Siput Buluh/Pepahat Masak Lemak Cili Padi Campur Nenas

#GoldenApron23
Saya kalau cuci siput buluh pasti akan tertanggal cengkerangnya.Almaklumlah ganas😬...Kali ini saya share resepi Siput Buluh Masak Lemak Cili Padi Campur Nenas 🍍.
Siput Buluh/Pepahat Masak Lemak Cili Padi Campur Nenas
#GoldenApron23
Saya kalau cuci siput buluh pasti akan tertanggal cengkerangnya.Almaklumlah ganas😬...Kali ini saya share resepi Siput Buluh Masak Lemak Cili Padi Campur Nenas 🍍.
Cara Memasak
- 1
Cuci bersih Siput Buluh/Pepahat.Ini gambar Siput Buluh pada yang tak kenal.
- 2
Perah kelapa dan ambil santannya.
- 3
Kisar lumat kunyit dan cili dengan sedikit air.
- 4
Masukkan bahan kisar dan santan kedalam periuk
- 5
Kemudian masukkan nenas yang telah dipotong tadi.
- 6
Kacau hingga sebati dan masak sehingga mendidih.Kena selalu kacau untuk elakkan santan pecah minyak dan elak kuah dari cair.Sedap makan masak lemak pekat pekat.
- 7
Setelah itu masukkan garam dan pepahat/siput buluh.Masaknya tidak lama.Apabila isi pepahat sudah keras bolehlah dipadamkan api
- 8
Pepahat ini togel.Cengkerangnya telah saya buang.Saya tidak letak aji atau pun gula kerana santan pekat telah cukup lemaknya.Nenas pula menggeluarkan air ketika memasaknya.Telah cukup masam manis,masin dan lemak pada kuah tersebut.Selamat mencuba.Ikhlas dari saya yatie fy
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Masak Lemak Cili Padi Siput Buluh Masak Lemak Cili Padi Siput Buluh
341/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1736 #pejuang2kresipi❤️ Golden Apron 2023 ❤️#GoldenApron23 #Week16 #TeamSiputBuluhKali pertama masak lemak cili padi siput buluh ni. Alhamdulillah sedap. Biasanya dok buat tomyam, shellout dan steamboat. Kali ni cuba untuk citarasa yang baru pula yer😋 Salina Jalaludin -
Siput & Nanas Masak Lemak Cili Padi Siput & Nanas Masak Lemak Cili Padi
#goldenapron#minggukeenambelasSemalam saya nampak siput dalam basin di tepi singki, Mama kata dia beli siput tu di Pantai Remis,Jeram ketika pulang dari kenduri perkahwinan saudara. Lepas tu dia offer “nak ke?, mama saja je beli sebab ternampak siput tu masa belikan petai yang kau kirim. Bawalah siput tu balik!”Sedih, terharu pun ada bila dengar mama cakap macam tu. Saya cuma memesan petai je kot kalau ternampak. Mama memang tahu apa yang anaknya suka. Sebab tu hati saya mudah cair dengan mama kalau dia call, sekadar tanya khabar pun saya terus berdesup pulang ke rumahnya. Lagi pun bukannya jauh. 20 minit dah sampai.Ikutkan hati tadi memang malas masak, sebab tadi pergi shopping, lepas tu berkebun sekejap. Badan terasa letih tapi bila melihat siput tu macam nak larikan diri, terus saya masak. Kang tak pasal bersepai merata-rata dalam rumah. Lagi haru dibuatnya.Seperti biasa, cara saya masak lemak memang tak menggunakan bawang. Saya lebih suka rasa kunyit hidup dan cili padi sahaja. Ada nanas pula tu, cukup sedap masam dan manis rasa pada kuah tu. Gyna Elenna -
Perut Masak Lemak Cili Padi Bersama Pucuk Paku Perut Masak Lemak Cili Padi Bersama Pucuk Paku
#MerdekaMonth dengan resipi MOOOO ala Selatan Kali ini saya memilih bahagian perut untuk masak menu selatan berasaskan Mooo aka Lembu.Masak lemak cili padi biasanya terkenal di Negeri Sembilan.Masaknya ringkas tapi sedap. Dunia Hanya Sementara Fy -
Telur Itik Masak Lemak Cili Padi Campur Belimbing Buluh Telur Itik Masak Lemak Cili Padi Campur Belimbing Buluh
#tribute2minshaSaya suka makan telur itik masak lemak cili padi ini sebab rasanya yang sangat sedap.Ada pedas,lemak dan masam dari belimbing buluh tu. Dunia Hanya Sementara Fy -
Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Padi Campur Nenas Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Padi Campur Nenas
Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Padi Campur Nenas.Kuahnya pekat Likat.Dalam Gambar macam tak berapa likat tapi hakikatnya pekat dan likat.Alhamdulillah.Menu mama dan ayah.Anak-anak menu lain sebab mereka tak makan ikan.Puas hati bila dapat makan pedas,lemak,masam manis kuahnya. Dunia Hanya Sementara Fy -
Siput buluh/pepahat masak sos thai Siput buluh/pepahat masak sos thai
Dah lama tak makan siput buluh/pepahat.Disini susah nak dapat seafood ni. Al kisahnya siput buluh 500grm berharga 7.99€, gemuk2 dan besar pulak tu. Jadinya masak menu yg simple macam sos thai. nurul fahiera Fadzil -
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
#goldenapron#saturesipisatupohonMasak lemak merupakan masakan sinonim dengan keluarga kami kerana negeri sembilan merupakan negeri kelahiran ayah saya. Arini saya ingin kongsikan siput sedut masak lemak cili padi yang ringkas dan mudah disediakan. Jom cuba🥰NurDiana Rosli
-
Siput Buluh Sos Tiram Siput Buluh Sos Tiram
Day161/366/2020/Jun/9Day90 #14harimencintaiku #PKPBSelalunya siput buluh ni guna untuk buat steamboat je. Hari ni tah dapat idea nak goreng letak cili padi dan sos tiram pulak 😅. Dah siap masak tabur cili padi lagi. Nak makan perah limau kasturi. Fuhhh memang sedap. Kalau oyster kena perah lemon sebelum makan. Siput buluh ni kita kasi perah limau kasturi dulu. Citarasa Malaysia sangat 😋 Nak pedas, gigit je cili padi tu 🤭😂 Salina Jalaludin -
🍁Siput Buluh Buttermilk 🍁Siput Buluh Buttermilk
#GoldenApron23#week16Berkira-kira untuk masak Siput Buluh samada masak goreng pedas atau gulai lemak. Akhirnya anak cadangkan buat buttermilk.Kebetulan ada sedikit kacang peas dalam peti sejuk. Saja masukkan sebagai tambahan. Master Jamal -
Siput Buluh Lada Hitam Siput Buluh Lada Hitam
Siang siput buluh ini perlu masa yang lama ya berbanding masaknya. Makan dengan nasi yang hangat.#GoldenApron23#Week16 Risa A Rhyla -
Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi dengan Terung Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi dengan Terung
#globalapron2024#challenge30#cooksnapsukahatiSuami suka siput sedup, dulu kalau saya bertugas di luar kawasan, anak anak dah agak mesti abah beli siput sedut sebagai hidangan malam ni.Saya masak tambah daun kadok kerana nak hilangkan bau siput, waupun dah buat beberapa petua termasuk perap dengan kelapa parut. Terima kasihSyuhada Subri @syuhadaSubri . Kali pertama akak masak dengan terung.Boleh tengok tip mencuci siput sedupNak masak kena siapkan siput dahulu.Magic pantrySiput sedutTerung Ani Delighted -
Rendang Siput Buluh Rendang Siput Buluh
#semangatmerdeka #fusionantaranegeri #goldenapron #cookpadmalaysia #cookpadmy #peraduanresipi #appresipi #resipimalaysiaMenginovasi siput buluh menjadi hidangan rendang yang sedap. Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen