Jemput-Jemput Sayur

#bazaarramadan #minggu5
#goldenapron2020 #minggu4
Assalamualaikum, hai. Ni menu berbuka puasa Yani semalam. Mudah dan berkhasiat. Mulanya tiada idea nak masak apa. Kemudian terfikir buat Jemput-Jemput sajalah. Mudah. Sambil teringat kenangan semasa zaman belajar di kampus dulu. Pergi bazar Ramadhan, ada juga peniaga jual Jemput-Jemput atau Cucur. Saiz lebih besar atau comel. Peniaga tu hanya jual cucur sahaja. Seronok tengok digoreng panas-panas, membangkit rasa nak makan, maka terbeli🤭🤣..Godaan. Kemudian kita ambil sendiri masuk dalam bungkusan kertas yang disediakan. Dulu belilah sebab tinggal di kampus tidak dibenarkan memasak. Bila dah tinggal di rumah sewa, baru la boleh memasak sendiri juadah berbuka puasa. Meriah suasana bazar di kampus dulu. Kadangkala berbuka dengan pensyarah selain dengan teman-teman sekuliah. Sekarang masing-masing dah jauh, ada keluarga sendiri. Kenangan indah. Walaupun jauh, namun kami tetap saling berhubung di media sosial.🥰. Eh, oklah...apa istimewanya Jemput-Jemput Sayur ini? Jom kita lihat bahan-bahannya.
Jemput-Jemput Sayur
#bazaarramadan #minggu5
#goldenapron2020 #minggu4
Assalamualaikum, hai. Ni menu berbuka puasa Yani semalam. Mudah dan berkhasiat. Mulanya tiada idea nak masak apa. Kemudian terfikir buat Jemput-Jemput sajalah. Mudah. Sambil teringat kenangan semasa zaman belajar di kampus dulu. Pergi bazar Ramadhan, ada juga peniaga jual Jemput-Jemput atau Cucur. Saiz lebih besar atau comel. Peniaga tu hanya jual cucur sahaja. Seronok tengok digoreng panas-panas, membangkit rasa nak makan, maka terbeli🤭🤣..Godaan. Kemudian kita ambil sendiri masuk dalam bungkusan kertas yang disediakan. Dulu belilah sebab tinggal di kampus tidak dibenarkan memasak. Bila dah tinggal di rumah sewa, baru la boleh memasak sendiri juadah berbuka puasa. Meriah suasana bazar di kampus dulu. Kadangkala berbuka dengan pensyarah selain dengan teman-teman sekuliah. Sekarang masing-masing dah jauh, ada keluarga sendiri. Kenangan indah. Walaupun jauh, namun kami tetap saling berhubung di media sosial.🥰. Eh, oklah...apa istimewanya Jemput-Jemput Sayur ini? Jom kita lihat bahan-bahannya.
Cara Memasak
- 1
Bahan-bahan disediakan. Dibancuh kemudian kacau rata, biarkan selama 15 minit. (Tutup bekas tersebut supaya adunan mengembang). Tip: Semasa memasukkan air, masukkan sedikit demi sedikit supaya boleh kawal kepekatan adunan. Jika masuk air sekaligus, mungkin terlebih lembik apabila air terlebih.
- 2
Setelah selesai 15 minit, boleh panaskan minyak, kemudian mula menggoreng. Saiz jemput-jemput ini sebesar 1 sudu makan. Gunakan penyepit untuk balikkan bahagian disebelahnya supaya jemput-jemput masak dengan rata di kedua-dua belah. Goreng sehingga sedikit garing dan kekuningan.
- 3
Angkat dan toskan minyak. Kemudian bolehlah dihidang. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah sos cili atau sos tomato.
Resipi Sepertinya
-
Jemput-Jemput Isi Ketam Jemput-Jemput Isi Ketam
#goldenapron2020 #minggu18Sarapan pagi apa tu awak semua?Yani buat Jemput-Jemput Isi Ketam. Ringkas sahaja. Cicah bersama sos cili dan minum Teh O panas suam memang boleh habis beberapa biji kan. Encik Suami lalu sebelah pun tak sedar dah🤣🤣. Punya la nikmat! Nur Azliani Amer -
Bakwan @ jemput-jemput sayur Bakwan @ jemput-jemput sayur
Kenangan yang sentiasa diingati saat mula-mula ingin belajar memasak. Nak guna periuk...kuali...mak x bagi. Panas, nanti melecur.Jadi mak bagi main pisau, belajar potong memotong dulu. Potong la mcmana rupa pun, takpe.. Mak kata nanti dah bancuh ngan tepung tak nampak pun.. Terima kasih mak.Kali ini cikgu bagi anak-anak mudah lagi.. Cikgu guna tepung bakwan daripada Sasa. Jom masuk dapur! Hafiza Muaddah -
Cucur Sayur Cucur Sayur
#admincookoff #lovefromcookpadmy #cooksnapResipi yang sedap, mudah dan cepat disediakan. Ini merupakan pengalaman pertama buat Yani menggunakan tepung kacang kuda untuk memasak cucur. Hasilnya Yani dan keluarga sukakan resipi Cucur Sayur atau Spring Onion Pakoray #admincookoff dari Pakistan ini.Jom lihat cara-cara memasak cucur ini cara Yani. Nur Azliani Amer -
Jemput-jemput Soya Jemput-jemput Soya
#goldenapron#bonussoya#minggu15Hari ni buat air soya, jadi lebihan soya yang diperah tu boleh buat jemput-jemput...jangan membazir...☺️😊 Syaza's CuteKitchen -
Kuah Kacang Mudah Kuah Kacang Mudah
#goldenapron2020#bazaarramadanMenu berbuka puasa baru-baru ni permintaan keluarga nak makan kuah kacang lazat dengan jemput-jemput kucai. Ok, kita tunaikan bertambah sedaplah jamu selera bila masih panas. Sambil berbuka puasa cerita kat anak-anak, kuah kacang dengan jemput-jemput nilah masa sekolah dulu mama meniaga setiap pagi sebelum loceng bunyi.. habis tau ramai yang suka.Wajib cuba, resipi nampak ringkas tapi rasanya 5 star, makan dengan nasi impit, kundas, satay terbaik. Julia ALeen Aireish -
Jemput Jemput Pisang Jemput Jemput Pisang
Jemput Jemput Pisang atau panggilan mesra cucur kodok Noor Qasieh -
Kerabu Mangga 🇹🇭 Kerabu Mangga 🇹🇭
Rezeki tak salah alamat jika ia memang untuk kita.Yani memang fikir nak buat kerabu mangga tetapi belum berkesempatan nak beli mangga di kedai. Kebetulan beli kuih raya dengan seorang teman, beliau WhatsApp tanya nak tak buah mangga? Nanti dia bawakkan sekali semasa hantar kuih raya yang Yani tempah. Banyak berbuah di pokok rumahnya. Apa lagi..terus cakap nak🥰... Alhamdulillah.Ok, Yani kongsikan resipi kerabu mangga ala Thai tetapi cara Yani 😁. Nur Azliani Amer -
Mee Jawa Sedap Mee Jawa Sedap
#bazaarramadan#minggu1 Bulan puasa akan tiba bazar Ramadan pada musim PKP ni di berhentikan untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia..so kita buat menu yang senang lagi mudah mencari barang² yang senang Cari..Menu Mee Jawa untuk juadah berbuka puasa nanti..kita buat menu Bazar Ramadan di rumah sahaja yer😅 Jemilah Tukimin -
Jemput Jemput Labu Jemput Jemput Labu
Labu ada lagi setengah biji baki saya buat kuih koci..jadi pagi ni saya buat jemput jemput labu untuk sarapan, lagi pun sudah lama saya tak buat yg menjadi kegemaran keluarga saya.. rangup di luar..lembut di dalam 😋👍 Nor Al Fatihah -
Jemput Udang(Cucur Udang rangup) Jemput Udang(Cucur Udang rangup)
Dalam family suami ummi jemput udang ini biasa dijadikan sebagai salah satu hidangan sampingan bersama lauk-pauk di majlis2 kesyukuran atau keramaian dalam keluarga mereka dan juga masyarakat setempat.Ummi juga terbiasa bila ada majlis kenduri atau keramaian keluarga mak mertua akan sediakan jemput udang ni dalam kuantiti yang banyak.Kadang-kadang sakit pinggang juga nak habiskan menggoreng jemput udang ni.Lebih mudah boleh dikatakan jemput udang ini sebagai lauk juga lah. Dulu ummi memang tak biasa dan rasa sedikit janggal lah kan cucur makan dengan nasi. Tapi bila lama kelamaan sudah terbiasa dan boleh craving juga bila lama tak makan.Mana taknya rasanya sangat sedap.Rasa udang dalam jemput tu yang buatkan kita makan nak lagi dan lagi.Kalau nak buat minum petang cicah dengan sos cili pun sedap. 👍😋#MerdekaMonth Citarasa Borneo - Seafood [Week 4] Q'leenalee's Kitchen -
Cucur Udang Rangup & Lembut Cucur Udang Rangup & Lembut
#tribute2minsha 5 singgit 5 singgit... Mur mur aje😅Udang melambak dap dap.. confirm puas hati tau😆Cucur udang orang duk berjuai.. Pkp ni kita balun buat sendiri..kena pula dengan task bebas #tribute2minsha kita kasi jamu kat dia kikikikkk😆Nak hulur pinggan jauh sangat.. kak aleen up gambar nanti minsha cooksnap boleh la cuba.. Julia ALeen Aireish -
Cucur Bawang & Bilis Kembong Cucur Bawang & Bilis Kembong
#sarapanSalah satu hidangan kegemaran encik suami yang juga sama kegemaran dengan ayah Yani. Dari umur belasan tahun lagi Yani da belajar bancuh tepung untuk cucur bawang & Bilis ni. Sebab ayah Yani memang suka makan cucur samada sebagai sarapan, minum petang atau supper. Teringat-ingat kenangan ayah mengusik Arwah Mak dulu : "Ton, periuk da bocor tu, cuba awak pegi cek kejap." Tulah hint Ayah akan bagi pada Arwah Mak untuk minta gorengkan cucur bawang & bilis dan kemudian minum bersama dengan Teh O panas. Lepas Arwah mak pergi...Hint tu upgrade sikit, ayah beli tepung, susu, ikan bilis & bagi plastik kt tangan salah sorang anak yang dia nak minta gorengkan cucur...🤣🤣🤣Kalau tak faham juga memanglah kena sound lepas tu..🤣🤣 Kemudian dapat suami pula yang suka cucur bawang & bilis...senyum ajelah... Kadangkala en.suami yang bancuh & gorengkan serta hidangkan bersama Teh O pula..wow syoklah! Hihi..da panjang pula cerita..Jom buat Cucur Bawang & Bilis Kembong style Yani.😁 Nur Azliani Amer
Lebih Banyak Resipi
Komen