Burger Ayam Krispi

MaRulez Arif
MaRulez Arif @marulez

Sekali lagi terpaksa buat last minit cabaran #GoldenApron2023 … bahan dah beli tapi apakan daya. Yosh #GA23Marulez

Burger Ayam Krispi

5 orang bercadang membuatnya

Sekali lagi terpaksa buat last minit cabaran #GoldenApron2023 … bahan dah beli tapi apakan daya. Yosh #GA23Marulez

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2-3Roti Burger
  2. 4-5 helaiDaun Salad
  3. 1 bijiTomato (hiris)
  4. 2-3 sudu makanMayonnaise Jepun
  5. 2-3 sudu makanCili Sos
  6. 2-4 kepingKepingan Keju
  7. Patty
  8. 400 gDaging Ayam (kisar)
  9. 2 sudu makanBawang Merah Kisar
  10. 2 sudu makanBawang Putih Kisar
  11. 1 sudu makanTepung Jagung
  12. 5 tangkaiDaun Sup (hiris)
  13. 1 sudu makanSerbuk Lada Putih
  14. 1 sudu makanSerbuk Lada Hitam
  15. secukup rasagaram
  16. 1 cawanCornflakes
  17. 1 bijiTelur

Cara Memasak

  1. 1

    Gaulkan Daging Ayam dengan Serbuk Lada Hitam, Serbuk Lada Putih, Garam, Tepung Jagung, Bawang Merah, Bawang Putih dan Telur.

  2. 2

    Campurkan Daun Sup, Gaul rata. Bentukkan patty atas baking paper di talam dan biar seketika.

    Bakar/Goreng atas frying pan dengan sedikit mentega di kedua-dua belah dalam 5 minit.

  3. 3

    Selepas masak kedua-dua bahagian. Tekapkan atas Cornflakes yang telah dikisar. Balutkan dengan telur.

  4. 4

    Balut semula dengan Cornflakes kisar dan goreng dengan minyak yang sederhana panas dalam seminit dan angkat.

  5. 5

    Belahkan Roti Burger kepada dua dan bakar atas frying pan yang telah dies dengan mentega. Biarkan dalam 1-2 minit. Angkat.

    Letakkan salad dan tomato hiris di atas sebelah roti. Letakkan Patty Burger Ayam Krispi.

  6. 6

    Taburkan Lada Putih dan Lada Hitam, Sos Cili dan Mayonnaise.

    Letakkan kepingan Keju dan ditutupkan dengan roti burger yang sebelah lagi. Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
MaRulez Arif
MaRulez Arif @marulez
pada

Komen

Resipi Sepertinya