Rendang Ayam

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Antara menu yang mesti ada untuk hari raya aidiladha. Kalau di kampung saya memang payah nak dapat daging korban berbanding kampung-kampung yang lain. Selalu nya beli daging segar atau yang frozen sahaja. Kalau ada rezeki, kakak ipar akan sedekahkan daging korban dari kampung mereka kerana dapat banyak.
Bagi saya dan adik beradik saya yang ada sakit tekanan darah tinggi, memang tak berani nak makan daging banyak, cukup sekadar 2-3 hiris/ketul sahaja. Faham-faham jer la kan kenapa? 😅
Inspirasi daripada adik @dapurummi_2010, akak gantikan dengan ayam. Ada sesetengah bahan-bahan yang akak skip sebab takde (ada dinyatakan pada ruang ramuan.)

Rendang Ayam

11 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 ekorayam saiz besar (dipotong)
  2. 500 mlsantan
  3. 1/2 cawanair asam jawa
  4. 3 batangserai diketuk (saya skip)
  5. 1-2 sudu besarkerisik
  6. Secukup nyagaram, gula dan serbuk perasa
  7. 2-3 helaidaun limau purut - lurut ambik daunnya (saya skip sebab takde)
  8. 2 helaidaun kunyit - simpulkan
  9. Minyak untuk menumis
  10. Sedikitair
  11. Bahan Kisar
  12. 15 tangkaicili kering
  13. 2 bijibawang besar
  14. 2 ulasbawang putih
  15. 2 incilengkuas
  16. 3 incikunyit hidup
  17. 2 incihalia
  18. 3 batangserai
  19. 1 sudu besarketumbar (saya skip)
  20. 50 gserbuk jintan manis (saya skip)

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam, kacau sebati sampai ayam nampak sedikit mengecut.

  2. 2

    Masukkan santan, air asam jawa, kerisik dan tambahkan air secukupnya.

  3. 3

    Masukkan daun kunyit. Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa secukup nya. Masak sampai ayam lembut dan kuah rendang memekat. Saya buat berkuah sedikit.
    Bila rendang dah pecah minyak elok boleh lah padamkan api.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya