BBQ Ayam Madu

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Me + You = BBQ

Ayam Bbq sememang nya kegemaran kami sekeluarga. Bahagian ayam yang paling saya suka ialah kepak ayam. Kali ni saya pilih resipi @LynnHasman kerana resipi nya sangat mudah. Oleh kerana saya masih lagi kurang sihat, saya dibantu oleh anak bujang saya untuk menyediakan nya dari proses memerap hingga proses membakar. Anak saya pun kata sangat mudah resipi nya. Sedap pulak tu. Suami saya pun puji kata sedap. Anak saya bagitahu nanti dia nak masak lagi guna resipi ni apabila dia balik nanti. Ye lah cuti dia pun dah nak habis.

BBQ Ayam Madu

25 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1.3 kgkepak ayam
  2. 4 sudu besarbbq sos
  3. 1 sudu kecilserbuk cili
  4. 5-6 sudu besarmadu
  5. 1 sudu kecilgaram himalaya
  6. 1 sudu kecilserbuk white pepper
  7. 1 sudu kecilserbuk black pepper
  8. 2 sudu besarsos cili - saya tambah
  9. 2 sudu besarsos tiram - saya tambah
  10. 3 ulasbawang putih (disagat) - saya tambah
  11. 1 sudu besarparsli kering - saya tambah
  12. 3 sudu besarminyak masak - saya tambah

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh ayam dan perap dengan semua bahan perapan. Senang jer campak semua gaul-gaul dan biarkan. Lagi lama perap lagi sedap. Saya perap 3 jam sahaja.

  2. 2

    Dah boleh panggang ayam ikut la nak guna oven ke grill ke nak bakar arang semua boleh. Macam saya nak cepat dan senang saya guna Air Fryer dengan suhu 180’c 15 minit. Selepas 15 minit balikkan ayam dan sapu lagi dengan bahan perapan dan bakar lagi 15 minit.

  3. 3

    Baki bahan perapan boleh dimasak hingga mendidih dan boleh dijadikan bahan pencicah ayam tadi. Sedia untuk dihidangkan.
    Nota : Guna ayam bahagian lain pun boleh tapi untuk bbq ni kepak ayam rasa nya lebih awesome.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya