Apam Tepung Beras Vitagen

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

#GoldenApron23
Minuman probiotik
Sibuk dengan majlis tahlil mak mertua, genap hari ini hari ketujuh (26/11/23).
Baru ada kesempatan nak buat (28/11/23), badan masih terasa letih baru balik dari temujanji di klinik untuk diambil sampel darah. Cuaca pula mendung, sambil buat apam fikiran teringat pada arwah m.i.l kerana arwah memang suka makan kuih. Kejadian apam pun macam seperti hati saya juga kurang senyum nya, yang tersenyum mekar cuma satu jer. 😅🥺

Apam Tepung Beras Vitagen

22 orang bercadang membuatnya

#GoldenApron23
Minuman probiotik
Sibuk dengan majlis tahlil mak mertua, genap hari ini hari ketujuh (26/11/23).
Baru ada kesempatan nak buat (28/11/23), badan masih terasa letih baru balik dari temujanji di klinik untuk diambil sampel darah. Cuaca pula mendung, sambil buat apam fikiran teringat pada arwah m.i.l kerana arwah memang suka makan kuih. Kejadian apam pun macam seperti hati saya juga kurang senyum nya, yang tersenyum mekar cuma satu jer. 😅🥺

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 150 gmtepung beras*
  2. 8 gmserbuk penaik (baking powder)*
  3. 85± gm gula halus
  4. Secubitgaram
  5. 100 mlsusu segar
  6. 160 mlVitagen kurang gula
  7. Sedikitminyak masak (untuk dioles pada acuan)
  8. Sedikitpewarna ikut suka

Cara Memasak

  1. 1

    Terlebih dahulu panaskan kukusan dan kukus acuan lompang yang telah dioles dengan sedikit minyak masak. Ayak bahan-bahan bertanda*, ketepikan.

  2. 2

    Masukkan gula dan garam kacau rata. Masukkan susu segar dan kacau rata. Masukkan pula Vitagen dan kacau sebati.

  3. 3

    Akhir sekali masukkan adunan tepung tadi. Sebatikan dan tapis untuk elak berketul.

  4. 4

    Kalau nak bubuh pewarna, bahagikan ikut berapa banyak adunan yang kita nak. Warnakan mengikut warna kesukaan masing-masing. Tuang ke dalam acuan hingga penuh.

  5. 5

    Kukus 10 - 15 minit/masak.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya