Asam Pedas Sardin Tin

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Resipi dalam draf juga.

Si dara nak balik makan, dah bagitau dalam whatsapp nak makan sardin yang dia beli 2 hari lepas. Kalau selera si dara mesti asam pedas tetapi kalau si bujang saya, masak kicap dan kalau suami saya, dimasak kari. Untuk saya pulak? Hehe.. Saya memang tak makan sardin dalam tin lagi dah. Jangan tanya saya kenapa kerana atas sebab-sebab tertentu yang saya tak nak jelaskan. 🙏

Asam Pedas Sardin Tin

8 orang bercadang membuatnya

Resipi dalam draf juga.

Si dara nak balik makan, dah bagitau dalam whatsapp nak makan sardin yang dia beli 2 hari lepas. Kalau selera si dara mesti asam pedas tetapi kalau si bujang saya, masak kicap dan kalau suami saya, dimasak kari. Untuk saya pulak? Hehe.. Saya memang tak makan sardin dalam tin lagi dah. Jangan tanya saya kenapa kerana atas sebab-sebab tertentu yang saya tak nak jelaskan. 🙏

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 tinsardin (425gm) Ayam Brand
  2. 1 labubawang merah bombay*
  3. 3 ulasbawang putih*
  4. 7-9 bijicili kering (digunting serong dan direbus sekejap)
  5. 1 batangserai*
  6. 1 incilengkuas*
  7. 1/2 cawanair*
  8. Sedikitminyak masak
  9. 1 sudu kecilserbuk kunyit
  10. Daunkesum frozen sesedap rasa
  11. 2 kepingasam gelugur/keping
  12. Garam sesuai selera
  13. Serbuk perasa sesuai selera
  14. Air bertapis sesuai selera

Cara Memasak

  1. 1

    Kisar halus bahan-bahan bertanda* dan tumis bersama serbuk kunyit hingga pecah minyak. Masukkan sardin beserta kuah nya dan juga asam gelugur.

  2. 2

    Masukkan garam, serbuk perasa dan daun kesum frozen. Tambah air mengikut sesuai selera. Adjust rasa sesedap rasa. Masak hingga mendidih dan sedikit pekat. Tutupkan api dan boleh dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya