Jeruk Lobak Goreng Kicap

Main Campak Campak 🍲
Menu pembuka selera buat saya dan suami. Kalau ada jeruk lobak putih mesti teringat pada mak sebab mak memang suka jeruk lobak apabila mak kurang berselera makan. Rasa rangup jeruk lobak tu salah satu sebab kenapa mak suka. Jeruk lobak ni ada yang masin dan ada yang manis masam. Saya pun tak reti nak pilih yang mana yang masin atau yang manis masam sebab dua-dua nya nampak sama, tambah pulak sudah di sealed dalam plastik. Yang saya masak ni yang manis masam. Selain digoreng kicap, boleh juga digoreng dengan telur atau dibuat kerabu mentah.
Jeruk Lobak Goreng Kicap
Main Campak Campak 🍲
Menu pembuka selera buat saya dan suami. Kalau ada jeruk lobak putih mesti teringat pada mak sebab mak memang suka jeruk lobak apabila mak kurang berselera makan. Rasa rangup jeruk lobak tu salah satu sebab kenapa mak suka. Jeruk lobak ni ada yang masin dan ada yang manis masam. Saya pun tak reti nak pilih yang mana yang masin atau yang manis masam sebab dua-dua nya nampak sama, tambah pulak sudah di sealed dalam plastik. Yang saya masak ni yang manis masam. Selain digoreng kicap, boleh juga digoreng dengan telur atau dibuat kerabu mentah.
Cara Memasak
- 1
Cuci dan rendam lobak putih jeruk. Ikan bilis dicuci dan ditoskan.
- 2
Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis hingga garing, angkat, toskan dan ketepikan. Guna minyak yang sama anggaran 4-5 sudu besar (cedok minyak yang lebih tu ke bekas yang lain) dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
- 3
Masukkan lobak jeruk yang sudah diperah air nya dan dipotong. Masukkan juga kicap masin, kicap manis dan gula, kacau rata.
- 4
Adjust rasa mengikut sesuai selera. Apabila cukup semua rasa, masukkan bawang holland dan cili merah. Kacau sebati cukup sekadar bawang holland layu. Masukkan ikan bilis goreng.
- 5
Tutupkan api dan tabur daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sotong Katak Masak Kicap Potluck Sotong Katak Masak Kicap Potluck
Global Apron 2024 Challenge 8: PotluckSelalu nya kalau buat portluck memang kat rumah mak jer sebab saya ni surirumah sepenuh masa mana ada buat portluck kat tempat kerja. Bincang dengan adik beradik, tetapkan hari dan waktu dan jika kita orang dah ada kata sepakat nak masak apa, kira on jer. Selalu nya kita orang akan tanya selera mak. Sebab mak dah mula nyanyuk, kesian mak. Kakak sulung dan adik lelaki lebih tahu selera mak sebab mereka duduk sama dengan mak. Sotong dan udang memang favourite mak dari dulu. Saya sengaja tak buat pedas sebab mak dah tahan pedas.#GlobalApron2024Bahan - bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Sotong (3) + tepung jagung (1) Dapur Yusfarisyia -
Ikan Tongkol Masak Kicap Ikan Tongkol Masak Kicap
Global Apron 2024 Challenge 12: TiruvasiCooksnap daripada adik @cook_34615991 tetapi saya ada tak letak cili kisar, saya gantikan dengan cili kering potong, saya lebihkan rasa pedas daripada kicap pedas manis mashuri, saya juga tak letak bawang holland dan cili padi potong. Saya tabur daun parsli kering sebab daun parsli dan daun sup takde.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Ikan tongkol (2) + sos tiram (1) Dapur Yusfarisyia -
Masak Kicap Sotong Katak Masak Kicap Sotong Katak
Syawal 2025 Challenge : Warna Warni Aidilfitri ✨Sekali-sekala memasak hidangan yang bukan daripada ayam atau daging di hari raya boleh membuka selera kerana hampir-hampir kesemua rumah tetamu, jiran tetanga, sanak saudara menghidangkan hidangan yang hampir sama. Kita nak kan kelainan. Dapur Yusfarisyia -
Kerabu Lobak Putih Jeruk Kerabu Lobak Putih Jeruk
Dulu-dulu sewaktu saya masih di sekolah menengah, apabila mak saya tak ada selera makan dia mesti buat kerabu lobak putih jeruk ni. Mak akan makan dengan ikan goreng dan nasi putih. Lauk lain mak tak nak dah. Waktu tu saya tengok jer. Saya tanya mak “sedap ke?” Mak jawab “sedap! Kalah lauk-lauk lain” sambil tersenyum. Apabila sekarang saya sudah mencecah usia yang senja ni selera makan pun dah tak macam dulu. Kalau dulu saya makan ikan sardin dalam tin/sardin segar tetapi tidak lagi. Kalau beli pun untuk suami dan anak-anak. Kadang terfikir sendiri “Oh! Macam ni lah apa yang mak rasa?” Patut la kalau dulu-dulu kami suruh/paksa mak makan sesuatu seperti cheese mak mesti tak nak. Sampai kami bagitau “huh, rugi mak tak makan ni, sedap.” Mak akan buat reaksi wajah kata tak sedap. 🤭😁Hari ni saya rasa kurang selera nak makan, tetibe teringat pada kerabu lobak putih jeruk, dan-dan terliur, terus buat. Alhamdulillah bertambah-tambah nasi. 🍚 Dapur Yusfarisyia -
Kubis Jeruk Goreng Telur Kubis Jeruk Goreng Telur
Masak Apa Max 6 bahan? Kubis jeruk ni ada 2 jenis, yang masin dan yang masam masin. Yang saya guna ni masam masin. Cik suami minta dibuat goreng bersama telur. Resipi ni bergantung kepada tahap masam dan masin kubis jeruk ni kena la bersesuaian dengan gula. Kalau kurang masin dan masam tak perlu la guna gula yang banyak, kena adjust sendiri la ye. Dapur Yusfarisyia -
Lobak Masin/Jeruk Goreng Telur Lobak Masin/Jeruk Goreng Telur
Salah satu resipi yang selalu mak saya buatkan untuk kami sekeluarga ketika kami masih kecil dahulu. Dahulu, saya tak berapa suka rasa lobak ni tetapi bila semakin dewasa/bertambah usia, suka la pulak. Bila tengok rakan cookpaders @NorSukiman85 post resipi terus teringat nak buat. Saya tambah ikan bilis seperti yang mak saya selalu buat. Sewaktu sahur, saya dan suami memang kurang makan nasi kerana kurang berselera mengambil nasi di awal pagi tetapi pagi ni berselera pula makan bersama lobak masin goreng telur ni. Dapur Yusfarisyia -
Colek Sengkuang Colek Sengkuang
Global Apron 2024 Challenge 10: KudapanSuka sangat makan sengkuang sebab rasa rangup, manis-manis manja, berair apabila digigit, apatah lagi kalau yang sejuk daripada peti sejuk. Menikmati colek sengkuang sambil bersantai berehat di luar rumah, berborak dengan suami, memerhati alam semulajadi (burung-burung berebut makan lebihan nasi yang suami saya sedekahkan kepada burung-burung atau ayam-ayam jiran yang datang ke kawasan rumah kami) memang layan sangat. Sambil-sambil tu merenung pokok kuini yang sedang berbunga, mudah-mudahan buah nya menjadi dengan lebat nya pada tahun ini boleh buat colek kuini pulak. 🤗#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Kacang tanah (2) + sengkuang (3) + tepung ubi (1) Dapur Yusfarisyia -
Kembung Masak Kicap Mudah Kembung Masak Kicap Mudah
[Week 2] IKAN KEMBUNG #AnyOneCanCookFish@dapur_ellysha98 terima kasih atas inspirasi resipi nya. Saya olah sedikit bahan-bahan yang takde dengan menggantikan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja. Dapur Yusfarisyia -
Sayur Campur Campak-campak Sayur Campur Campak-campak
Main Campak Campak 🍲Buka peti sejuk tengok banyak lebihan sayuran yang dah berapa hari entah dibeli. Dalam fikiran nak masak fucuk dan kacang panjang. Dalam masa yang sama juga nak masak sayur brokoli dan bunga kubis (cauliflower). Aihhh!!! Tahu nak masak yang mana dulu? Tak nak masak dua jenis menu sayur untuk hari ni. Kalau tak dimasak pula, risau sayuran tu jadi tak segar lagi dah. Malas nak fikir lama-lama, campak jer semua sayuran tu untuk satu menu. Campak-campak jer ikut suka hati. Janji boleh dimakan. Sedap la pulak, ahakk.. 😆😚 Dapur Yusfarisyia -
Bihun Goreng Thai Chili In Oil Bihun Goreng Thai Chili In Oil
Tahun Baru, Bahan Baru 🥑🦞🍒Assalamualaikum semua sahabat handai atau lebih dikenali keluarga Cookpad semua ❤️. Lama juga takde hantar resipi di Cookpad App. Maaf sangat-sangat keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Masak tu memang ada cuma takde kesempatan hendak mengambil gambar step by step dan kebanyakan menu masakan pun pernah dihantar di Cookpad.Hari ni hari terakhir untuk menghantar resipi untuk banner tahun baru 2025. Cuba juga untuk menghadap skrin elektronik walapun mata masih lagi terasa kurang selesa melihat skrin telefon bukan kerana tahap keterangan pada skrin telefon tetapi keadaan mata yang bermasalah.Hari ni mencuba bahan baru iaitu chili in oil Thai sebab dah lama teringin mencuba menggoreng bihun menggunakan chili in oil Thai. Selalu dengar jer orang bagitau chili in oil Thai ni boleh digunakan untuk menu-menu yang lain. Tak pernah lagi cuba untuk menu-menu yang lain, so hari ni cuba untuk goreng bihun. Kebetulan sayur sawi dan taugeh dah habis, malas pulak nak ke kedai sebab banyak jalan dinaiki air sebab banjir.#TahunBaruBahanBaru Dapur Yusfarisyia -
Tumis Kari Kacang Panjang & Sotong Tumis Kari Kacang Panjang & Sotong
Main Campak Campak 🍲Sayur kacang dibeli suami dua hari yang lepas. Dia, kalau bab pilih sayur kacang panjang, bendi dan kacang buncis memang tak lulus waima dah diajar banyak kali. Salah satu tips yang saya ajarkan kepada dia ialah dengan merasa dengan jari sama ada sayur tu masih segar ke tidak, jika sayur tu dipatah akan ada bunyi dan isi nya terasa pejal bukan keras atau lembik.Nak dijadikan cerita, lucu pun ada.. Nak marah pun ada.. Dia kena marah dengan nyonya yang jual sayur tu bagitau "haiya! Lu apa maciem mau beli sayo kah didak? Saya tengok lu patah-patah semua ujong-ujong saya pun sayo." Suami saya pun bagitau kat nyonya tu, (nasib baik kenal) "haiya nyonya.. Saya tidak pandai pilih sayur yang masih muda. Saya punya bini ajar suruh patah itu sayur kalau ada bunyi baru boleh beli." 😆 🤣 Kalau patahkan sebatang jer kat hujung batang sayur tu takpe lah jugak. Dia patahkan hampir kesemua sayur kacang yang dia pegang tu. Patut la nyonya tu marah 🤦🏻♀️💆♀️Hari ni saya masak jer dua jenis menu sayur sebab risau sayur kacang tu kalau dibiarkan lagi sehari dua kompom dah tak sedap. Campak-campak jer bubuh serbuk kari sebab takde cili giling. Dapur Yusfarisyia -
Ikan Yu Masin Goreng Ikan Yu Masin Goreng
Resipi dalam draf juga.Tekak terasa nak makan ikan pari masin tapi tak jumpa. Mak saya dulu-dulu suka buat ikan masin tak kira lah apa jua jenis ikan. Mak jugak rajin buat keropok daripada ubi kayu. Apabila waktu hujan, kami ni la (anak-anak) yang berebut-rebut tolong angkat ikan-ikan kering dan keropok-keropok yang dijemur tu. Seronok sangat kalau ingat waktu tu. Kalau jemuran yang tinggi-tinggi tu si abang lah yang tolong angkatkan. Mak jemur tinggi-tinggi sebab nak elak daripada kucing-kucing datang kacau.Paling suka makan ikan pari masin tumbuk cicah sos limau bawang putih. Mak tumbuk ikan pari masin yang telah digoreng sebab ikan tu liat apabila nak gigit. Bila ditumbuk baru lah boleh dimakan dengan laju nya. 😄 Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen