Sambal Tumis Dabai Asin

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Ramadan Month Challenge 1: Ramadan Prep

Buah dabai memang buah yang bermusim dan jika teringin nak makan, hanya dabai asin jer yang dapat dimakan. Dapat disimpan lama dan sangat sedap dimakan bersama nasi putih panas, rasa lemak dari dabai tu memang terserlah apabila digaul dengan sedikit rasa masin.
Untuk persediaan bulan Ramadan ni, saya buat sambal tumis dabai asin. Sedap jika dimakan ketika bersahur. Saya dan suami saya kurang ambik nasi untuk menu sahur kerana takde selera nak makan nasi tapi jika sambal tumis dabai ni, ikan pekasam goreng, acar buah-buahan, hmm.. memang berselera. Selera orang yang dah senja ni lain sikit, tak hairan lah mak dan arwah bapa dulu pun cakap selera mereka bila dah meningkat usia dah tak macam dulu.
Sambal tumis dabai ni boleh disimpan di dalam peti sejuk, jika nak makan boleh dipanaskan semula.

Sambal Tumis Dabai Asin

100+ orang telah melihat resipi ini

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 paketdabai asin
  2. Air panas untuk merendam
  3. 1/2 cawanikan bilis
  4. Bahan Kisar*
  5. 3 bijibawang merah kecil*
  6. 2 ulasbawang putih*
  7. 1/2 labubawang holland*
  8. 3 bijicili padi Vietnam* (boleh tambah kalau suka pedas)
  9. 1 cawanminyak masak
  10. Maggi Cukup Rasa sesuai selera
  11. Gula sesuai selera

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan dabai asin bersama air panas dan lerai-leraikan. Rendam 40-45 minit, setiap 20 minit dibuang air nya dan diisi dengan air panas yang baru. Tapiskan dan ketepikan.

  2. 2

    Cuci ikan bilis dan toskan. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar. Saya tak kisar halus sangat, suka agak kasar sedikit.

  3. 3

    Masukkan ikan bilis dan goreng hingga garing, kecilkan api dan masukkan dabai tadi. Kacau rata dan lenyekkan sedikit.

  4. 4

    Masukkan Maggi Cukup Rasa dan gula, adjust rasa mengikut sesuai selera. Kacau sebati dan biarkan terbit minyak.

  5. 5

    Tutupkan api dan sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya