Kek Batik Biscoff

Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen )
Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) @arcticsyapex

Peminat kek batik boleh cuba. Resepi asal dr fb Mr. Ali
Loyang bulat 7

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
4-5 orang
  1. Lapisan Kek Batik Biscoff
  2. 300 gmbiskut biscoff atau 100gm biskt biscoff + 200g bskt Marie
  3. 130 gmbutter
  4. 1/4 cawansusu pekat
  5. 1/2 cawanmilo
  6. 1/2 cawanserbuk koko
  7. 1 sudu makanbiscoff spread
  8. 3/4 cawanfresh milk atau full cream milk
  9. Lapisan Biscoff Mousse
  10. 250 gmcream cheese
  11. 50 gmbiscoff spread
  12. 20 gmgula icing
  13. 160 gmdairy whipping cream + 1 sudu makan gula icing
  14. Topping Biscoff
  15. 130 gmbiscoff spread yang dicairkan

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Mula² buat kek batik biscoff. Cairkan 130 gram butter atas kuali. Butter pastikan suhu bilik ya. Api perlahan.

  2. 2

    Bila dah cair sepenuhnya, sila TUTUP API & masukkan susu pekat, milo, serbuk koko, fresh milk atau full cream milk dan biscoff spread.

  3. 3

    BUKA API, PERLAHAN SAHAJA API TU, dan kacau semua bahan tadi sehingga sebati dan pekat. Jangan cair sangat atau pekat sangat. Sampai warna sos tu sekata dan tiada ketul2. Kalau ketul ketul halus tidak mengapa.

  4. 4

    Dah sebati TUTUP API, biarkan dalam 2 minit baru masukkan 300 gram biskut biscoff yg dipatahkan kecil kecil. Kalau tak nak pakai biskut biscoff boleh pakai biskut marie sahaja.

  5. 5

    Gaul sebati. Dah sebati dengan biskut, terus masukkan kedalam loyang. Mampatkan. Setkan dalam peti sejuk bahagiam chiller biasa tu dalam sejam

  6. 6

    Buat lapisan mousse pula. Putar cream cheese selama 2- 3 minit ( pastikan cream cheese sudah berada pada suhu bilik

  7. 7

    Kemudian masukka biscoff spread, dan gula icing. Sambung putar dalam 2-3 minit sehingga sebati. Dah sebati ketepikan sekejap.

  8. 8

    Pada bowl yang lain putar 160 gram dairy whipping cream dan 1 sudu makan gula icing sehingga kental. Kental means bila kita angkat cream, cream tak jatuh. So stop beat. Kena hati hati jika sambung beat even cream dah kental elok terus akan jadi overbeat. Hati hati

  9. 9

    Kaup balik cream cheese tadi dengan whipping cream yg diputar kental tadi sehingga sebati. Dah sebati je stop kaup.

  10. 10

    Isikan mousse tadi keatas lapisan kek batik yang telah kita setkan. 

  11. 11

    Ratakan dan setkan selama sejam dalam peti bahagian chiller biasa. 

  12. 12

    Buat topping biscoff pula. Cairkan biscoff spread. Dah cair, off api, biar dalam 10 minit, baru tuang atas lapisan mousse tadi.

  13. 13

    Setkan semalaman, potong cantik cantik.. dah boleh makan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen )
pada
Aku lebih suka mem'baking' dari memasak... Sebabnya kalau baking dah ada sukatan. Kalau memasak banyak pakai term secukupnya, agak-agak, sesedap rasa... Haaa... Aku dah mula pening.... Kalau nak tengok resepi lain² boleh search blog " Syapex Kitchen "
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen (8)

Aisyah Ramli
Aisyah Ramli @aisyahramli
Rasanya manis sgt x? Or light je manis die?

Resipi Sepertinya