Donat Red Velvet "Beetroot"(Ubi Bit)

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Resepi Apa Yang Trending dan Viral?
#ResepiViral
Donat Red Velvet yang sedang hangat viral sekarang. Ummi dahpun kongsikan resepi donat red velvet sebelum ini di cp.
Akan tetapi baru2 ini ummi menyertai Demo pembuatan Donat red velvet dari sahabat @hana25_7someday yang mudah. Maka ia sangat memberi inspirasi kepada ummi untuk mencuba sekali lagi resepi Donat yang viral ini.
Sana sini sibuk dengan si Donut warna merah menyerlah Red Velvet. Ada juga perdebatan isu penggunaan pewarna yang berlebihan dalam pembuatan Donat red velvet. Buat masa sekarang Stok pewarna dan perasa "emulco red velvet" habis di kedai bakeri dan pasaraya tau..Ummi mencari alternatif lain untuk food colouring.Ia adalah daripada sumber sayuran dan buahan sahaja untuk dijadikan pewarna makanan.Ia lebih sedap dan selamat dimakan oleh anak-anak kecil seperti anak ummi Rizqi.
Untuk Pewarna merah baldu ini ummi hasilkan dari beetroot (Ubi bit). Warna ubi bit ini sangat2 tepat untuk warna red velvet.
Sedikit Info tentang Ubi bit...
Dalam sebiji ubi bit,ia mengandungi berbagai vitamin dan mineral, seperti vitamin C, folat, kalium, magnesium, sodium dan zat besi.
Untuk resepi donat viral kali ini ummi guna resepi yang biasa ummi guna. Cuma tukar bahan pewarna kepada ubi bit. Seronok tengok hero ummi rizqi makan banyak.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A : Beetroot
  2. 3 bijiubi bit
  3. 1/2 cawanair
  4. 2 sudu besargula
  5. 1 sudu besarjus lemon
  6. Bahan B: Buttermilk
  7. 1/2 cawansusu segar
  8. 1 sudu besarlemon jus
  9. Bahan C : Yeast
  10. 1 peketyeast saf(11 gram)
  11. 1/4 cawanair suam
  12. 1 sudu besarsusu pekat manis
  13. 1 sudu besargula
  14. Bahan D :
  15. 4 1/2 cawanTepung Gandum
  16. 1/2 cawansusu segar + 1 sudu besar jus lemon(buttermilk)
  17. 70 gramgula kaster
  18. 1/2 sudu tehgaram
  19. 1 sudu besarserbuk koko
  20. 3 sudu besarsusu Tepung full cream(sebarang jenama)
  21. 11 graminstant yeast saf (1peket)
  22. 2 bijikuning telur
  23. 3 sudu besarmarjerin
  24. Bahan salut :
  25. Gula putih yang di blend halus
  26. Susu tepung full cream
  27. Bahan Milky Cream Cheese:
  28. 250 gramCream Cheese Tatura
  29. 1/4 cawansusu segar
  30. 4-5 sudu besarsusu pekat manis
  31. Blend semuanya hingga sebati
  32. Cheddar cheese diparut

Cara Memasak

  1. 1

    Ubi bit(beetroot) dicuci bersih. Kupas kulit dan potong kecil. Masukkan dalam periuk,masukkan gula dan air.Masak hingga mendidh dan ubi bit lembut.

  2. 2

    Kemudian kisar halus.perah 1 sudu besar jus lemon untuk kurangkan bau tanah pada ubi bit.
    Tapis supaya dapat hasil yang halus.sejukkan.
    👉Ambil 1 cawan untuk adunan Donat red velvet. Jika lebih pun boleh.lagi banyak lagi cantik warna donatnya.

  3. 3

    Yeast dicampur dengan 1/4 cawan air suam,gula dan susu pekat manis. Kacau sebati biar sekitar 10 minit(Sehingga Berbuih).

  4. 4

    Dalam mangkuk... Satukan tepung,serbuk koko,susu tepung,kuning telur, ubi bit yang sudah direbus dan dikisar halus. Ramas gaul perlahan semuanya menjadi seperti serbuk roti.

  5. 5

    Tuangkan buttermilk gaul sebati kemudian tuangkan pula bancuhan yeast kedalam adunan dan uli menjadi doh. Jika terlalu lembik boleh ditambah tepung sedikit demi sedikit uli sehingga sebati. Masa ni doh sedikit lembik ya... Jangan risau...

    **Taknperlu guna air sebab bahan cecair sudah mencukupi untuk melembutkan adunan.

  6. 6

    Bila sudah sebati... Masukkan marjerin dan uli sehingga mendapat doh yang lembut dan licin.

    Tips : sapukan sedikit minyak ditapak tangan dan bentukkan doh membulat. Tutup dan rehatkan.

  7. 7

    Tutup doh rehatkan sehingga mengembang 2x ganda. Tumbuk2 buang angin dan boleh ditimbang mengikut berat yang dikehendaki.
    Ummi tak timbang dikampung tiada penimbang,Ummi bulat2kan macam biasa dan rounding bagi cantik.

  8. 8

    Tabur sedikit tepung canaikan atau leperkan doh membulat lubangkan dengan tudung botol mineral pun boleh. Arini ummi tekap lubang donat guna botol serbuk koko yang kecil tu haa 🤭..Yang penting kerja siap.

  9. 9

    Susun dalam talam yang sudah ditabur tepung untuk elak donat melekat.

  10. 10

    Bila sudah siap semua proofing sekitar 40 minit atau sehingga doh mengembang 2x ganda.

  11. 11

    Panaskan minyak dengan api sedang (kecil). Goreng donat sehingga masak.Angkat dan toskan minyak dengan tisu dapur.

  12. 12

    Bila sudah sejuk salut donat dengan gula yang dikisar halus.
    Hasil donat sangat lembut dan gebu. Ada Donat lembut liat tapi donat red velvet beetroot ini sangat flufy walaupun guna tepung gandum je. Smooth je bila gigit. Jomlah cuba. 👍😋😍

  13. 13

    Ummi juga buatkan Donat Red Velvet susu.. Sangat-sangat sedap 👍😋😍

  14. 14

    Yang ini Donat Red Velvet Milky Cheese yang sedang viral di sabahan...
    Donat yang sudah disalut dengan gula halus dan susu tepung, tuangkan cream cheese dan tabur cheddar cheese parut. Sangat2 sedap sehingga menjilat jari.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen (3)

Dunia Hanya Sementara Fy
Dunia Hanya Sementara Fy @yatiefy
Kalau buat salutan susu tepung tu perlu campur gula tak?atau 100% susu tepung tanpa campuran?

Resipi Sepertinya