Guava Choux Au Craquelin

MASTURA BINTI SAMIRAN
MASTURA BINTI SAMIRAN @Mas180876
Alor Setar, Kedah

Lama tak makan cream puff. Saya terilham nak membakar pastry choux ni bila tengok seorang yang membuat content tik tok pergi ke cafe menjual pastry choux ni. Dijual pelbagai perisa dan cantik dekorasinya membuat saya terliur. Tapi tak sempat nak ke cafe tu sebab nak cepat balik ke utara.
So, saya pun cari balik resepi dalam khutub khanah saya yang tersimpan di rak buku dan mula buat ulangkaji. Lega rasanya bila berjaya buat setelah bertahun tahun tak terasa pun nak buat. Memang sangat besar pengaruh media sosial pada selera saya kali ni.
Saya try and error, sedap x choux pastry ni dengan perisa buah tempatan guava. Rasa yang rare. Jemputlah buat dan marilah sama sama rasa keenakkannya.

#GoldenApron23
#Week16
#GuavaChouxAuCroquelin
#MarvellousUGuys

Guava Choux Au Craquelin

4 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 jam
10 sajian
  1. Custard fillings*
  2. 240 mlsusu cair
  3. 2 bijitelur kuning
  4. 60 gmgula pasir
  5. 12 gmtepung jagung
  6. 12 gmtepung custard
  7. 1/4 sdkvanilla esen
  8. 180 gmwhipping cream
  9. 2 sdbguava paste
  10. Craquelin
  11. 60 gmmentega
  12. 50 gmgula
  13. 60 gmall purpose flour
  14. Pastry choux*
  15. 62 mlair
  16. 62 mlsusu cair
  17. 62 gmmentega tawar
  18. 8 gmgula
  19. 3 gmgaram halus
  20. 70 gmtepung gandum
  21. 2 bijitelur gred A

Cara Memasak

2 jam
  1. 1

    Custard fillings*
    Satukan tepung custard dan tepung jagung. Masukkan 2 biji telur kuning. Kacau hingga tepung terlarut. Masukkan separuh susu. Kacau lagi. Campurkan semua baki susu dan gula. Kacau hingga semua sebati. Masak di atas dapur dengan api perlahan hingga pekat.

  2. 2

    Pindahkan custard yang sudah dimasak ke dalam mangkuk dan sejukkan di dalam peti ais. Tutup permukaan custard dengan cling wrap untuk elakkan permukaan kering.

  3. 3

    Masukkan whipping cream yang sejuk dalam mesin pemutar. Pukul separuh kembang. Campurkan sedikit ke dalam adunan custard yang telah sejuk. Sebelum campurkan custard perlu dikacau hingga tidak berbuku.

  4. 4

    Croqueline*
    Campurkan mentega, gula dan tepung. Kacau hingga sebati. Tambahkan pewarna hijau atau apa2 warna yang bersesuaian.

  5. 5

    Pindahkan ke atas kertas parchment. Gelek hingga nipis. Dan simpan semula di dalam peti ais supaya keras dan mudah dicetak.

  6. 6

    Pastry Choux*
    Campurkan susu, air, mentega, gula dan garam. Kacau dan didihkan atas api. Setelah nampak cecair berbuih tambahkan tepung dan kacau hingga masak.

  7. 7

    Setelah masak masukkan ke dalam mixer dan pukul hingga agak sejuk. Setelah sejuk tambahkan telur satu persatu.

  8. 8

    Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan atas parchment paper seperti dalam gambar.

  9. 9

    Keluarkan croquelin dan cetak bulat2. Letakkan di atas choux yang dipaip atas loyang. Bakar 180°C selama 30 minit atau masak.

  10. 10

    Letakkan paste guava ke dalam pastry choux. Dan Paipkan cream ke dalamnya. Bole dimakan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
MASTURA BINTI SAMIRAN
pada
Alor Setar, Kedah

Komen

Resipi Sepertinya