Soft Boiled Eggs / Telur rebus

Asal resepi tidak diketahui, tapi bila tonton video masakan, kerap juga jumpa telur rebus begini. Biasa kita rebus telur sampai betul2 masak sepenuhnya. Yang ini separa rebus. Bagi penggemar telur cair dan mentah, boleh cuba resepi ni. Bukan la resepi sangat, tapi method/kaedah adalah diutamakan utk mendapat tekstur telur begini. Boleh tambah masa seminit dua utk dapatkan hasil telur kuning yang pejal sedikit namun warna tetap menarik seperti ini. Selamat mencuba, jangan lupa pasang timer/alarm , bimbang jadi telur rebus biasa nanti kalau terleka.
Soft Boiled Eggs / Telur rebus
Asal resepi tidak diketahui, tapi bila tonton video masakan, kerap juga jumpa telur rebus begini. Biasa kita rebus telur sampai betul2 masak sepenuhnya. Yang ini separa rebus. Bagi penggemar telur cair dan mentah, boleh cuba resepi ni. Bukan la resepi sangat, tapi method/kaedah adalah diutamakan utk mendapat tekstur telur begini. Boleh tambah masa seminit dua utk dapatkan hasil telur kuning yang pejal sedikit namun warna tetap menarik seperti ini. Selamat mencuba, jangan lupa pasang timer/alarm , bimbang jadi telur rebus biasa nanti kalau terleka.
Cara Memasak
- 1
Didihkan air secukupnya
- 2
Masukkan 2 biji telur, tunggu sehingga 6 minit
- 3
Keluarkan telur dan masukkan ke dalam bekas air sejuk/ais. Biarkan seketika / sehingga telur tidak panas lagi
- 4
Kupas telur ke dalam mangkuk, dan belah kepada 2@4 bahagian setiap satu
- 5
Masukkan kicap cair/ kicap biasa dan taburkan daun bawang untuk hiasan jika suka
Resipi Sepertinya
-
Soft-Boiled Eggs Soft-Boiled Eggs
Resipi dalam draf juga.Cooksnap daripada adik @Suhaliza87Merebus telur nampak jer mudah tetapi ramai juga yang gagal untuk mendapat hasil telur yang separuh masak mahu pun 3/4 masak. Malah ada juga yang nak buat telur rebus masak sepenuh nya tetapi tak menjadi. Saya salah seorang daripada nya. 🤭Kaedah memasak menjadi perkara utama jika kita tahu menggunakan nya. Nasib baik ada App Cookpad, dapat juga belajar ilmu baru. Dapur Yusfarisyia -
Tea Eggs Tea Eggs
#telurantarabangsaDi daerah saya, Bila ada majlis perkahwinan, sesekali dapat rasa kita telur rebus pindang. (Saya tak pasti di negeri atau daerah lain dipanggil apa). Proses untuk merebus telur pindang agak memakan masa yang lama dan renyah. Sebab tu la hasilnya sangat enak.Tapi bila duduk di Subang Jaya, berjiran pula dengan bangsa Cina, dia pula kenalkan saya dengan telur teh (egg tea). Pandangan pertama saya bila melihat telur teh, saya sangka telur pindang. Tapi bila saya bau dan rasa, eh bukan telur pindang. Rupanya telur teh. Harum teh itu menarik minat saya untuk mencuba. Sebenarnya saya tak berapa gemar telur pindang. Tapi bila saya rasa telur teh ini, terus saya suka.Hendak menyediakannya tidak susah cuma telur harus direndam didalam rebusan teh dan rempah memakan masa yang lama untuk mendapatkan rasa yang enak dan aroma yang best.Selamat mencuba!! Gyna Elenna -
Telur Teh Herba Telur Teh Herba
Org Johor terkenal dgn telur pindang..tapi tak sempat nak cari daun2nya..so, buat telur herba sebab kat kedai dekat rumah ada jual paket telur teh herba..Uchu rujuk resepi & cara Kak Wan Citarasawan dan rujuk pada peket Telur Teh Herba..boleh juga gunakan teh biasa bersama kulit bawang merah untuk menghasilkan telur sebegini dgn kaedah retakan. Uchu blm cooksnap untuk resepi Kak Wan dan telur dino cookpad viral Aleen pun buat juga, tapi blm cooksnap..hihi Sesimple Loralin -
Telur Rebus Goreng Telur Rebus Goreng
#telurantarabangsa #cookpadmalaysiaLebihan telur rebus nasi lemak semalam ada lagi 2biji. Tu hakak buat goreng dan masak dengan daging cincang dan lada hitam. Sedap juga. Biasanya telur rebus dok buat sambal atau gulai je. Kali buat goreng begini pun sedap juga. Salina Jalaludin -
Chinese Steamed Eggs Chinese Steamed Eggs
Masakan cina yang mudah dan sedap. Resepi ni boleh dipelbagaikan variasi dengan menambah daging, ayam, udang yang dikisar dan sayuran. Resepi ni SIHAT kerana penyediaanya tanpa minyak. Sesuai juga untuk yang sedang berdiet. Untuk dapatkan telur yang gedik² macam puding guna ratio 1:2 iaitu air 2 kali ganda dari telur.Inspirasi resepi @JuliaAA_merecik 🌹 shazrina -
Pecak Kencur Telur Rebus Pecak Kencur Telur Rebus
#bonustelurrebus#saturesipisatupohon#goldenapron#week22 Resepi pertama yang saya pilih untuk bonus telur rebus ialah Pecak Kencur Telur Rebus. Resepi ini adalah inspirasi dari negara serumpun iaitu Indonesia. Biasa orang Jawa panggil kencur tapi orang Melayu biasanya panggil Cekur. Boleh tahan rasa hidangan ini.Rasa lemak santan dan sedikit pedas dan manis. Kuahnya yang pekat dan harum dari aroma kencur yang digunakan. Anak² pun suka dan memilih resepi Pecak Kencur Telur Rebus sebagai hidangan yang paling mereka suka. Mula² semua anak² pelik kenapa ummi masak telur rebus banyak,lepastu hidangan yang berlainan. Bila kita kata untuk cookpad semua pun ooo 😂😂 semua faham dah hobi ummi dia ni terus tak tanya dah hihi. Pertama dalam sejarah hidup akak buat masakan telur rebus sampai 3 resepi sehari 😂😂 oklah buat kenangan akan datang kan.Habislah lepas ni kalau semua banyak keluar angin bau² aroma teloq 😅😅 Tips tambahan untuk merebus telur boleh masukkan 1 sudu besar cuka dan 1 sudu besar garam ke dalam air rebusan.Tujuannya supaya telur rebus mudah dikopek dan hasilnya telur rebus cantik licin mulus. Mawar Wilsa -
Burger Wrapped Boiled Egg Burger Wrapped Boiled Egg
#bonustelurrebus#goldenapron#saturesepisatupohonMentang-mentang baru habis contest leftover, ada lagi stok homemade breadcrumb 😂😂😂So alang-alang dah banyak, kita buat la menu yang guna breadcrumb sebagai bahan.Sebenarnya menu ni memang lama sangat dah teringin nak buat..tapi disebabkan Cikna bukan penggemar telur rebus asyik dok bertangguh jela nak buat. Kalini ni tercapai jugak keinginan nak buat telur balut daging ni..✅ Thank you minwho buat cabaran ni 😍Resepi asal guna daging kisar & salut breadcrumb lepas dah balut telur tu dengan daging. Resepi Cikna ni Cikna olah buat express punya style 🤪Kita buat dia kan..asalkan cepat, mudah & sedap jalan ja 🤣Kalau korang suka makan telur kuning tu cair sikit boleh jugak buat. Rebus telur 6 minit (jangan kurang jangan lebih) lepas tu keluarkan rendam dalam air ais. Erna Hezreen Hamzah -
Eggs Wrap Eggs Wrap
#bonustelurrebus#goldenapron#saturesipisatupohonLevel 22Telur rebus menyimpan banyak manfaat untuk kesihatan. Di dalamnya kaya dengan potassium, zat besi, folik, vitamin E, zink dan protein. Hari ni kita sediakan menu sarapan yang ringkas dan sedap berasaskan telur rebus. Lagi pun telur sememangnya stok bahan mentah yang tak pernah putus kat rumah. Mudah didapati. Jom cuba! Cempaka Putih -
Salad telur rebus Salad telur rebus
Jujur, buat ni sebab cookpad keluarkan cabaran telur rebus!Hari ini kenduri sepupu, yang paling rapat.Dari pagi tau kami di rumah kenduri, tolong apa patut.Ibu in charge bahagian dekorasi pelamin, jadi 'anda rasa ibu ada masa ke dapur?'Mujurlah cabaran mudah.Mesti korang kata, untunglah kenduri. Telur rebus ada.TAK ADA OK. TAK ADA.hahaha. Ini kenduri moden. Ole-ole kenduri kek. Bunga telur, tak ada.Ada hiasan ala-ala bunga telur tapi kantung tu, isi coklat! HahahaMaka balik rumah mestilah resepi telur rebus termudah abad ini.Gaul saja telur rebus, carik salad dengan tangan, letak mayonis. Setel..!#bonustelurrebus#goldenapron#gengmakmasaksihat IntanNS -
Telur Masin Rebus 10 Minit Telur Masin Rebus 10 Minit
Kalau nak dapatkan telur masin yang kuning telurnya ngam-ngam je, 10 minit is just ngam..belajar dengan @Sirap_Cheese . Kalau main rebus je ikut suka..kuning telur tu keras macam tak besh je.. Sesimple Loralin -
Yee mee sizzling Yee mee sizzling
Yee mee sizzlingUntuk dapatkan video resepi ini..boleh layari dan subscribe sweetsweeties di YouTube#goldenapron2020#cooksnap sweetsweeties -
Sambal Serai Telur Rebus Sambal Serai Telur Rebus
#bonustelurrebus#saturesipisatupohon#goldenapron#week22 Resepi kedua yang saya pilih untuk bonus telur rebus ialah Sambal Serai Telur Rebus. Macam biasa sambal memang laku keras kat rumah ni. Kalau boleh hari² nak menyambal 😅 Ummi tengah menumis anak² dah berbaris kat meja makan.Adoii,begitulah keadaan dapur saya waktu makan. Kadang dah macam kantun sekolah riuhnya 😂. Tapi itulah yang membahagiakan saya sebagai ibu. Waktu ni lah kita dengan mereka. Dah dewasa nanti sunyi lah kita tanpa mereka. Inilah lumrah kehidupan 😔 Tips tambahan untuk merebus telur boleh masukkan 1 sudu besar cuka dan 1 sudu besar garam ke dalam air rebusan.Tujuannya supaya telur rebus mudah dikopek dan hasilnya telur rebus cantik licin mulus. Mawar Wilsa
Lebih Banyak Resipi
Komen (18)