Gold Box Biscoff Cheese Cake (unbaked & no gelatin)

Dapoq Kak Del
Dapoq Kak Del @Adel_Adila81

#biscoffcheesecake #goldenapron2020

Rasa benci tapi suka. Rasa sedap tak terkata. Benci sebab susah bebeno kak del nak dapatkan stok Biscoff ni. 😭😭😭

Biskut Lotus Biscoff ini terasa amat berbeza berbanding biskut lain. Rasanya yang tersendiri dengan rasa caramel dan kulit kayu manis. Pastinya menjadi kegemaran kak del sekeluarga.

Sejak viral biskut ini agak susah nak dapatkannya di mana-mana pasaraya atau bakeri. Harga pula mencanak-canak naiknya penangan demand yang tinggi daripada pelanggan.

Maka kak del namakannya Gold Box Biscoff Cheese Cake lah pada resepi kali ini. 😍😍😍 Sesuai sangat macam emas juga viralnya kali ini. 😘😘💖

Ok jom kak del share resepi mudah Biscoff Cheese Cake tanpa bakar atau gelatin.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30-45 minit
6 orang
  1. Bahan Crust
  2. 150 gdigestive biskut
  3. 50 gLotus Biscoff Biscuit
  4. 80 gpure butter
  5. 3sdb spread Biscoff
  6. Bahan Krim
  7. 250 gwhipping cream
  8. 100 gcream cheese
  9. 4sdb aising sugar (ayak)
  10. Hiasan
  11. 8 kepingLotus Biscoff Biscuits
  12. 6sudu besar spread Biscoff (atau secukupnya)

Cara Memasak

30-45 minit
  1. 1

    Sediakan bahan.

  2. 2

    Masukkan bahan crust ke dalam food processor. Kisar biskut hingga hancur. Tambahkan butter dan spread Biscoff. Putar sehingga adunan rata dan sebati.

  3. 3

    Masukkan adunan ke dalam bekas pilihan dan bahagikan sama banyak. (ketebalan crust bergantung pada pilihan masing-masing). Sejukkan dalam chiller selama 10-15 min.

  4. 4

    Gunakan mixer pukul cream cheese hingga kembang dan tambahkan gula. Pukul hingga gula sebati. Tambahkan pula whipping cream dan pukul hingga adunan kembang. Jangan over beat ya. Nanti whipping cream boleh terpisah lemak dan susu (mencair semula).

  5. 5

    Dengan gunakan sudu atau piping beg masukkan adunan cream cheese ke dalam bekas yang berisi crust tadi. Tutup permukaan crust dan ratakan.

  6. 6

    Double boil spread Biscoff atau microwavekan sekejap untuk dapatkan spread yang cair. Ratakan atas permukaan cream cheese tadi.

  7. 7

    Hiaskan dengan Lotus Biscoff pada setiap box.

  8. 8

    Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapoq Kak Del
Dapoq Kak Del @Adel_Adila81
pada

Komen (3)

Auni Afiqah
Auni Afiqah @Aunifieqaa02_
kalau pakai mixer untuk crust tu boleh ke?

Resipi Sepertinya