👩‍🍳Sardin Telur Viral

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Jom masak Sardin Telur Viral. Inspirasi resipi Siraplimau 🌹

1️⃣ Masak resepi viral 
2️⃣ Muat naik resepi 
3️⃣ Tag 1 Cookpader untuk join tema ni

Jom @nanaisya sempat lagi join🤗😍

#DemiMasaKini
#ResipiViral

Resipi 485/2022

👩‍🍳Sardin Telur Viral

Jom masak Sardin Telur Viral. Inspirasi resipi Siraplimau 🌹

1️⃣ Masak resepi viral 
2️⃣ Muat naik resepi 
3️⃣ Tag 1 Cookpader untuk join tema ni

Jom @nanaisya sempat lagi join🤗😍

#DemiMasaKini
#ResipiViral

Resipi 485/2022

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2 orang
  1. 2-3 ekorsardin dalam tin
  2. 1 bijitelur
  3. 1 bijibawang besar
  4. 2 ulasbawang putih
  5. 1 bijicili merah
  6. 4 bijicili api
  7. 1 sudu besarcili kisar
  8. 5 sudu besarkuah sardin
  9. 1 sudu besarsos ikan
  10. Perahan limau nipis (1-2 biji)
  11. Hirisandaun ketumbar- hiasan
  12. Secubitgaram- jika perlu
  13. Minyak masak-untuk menumis

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan2.

    Masukkan cili merah, bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris ke dalam minyak yang sudah panas kemudian tumis sehingga wangi.

  2. 2

    Selepas itu, masukkan ikan sardin yang telah diasing dengan kuahnya dan goreng ikan sardin itu untuk beberapa minit dan hancurkan kasar2 ikan sardin.

    Jangan lenyek ikan sardin sehingga lumat.

  3. 3

    Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak supaya cili betul-betul masak.

    Bila sudah pecah minyak, boleh masukkan kuah sardin tadi.

    Tuangkan sos ikan. Kacau dan masak sehingga pecah minyak.

  4. 4

    Kemudian, tuangkan telur. Sebaiknya buat macam lubang di sambal tumis sardin tadi dan tuangkan telur.

    Jika ingin lebih pedas,masukkan cili api yang telah di tumbuk ke dalam hidangan dan tambah perahan limau.

    Hidangkan dengan letak hirisan daun ketumbar.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen (3)

Izz
Izz @izabelle19
Fav!!! Kalau xde sos ikan xpe ke

Resipi Sepertinya