Lotus Biscoff Cheese Cake

Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen )
Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) @arcticsyapex

Peminat biscoff boleh cuba... Resepi dr FB Rozmaliza Omar. Resepi ni separuh adunan kalau nk bt besar sila gandakan aduna Dan guna Loyang saiz 8 inci.

Lotus Biscoff Cheese Cake

Peminat biscoff boleh cuba... Resepi dr FB Rozmaliza Omar. Resepi ni separuh adunan kalau nk bt besar sila gandakan aduna Dan guna Loyang saiz 8 inci.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
4-5 orang
  1. Base
  2. 1 cawanbiscoff crumble
  3. 1/4 cawanbutter (cairkan)
  4. Bahan kek
  5. 250 gmcream cheese
  6. 1/4 cawangula halus
  7. 1/2 sudu tehesen vanilla
  8. 1/4 cawanwhip cream / plain yogurt
  9. 1 bijitelur
  10. 3 kepingbiskut lotus biscoff
  11. Untuk Topping
  12. 2-3 sdblotus biscoff spread
  13. Biskut lotus biscoff

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Mula² kita buat base dlu. Gaulkan biscoff crumble dengan butter cair hingga rata.

  2. 2

    Tekan padat-padat dalam loyang loose base bulat saiz 6 inci yang disapu butter dan dialas baking paper.

  3. 3

    Bakar selama 15 minit suhu 160C.

  4. 4

    Buat bahagian cheese cake pula. Putar cream cheese, gula dan esen vanila hingga sebati dan gebu.

  5. 5

    Masukkan whipped cream/ plain yogurt putar lagi

  6. 6

    Masukkan telur, putar sebati dan masukkan biskut lotus biscoff yg dipatah dua kaup balik dengan spatula hingga rata.

  7. 7

    Tuangkan adunan atas base crumble yang telah dibakar tadi

  8. 8

    Bakar secara steam-bake selama 45-50 minit pada suhu 150c atau hingga masak. 

  9. 9

    Renggangkan pintu oven dan biarkan dalam 30 minit. Keluarkan kek sejukkan selama 4 jam atau semalaman.

  10. 10

    Bila kek dah sejuk boleh buat topping. Panaskan biscoff spread secara double boiler sehingga cair. Sejukkan sebentar dan tuang atas kek yang dah siap dibakar tadi.

  11. 11

    Hiaskan lotus biscoff cheese cake mengikut kreativiti masing². Selamat mencuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen )
pada
Aku lebih suka mem'baking' dari memasak... Sebabnya kalau baking dah ada sukatan. Kalau memasak banyak pakai term secukupnya, agak-agak, sesedap rasa... Haaa... Aku dah mula pening.... Kalau nak tengok resepi lain² boleh search blog " Syapex Kitchen "
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen (5)

mamy_kitchen89
mamy_kitchen89 @Mamy_Nurul
adehhh kek blapis lg dik 😂 sedap tuuu bila laa sis nk asah tgn ni 🤣

Resipi Sepertinya