Jemput jemput jagung

Ziana Chesaad
Ziana Chesaad @limited_edition
Nibong Tebal

Meronda ronda di bazaar ramadhan nampak lah jemput jemput jagung comel² dijual. Dah bau wangi digoreng rasa teringin lah pulak.
Poket pulak tak berapa nak "rahmah" sangat , kalau ikut hati semua makanan rasa nak beli . Kita buat je sendiri lah jemput² jagung ni , boleh makan puas².

#PilihMasak

Jemput jemput jagung

2 orang bercadang membuatnya

Meronda ronda di bazaar ramadhan nampak lah jemput jemput jagung comel² dijual. Dah bau wangi digoreng rasa teringin lah pulak.
Poket pulak tak berapa nak "rahmah" sangat , kalau ikut hati semua makanan rasa nak beli . Kita buat je sendiri lah jemput² jagung ni , boleh makan puas².

#PilihMasak

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 batangjagung (isi sahaja)
  2. 3 cawantepung gandum
  3. 1/2 cawanbatang lobak merah sagat
  4. 1 cawantauge
  5. 1/2 cawanbawang besar dadu
  6. 1/2 cawandaun sup
  7. 1 sudu tehgaram
  8. 1/2 sudu tehserbuk kunyit
  9. 1 cawanair
  10. Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan semua bahan. Campurkan bahan² kedalam mangkuk.

  2. 2

    Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga bahan sebati. Adunan jangan terlalu cair. Memadai sehingga boleh dijemput seperti didalam video. Pananskan minyak dan goreng sehingga keperangan dan rangup.

  3. 3

    Angkat, toskan minyak dan sedia untuk hidangan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ziana Chesaad
Ziana Chesaad @limited_edition
pada
Nibong Tebal
Memasak itu terapi .Suka masak masakan simple tapi sedap .
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya