 4 senduk di tengah2 loyang. Tuang pula adunan coklat di tengah2 adunan putih sebanyak 4 senduk.

  6. 6

    Ulang langkah yg sama hingga habis adunan. Sejukkan di dlm peti ais selama 3-4 jam hingga keras/set

  7. 7

    Renggangkan puding dengan jari. Kemudian, terbalikkan perlahan2 ke atas pinggan. Lepas tu, terbalikkan semula ke atas

  8. 8

    Potong & hidangkan sejuk2 dari peti ais

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Resipi Sepertinya