Mee Bayam Homemade

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

Serius.. pertama kali cuba buat mee bayam. Sebelum pernah buat mee kuning aje. Tak rugi cuba, sedap la makan dengan sup simple tambah cili kicap.. mantap😋
Mee bayam paling sihat.. no pengawet.. no pewarna makanan..
Pasti best👍
Tak pasti kena dengan task ke tak yang ni hihihi.. tiba-tiba jadi mee bayam.. tapi next share resipi kita buat mee bayam ni dengan sup simple campur dengan sayur bayam..jangan penin ye kawan-kawan baca ni😅

#GoldenApron23
Golden Apron 2023 Week 15
Mee+Bayam

Mee Bayam Homemade

8 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
6 orang
  1. 500 gmtepung gandum
  2. 35 gmsayur bayam (daun)
  3. 200 mlair
  4. 6 gmgaram halus
  5. 1/2 bijitelur
  6. 2 sudu besarminyak masak

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Satukan air dan daun bayam kisar halus kemudian tapiskan. Asingkan hampas daun dengan air bayam.

  2. 2

    Pecahkankan telur dan kocok, kemudian campurkan setengah biji telur ke dalam air bayam dan kacau.

  3. 3

    Di dalam bekas lain satukan tepung gandum, garam dan hampas daun bayam kacau sekata. Tuang sedikit-sedikit air bayam yang dicampur telur tadi ke dalam tepung dan uli hingga jadi doh. Bancuh doh jangan lembik.

  4. 4

    Ambil segenggam doh ratakan guna mesin mee, sapu tepung kering pada doh yang diratakan/digelek dan potong guna mesin mee.

  5. 5

    Pastikan air dididihkan terlebih dahulu, terus masukkan mee bayam yang dimesin tadi,rebus hingga mee terapung dan angkat. Semasa angkat mee sediakan air ais di dalam besen, masukkan mee ke dalamnya supaya mee elok kenyal.

  6. 6

    Tuang sedikit minyak masak gaul dengan mee supaya tidak melekat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya