Cottage Pie Tanpa Gluten

Cottage Pie Tanpa Gluten
Cara Memasak
- 1
Rebus kentang sehingga empuk.
- 2
Sementara kentang masak, tumis bawang dan masukkan daging kisar serta batang saderi.
Biarkan daging masak sedikit dan masukkan semua herba dan rempah.
- 3
Masukkan puri tomato dan air, biarkan seketika. Masukkan garam dan lada hitam, kacau.
- 4
Kemudian masukkan bancuhan air tepung beras. Kacau hingga likat. Tutup api dan biarkan inti sejuk.
- 5
Kentang yang dah dimasak, ditoskan. Kupas. Masukkan mentega, cream cheese dan susu.
Lecek sehingga hancur. Berketul sikit tu tak apa.
Perasakan dengan garam dan lada hitam.
- 6
Panaskan oven 180°C.
Siapkan loyang, sapu mentega sekeliling. Saya bahagi 2, pakai loyang kaca bersaiz 8 x 4 inci.
- 7
Isikan inti, kemudian top up dengan topping kentang.
- 8
Lorekkan sedikit permukaan, dan bakar dalam oven selama 30 minit.
Kalau nak simpan, tak perlu bakar, terus simpan dalam freezer. Boleh keluarkan dan bakar bila perlu.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Shepherd's Pie Shepherd's Pie
#GlobalApron2024#Challenge34WesternFoodChallenge 34: Western FoodMenu ni pernah saya buat sekali tapi off record. Arwah mak suka. Kali ni saya try buat dengan olahan bahan segar sempena cuti sekolah ni.Bahan- black pepper- daging- kacang peas- keju- kentang- mentega- parsley- rosemary Mizzanem -
Shepherd's Pie Shepherd's Pie
Minggu lepas dah boleh rentas daerah so adik-adik kak long semua balik berkumpul di rumah emak. Kitaorang buat makan-makan sikit. Kak long lamb grilled , fried potatoes , Ada muchroom soup dan mashed potato. Tinggal la lebihan mashed potato tu di dalam peti sejuk. Bila dah tengok mashed tu duduk saja dalam peti sejuk tu kalau lama sikit rasanya dah jadi arwah di dalam mr tong dah. Terus Kak Long tengokkan apa bahan lagi yang ada dalam peti sejuk tu. Batang saderi ada 2 batang yang lain dah nak layu. Daging tak da cuma isi ayam saja. Apa lagi terus terpikir nak buat shepherd pie. Mulanya anak-anak macam apa tu.. lembik la mama. Iyer la lembut la sebab based tu guna mashed potato . Hajat nak bagi ke jiran untuk balas bekas jiran, sekali tak cukup. Diaorg dah makan sebelah. Nampaknya mama terpaksa buat benda lain untuk balas pinggan jiran tu.#RescueWhatsDying#CookEveryPart1#WorldFoodDay Nana Isya -
Pani Puri Tanpa Gluten (India) Pani Puri Tanpa Gluten (India)
Golgappa atau pani puri ni boleh dimakan dengan macam-macam inti.Pani puri ni maksudnya "bebola air". Bahan penting sebelum kita hidang pani puri ialah bebola puri. Kebanyakannya pakai tepung suji. Tapi sebab suji adalah tepung gandum, jadi kita buat versi tanpa gluten ye.Campuran tepung tanpa gluten ada di senarai ramuan.Jom cuba.#cppassport #secretstamp #benderaoren1 Nihadriz Niha -
Sweet Potatoes Tuna Patties Sweet Potatoes Tuna Patties
Buat banyak-banyak. Goreng sekejap dan bekukan. Bila nak makan, panaskan dalam air fryer 160°C 10-15 minit.Keledek (2)Telur (1)Tuna dalam tin (2)5 points#GlobalApron2024 #challenge42 #week42 #menucuticuti #cutisekolah Nihadriz Niha -
Gyoza Tanpa Gluten Tanpa Unsur Haiwan (Vegan) Gyoza Tanpa Gluten Tanpa Unsur Haiwan (Vegan)
Selepas kita eksperimen buat gyoza guna kulit yang dibeli, kali ini kita buat sendiri kulit tanpa gluten.Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam bekas kedap udara.#whenmakcikbakes #goldenapron2020 #week20 #glutenfree #bebasgluten #tanpagluten #tanpatenusu #vegan Nihadriz Niha -
🇬🇧 COTTAGE PIE 🇬🇧 COTTAGE PIE
🥧🥔🥩 Cottage pie intinya daging & kalau tukar kepada lamb jadi shepherd’s pie, hepi meneraiiii 😉➡️ sumber The Wholesome Dish Keroroyz Royz -
Pao De Queijo Pao De Queijo
Pernah buat dulu, tapi cara lain.Yang ni lebih mudah sebab semua humban masuk dalam blender hehehehe.Lama dah simpan resipi. Setahun lebih 😂Hujan-hujan, makan panas-panas dengan kopi. Sedap dan ralit makan ni. Naturally gluten free.Boleh freeze, kemudian panaskan dalam air fryer 10 minit suhu 150°C. Nihadriz Niha -
Cottage Pie Cottage Pie
Antara lasagna dengan cottage pie/shepherd's pie, lebih rela masak pie. Beza antara cottage pie dengan shepherd's pie ni adalah, cottage pie dari daging lembu, shepherd's pie dari daging kambing.Hidangan ini popular di UK, dan katanya berasal dari Scotland.Black pepperCooking creamCendawanDagingKacang peasKejuKentangMentegaOlive oilRosemarySun-dried tomato20 points#GlobalApron2024 #challenge34 #westernfood Nihadriz Niha -
Kulit Pai Tanpa Gluten Kulit Pai Tanpa Gluten
Haaaa... saya sangatlah teruja nak cuba resipi ni sebenarnya. Guna Bread Mix, tak sangka menjadi. Alhamdulillah. Resipi ini diolah dari Gluten Free on A Shoestring - Extra Flaky Gluten-Free Pie Crust.Banyak kegunaan rupanya Bread Mix daripada When Makcik Bakes ni.Bread Mix ni sesuai untuk buat pai manisan atau savuri. Pai epal, galette (sejenis pai terbuka) atau quiche, terpulang. Biasanya saya buat berdasarkan apa yang ada dalam peti sejuk hehehe.#whenmakcikbakes #tanpagluten #glutenfree #bebasgluten Nihadriz Niha -
Mushroom Soup Mushroom Soup
Meal plan untuk hari Selasa, Kak Long buatkan mushroom soup. Resepi ini Kak Long #cooksnap dari @gula_enau. Mushroom soup ini di makan bersama garlic bread. Garlic bread Kak Long siap sapu di sebelah malam. Esok pagi terus masuk ke dalam air fryer saja. Nana Isya -
Tender Sliced Beef KETO | Sous Vide Tender Sliced Beef KETO | Sous Vide
Biasanya budak-budak tak suka makan daging sebab liat.Boleh try masak cara ni. Daging jadi sangat lembut. Boleh letak dalam sandwich atau letak sebagai protein tambahan untuk main meal atau bekal.Tak perlu sos pun sedap! Thank you @Uchu sebab selalu jadi punca motivasi MinSha untuk masak. Kalau tak entah bila nak buat. Asyik Cookmark saja 😆. MinSha -
Seri Muka Pandan Tanpa Gluten Seri Muka Pandan Tanpa Gluten
Susah nak cari kuih talam pandan yang Gluten-free. Semua versi tambah tepung gandum. Kita buat sendiri, bagi-bagi sikit kat jiran-jiran.Seri muka ni lembut dan wangi. Tanpa guna pewarna tiruan.Beras pulut ✅Santan ✅#CookpadApron2025 #CA2025 #week12 Nihadriz Niha
Lebih Banyak Resipi
Komen