👩‍🍳Masak Lemak Keledek Cendawan Tiram 🍠

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Saya jarang masak lemak letak cendawan kerana bagi saya cendawan lebih sedap dimasak sup atau stir fry. Rupa2nya tak sangka sedap juga dimasak lemak dengan syarat digabung dengan keledek. Sedap kuah ni bila makan bersama nasi, ikan goreng garing dan sambal belacan.

Inspirasi resipi Alin @NOADZ17 🌹 dengan sedikit perubahan.

Golden Apron 2023 Week 20
Week 20 (20 hingga 26 November):
1. Minuman Probiotik
2. Habatussauda
3. Cream Cheese + Carrot
4. Keledek + Cendawan
5. Kacang Hijau + Bijan

#GoldenApron23
#Pejuang2KResipi
#Week20
#Keledekcendawan

1791/2K

👩‍🍳Masak Lemak Keledek Cendawan Tiram 🍠

100+ orang telah melihat resipi ini

Saya jarang masak lemak letak cendawan kerana bagi saya cendawan lebih sedap dimasak sup atau stir fry. Rupa2nya tak sangka sedap juga dimasak lemak dengan syarat digabung dengan keledek. Sedap kuah ni bila makan bersama nasi, ikan goreng garing dan sambal belacan.

Inspirasi resipi Alin @NOADZ17 🌹 dengan sedikit perubahan.

Golden Apron 2023 Week 20
Week 20 (20 hingga 26 November):
1. Minuman Probiotik
2. Habatussauda
3. Cream Cheese + Carrot
4. Keledek + Cendawan
5. Kacang Hijau + Bijan

#GoldenApron23
#Pejuang2KResipi
#Week20
#Keledekcendawan

1791/2K

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. 1 mangkukCENDAWAN tiram- bilas air
  2. 1 bijiKELEDEK- kupas kulit, basuh guna air garam
  3. 2 bijibawang merah kecil -hiris
  4. 1 ulasbawang putih -hiris
  5. 1 bijicili merah- hiris serong
  6. 2 sbikan bilis
  7. 1/2 kiubikan bilis
  8. 1kotak/ 200 ml santan
  9. 1/2 cawanair- sesuaikan
  10. 1 stgula
  11. 1/2 stgaram (secukup rasa)
  12. 1/2 stserbuk kunyit

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan2.

    KELEDEK dan CENDAWAN

  2. 2

    Rebus keledek dengan setengah cawan air sampai separuh empuk.

    Apabila separuh empuk dan air jadi sedikit masukkan bawang2,cili merah, serbuk kunyit, ikan bilis, stok bilis dan santan. Guna api sederhana. Gaul rata.

  3. 3

    Biarkan mendidih, masukkan cendawan. Kacau rata dan perasakan dengan gula dan garam.

    Tutup api apabila cendawan mula nampak lembut. Siap.

  4. 4

    Sedia untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya