👩‍🍳Cekodok Kembung Eno

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Eno ialah jenama antasid dimana ramuan utamanya ialah natrium karbonat, natrium bikarbonat dan asid sitrik

Asalnya Eno digunakan untuk melegakan simptom keasidan, pedih ulu hati, senak asid, perut masam dan sakit perut. Tindakan Eno ialah memberikan kelegaan cepat daripada keasidan dengan meneutralkan asid perut yang berlebihan.

Tetapi… surirumah yang kreatif menggunakan eno dalam masakan….. kerana adanya natrium bikarbonat atau baking soda yang membantu menaikkan adunan, menjadikan makanan kembung, gebu dan sedap.

Tak pernah cuba guna eno dalam masakan. Rupanya sekejap betul tindakan eno keatas bancuhan.. memang mudah dan hasil cekodok pun cantik kembung.
Cadangan: Boleh tambah udang kering atau ikan bilis jika suka.

Inspirasi suezue 🌹

Golden Apron 2023 Week 21
Week 21 (27 Disember hingga 3 Disember):
1. ENO
2. Baby Octopus
3. Brokoli + Bihun
4. Roti + Carbonara
5. Kacang Panjang + Shiitake

#GoldenApron23
#Pejuang2KResipi
#Week21
#eno

1802/2K

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. 2 cawantepung gandum
  2. 1paket(4.3g) ENO biru
  3. 1 bijiubi kentang saiz sederhana - disagat
  4. 1/2 batanglobak merah - disagat
  5. 1 bijibawang besar - dihiris nipis
  6. Daunbawang - dipotong nipis
  7. 1 sudu tehserbuk kunyit
  8. 2 1/2 sudu tehgaram halus
  9. secukupnyaAir
  10. secukupnyaMinyak masak

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan

    ENO

  2. 2

    Masukkan tepung, garam dan serbuk kunyit dalam mangkuk besar. Gaul rata.

  3. 3

    Kemudian; Campur semua bahan sayur (kecuali Eno).

    Masukkan air sedikit demi sedikit supaya bancuhan tidak terlalu cair sebab bila isi Eno, adunan tepung akan makin cair.

  4. 4

    Bila adunan sudah elok teradun, baru masukkan Eno. Sebatikan.

    Setelah adunan kelihatan naik buih dan berlubang-lubang, panaskan minyak dalam kuali.

  5. 5

    Sudukan /atau guna tangan adunan ke dalam kuali.

    Masa menggoreng, jangan isi adunan tepung terlalu besar kerana cekodok ini akan mengembang.

    Goreng sampai kekuningan. Angkat tos minyak potong.

  6. 6

    Sedia untuk dinikmati- sarapan atau minum petang

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya