Mi Rebus Tulang & Daging

#MerdekaMonth Citarasa Selatan - Lembu [Week 3]
Mi rebus tulang sangat popular di negeri Johor. Keistimewaan mi rebus Johor kuah nya agak pekat dan sedikit rasa manis. Kalau di tempat saya ianya hampir sama dengan mi jawa kerana kuah mi jawa juga agak sedikit pekat dan ada rasa manis.
Cc: @cook_16041352 terima kasih inspirasi resipi nya, saya ada olah sedikit bahan-bahan nya.
Mi Rebus Tulang & Daging
#MerdekaMonth Citarasa Selatan - Lembu [Week 3]
Mi rebus tulang sangat popular di negeri Johor. Keistimewaan mi rebus Johor kuah nya agak pekat dan sedikit rasa manis. Kalau di tempat saya ianya hampir sama dengan mi jawa kerana kuah mi jawa juga agak sedikit pekat dan ada rasa manis.
Cc: @cook_16041352 terima kasih inspirasi resipi nya, saya ada olah sedikit bahan-bahan nya.
Cara Memasak
- 1
Daging berserta tulang dicuci bersih dan direbus hingga daging empuk/lembut. Dihiris daging nya dan ketepikan. Ubi keledek dikupas kulit dan dipotong, direbus hingga empuk. Dikisar hingga halus.
- 2
Kisar bahan-bahan bertanda* hingga halus. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan serbuk kari dan kacau rata.
- 3
Masukkan keledek yang telah dikisar berserta air rebusan daging dan tulang tadi. Masak hingga mendapat kepekatan mengikut kesesuaian sendiri. Perasakan dengan garam dan gula (adjust rasa mengikut selera masing-masing). Tutupkan. Kuah mi rebus kena pekat dan sedikit manis.
- 4
Untuk menghidang nya, masukkan mi kuning ke dalam pinggan/mangkuk, diikuti sayur sawi, taugeh dan hirisan daging. Siram dengan kuah dan masukkan telur rebus, tauhu goreng, tabur bawang goreng, daun ketumbar, cili potong dan limau kasturi. Sedia untuk dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Mi Jawa Sarawak Mi Jawa Sarawak
All About Aidiladha 🐐🐂🐪Kalau bercakap pasal daging korban, SEJUJUR nya, tahun ini merupakan tahun keempat kami menerima agihan daging korban. Tidak pernah menerima mana-mana pemberian daging korban pada tahun-tahun sebelum nya. Selalu nya kami hanya mendengar jer adik beradik/ipar duai/rakan-rakan yang tinggal di tempat lain bercerita dapat banyak daging korban. "Hmm.. Beruntung la.. " Kalau nak dibahaskan pun tak guna.Sejak pentadbiran surau dirombak dan dilantik dengan orang baru, baru lah kami dapat merasa daging korban. Setakat ini kami cuma dapat daging nya sahaja. Tak pernah lagi dapat mana-mana bahagian lain lembu/kambing. Syukur alhamdulillah dapat juga merasa daging korban. Sebelum tu kami beli jer daging di pasar untuk dimasak pada Hari Raya Aidil Adha/Raya Haji.Untuk hidangan Raya Haji tahun ni, saya masak mi jawa Sarawak. Kalau arwah bapak saya, dia suka campur sate daging/ayam di dalam mi jawa nya. Di Sarawak memang ada menjual mi jawa campur sate daging/ayam, kira nya add on ekstra la. Memang sedap. Dapur Yusfarisyia -
Mee Rebus Tulang Mee Rebus Tulang
#semangatmerdeka#masakannegeriMee rebus tulang sangat popular di Johor. Ia sedikit berbeza dengan mee rebus dinegeri lain. Keistimewaan mee rebus Johor kuahnya agak pekat dan sedikit rasa manis. Pendek kata keenakkan mee rebus Johor bergantung pada kuahnya dan bahan utama adalah keledek. Jom kita lihat resepi apa istimewanya mee rebus Johor sehingga ia menambat hati kita semua😊😊 Sarmila Sharif -
Mee Rebus Tulang Rusuk Mee Rebus Tulang Rusuk
172/2022/RoadtoWorldRecipes/1290❤️ Citarasa Selatan - Lembu [Week 3] ❤️#MerdekaMonthSejujurnya ni satu-satunya resipi yang hakak masak semula yang hakak follow 100% bahan dan langkah penyediaannya. Ternyata resipi arwah mak mentua Kak Aznie @Sirap_Cheese ni memang terbaik dan sedap 🤤🤤🤤🤤🤤..Kebetulan masa masak mi rebus ni sabtu lalu, adik datang rumah. Alhamdulillah rezeki dapat dikongsi bersama-sama. Adik ipar puji sedap. Siap minta resipi lagi🤭 Suami hakak usah cakap ler. Memang hobi dia memuji bini dia masak 😆Alhamdulillah. Thank you Kak Aznie untuk resipi superb ni 🥰❤️🌹 Salina Jalaludin -
Sup Mi Sua Sup Mi Sua
Global Apron 2024 Challenge 27: CHINESE FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberCara memasak mi sua bergantung pada jenis hidangan yang akan disediakan. Mi sua biasa nya digunakan untuk membuat mi sup. Ada yang membuat hidangan di mana mi sua dimasak terus di dalam sup, menjadikan hidangan terakhir semua melekit dan pekat kerana kanji daripada mi memekatkan sup.Saya lebih suka memilih untuk memasak mi sua secara berasingan dan kemudian menghidangkannya dengan sup supaya sup nya jernih dan tidak melekit atau keruh.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Ayam (1) + daun bawang (R) + halia (R) + mee suah (2) + minyak bijan (R) + pak choy (R) Dapur Yusfarisyia -
Mee Rebus Temiang Mee Rebus Temiang
Lupakan sebentar ketupat, lemang dan rendang bila sudah seminggu beraya. Kita tukar selera lain pula untuk menjamu tetamu😊. Mee rebus yang sedap ialah dari kuahnya yang pekat hasil dari kisaran keledek rebus dengan rasa masam, manis, masin yang seimbang dengan air rebusan daging atau tulang. Anda harus mencuba buat mee rebus ini. Moh kita lihat resepi moh! 👇👇👇#maratonraya#minggu6#menurumahterbuka Ell Sakimin -
Mi Sup Sawi Mi Sup Sawi
Global Apron 2024 Challenge 24: KUNING 💛#MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾Lama dah tak masak mi sup. Bukan apa, anak-anak dan suami kurang gemar kalau mi sup guna mi kuning. Mereka lebih gemar mi kuning tu digoreng. Si dara saya memang dari dulu tak minat mi kuning tak kira digoreng atau dibuat menu lain. Jika darurat jer baru lah dia akan makan haha.. Hari ni saya akan paksa dia makan sebab saya tak masak nasi atau pun lauk yang lain. Ada baki sotong dalam peti ais dan lebihan ayam goreng saya leburkan sekali. Awal-awal lagi saya dah sembunyikan mi segera. Saya memang tak galakkan mereka makan mi segera tapi nak buat macam mana, si papa mereka pun hantu mi segera. 3 vs 1 memang sah lah saya yang kalah.Inspirasi daripada @dapurdee cuma saya olah guna apa yang ada jer kat dapur.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Halia (1) + mee kuning (1) Dapur Yusfarisyia -
Mi Goreng Daging Simple Mi Goreng Daging Simple
Global Apron 2024 Challenge 22: Merah ❤️#MerdekaMonth #Ogos#WarnaJalurGemilang 🇲🇾Dalam minggu ni badan terasa lemau sangat, tak tau kenapa. Nak buat kerja-kerja rumah pun rasa macam tak larat. Bahan-bahan untuk cabaran 22 (merah) duduk terperuk di dalam peti sejuk. Buah delima akhir nya habis diratah tanpa dibuat apa-apa menu 😆. Buah epal merah pun sama hampir habis dimakan si dara dan cik abe saya. Buah naga dan anggur merah jer masih tak terusik.Mi goreng daging ni saya buat malam tadi dengan daging korban yang masih berbaki di dalam freezer. Bila ada sakit tekanan darah tinggi jarang masak daging walau pun masih ada daging di dalam freezer. Daging lembu kali ni saya rebus dahulu sebab nak buang air rebusan nya kerana sebelum ni saya dan suami lepas makan daging korban yang telah dimasak merasa sakit kepala. Sebelum ni makan daging yang dibeli, takde pulak sakit kepala.Tiber perut lapar malam hari. Bunyi bising rumah dengan atap spandex apabila hujan lebat. Nasib baik lepas habis snap gambar, "tup!" Blackout. Menggelabah 🤣#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Red meat (3) + sos cili (1) + sos tomato (1) Dapur Yusfarisyia -
Stew Daging Stew Daging
Suami saya suka sangat makan stu daging. Saya juga suka tetapi atas faktor kesihatan saya kurangkan pengambilan daging merah. Stu sedap dimakan bersama roti baguette. Ada yang suka kuah yang sedikit cair dan ada yang suka sedikit pekat. Terpulang pada citarasa masing-masing. Kita yang buat dia kan? 😁 Tengah memasak kelmarin saya mendapat panggilan telefon daripada kakak ipar saya. Dia menjemput saya dan suami ke rumah nya tengahari itu bagi membincangkan majlis akad nikah anak nya nanti. Nasib baik juga la kakak ipar menelefon saya sebab nak mengingatkan saya dan suami. Rupa nya kakak ipar ada menghantar mesej kepada suami saya tetapi suami saya terlupa nak bagitahu saya. Agak kelam kabut juga lah saya memasak. Maaf lah sebab banyak langkah-langkah tak sempat nak snap gambar. Dapur Yusfarisyia -
Mi Goreng Daging Mi Goreng Daging
Global Apron 2024 Challenge 17: SukahatiMenu yang ringkas tetapi lengkap dengan segala sumber khasiat. Sesuai untuk sarapan pagi, makan tengahari mahu pun makan malam. Bagi para ibu atau isteri yang sibuk dengan kerja dan tak cukup masa hendak menyediakan hidangan yang pelbagai khasiat, boleh lah membuat mi goreng, bihun goreng, nasi goreng, pasta dan sebagai nya kerana terdapat sumber karbohidrat, protein dan sebagai nya dalam satu hidangan. Tetapi mi goreng takleh makan selalu sebab badan akan rasa banyak angin. 😅#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :Lembu (3) + serbuk cili (1) + sos tiram (1) + tauhu (1) + taugeh (1) Dapur Yusfarisyia -
Mi Goreng Kicap Basah Potluck Mi Goreng Kicap Basah Potluck
Global Apron 2024 Challenge 8: PotluckHujung minggu kami sekeluarga akan berkumpul di rumah mak. Selalu nya dalam 4-5 bulan sekali kami akan berkumpul di rumah mak. Seronok dapat berjumpa dengan adik beradik dan anak-anak buah. Mak lah insan paling seronok sangat bila dikelilingi orang-orang yang tersayang. Sambil makan dapat bersembang dan bergurau senda. Kakak sulung dan adik lelaki nombor enam memang tinggal bersama mak sebab nak jaga mak. Walaupun saya tak duduk dengan mak tetapi rumah saya tak jauh dari rumah mak saya, rumah arwah mil pun dekat jer (sebelah rumah). Rezeki saya sebab duduk tak jauh dari rumah mak-mak saya jadi saya sering jugak ke sana. Sering jugak hantar makanan berbahagi rezeki.Untuk potluck di rumah mak, saya memang dah siapkan awal-awal bahan-bahan. Dah siap mandi dan berdandan, saya akan start menggoreng mi goreng kicap basah dan supaya mi goreng tu sampai di rumah mak dalam keadaan masih panas dan fresh. Terus masukkan ke dalam tupperware dan terus drive ke rumah mak tiga minit pun boleh sampai kalau tak jammed.#GlobalApron2024Bahan - bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cendawan (1) + mee kuning (1) + telur (1) + udang (2) Dapur Yusfarisyia -
Mee Jawa Daging & Udang Mee Jawa Daging & Udang
81/2024 (1626/2K)Global Apron Challenge 3: Moreh #GlobalApron2024Magic Pantry List:Mee + udang + kacang tanah + halia + keledek + cili merah + gula Melaka + tauhu kering (tauhu pok)Niat mula2 tu nak buat mee bandung Muor, tapi sebab dah pernah share resepi mee bandung, harini Uchu masak mee Jawa pulak lah..bahan lebih kurang sama. Tapi penggunaan rempah yang berbeza antara mee Jawa dan mee bandung..rasa pun berbeza.Mee Jawa dan Mee Bandung takde di Jawa atau di Bandung pun..rasanya ‘jawa’ dalam mee jawa tu bermaksud campur macam2. Istilah orang Malaysia mmg gitu kan..kalau pakai pakaian yg tema bermacam2 dari rambut sampai hujung kaki pun, orang kata jawa. 😆 ‘Bandung’ dalam mee bandung tu, sebab kuah merah dia campur dengan telur, jadilah bandung macam air bandung camtu..gitulah kot..Uchu cooksnap otai kita @cook_Jemiyus1973 dengan menambah beberapa bahan lagi dari resepi asal seperti jintan manis, kiub pati lembu dan gula Melaka. Terima kasih sangat, panduan resepi beliau dengan sukatan yang menghasilkan rasa kuah yang padu! Sedap sangat2. ❤️ alhamdulillah.. Sesimple Loralin
Lebih Banyak Resipi
Komen (14)